(sambungan entri ke Taman Negara, mohon maaf terlalu panjang catatan saya.)
Selepas check-in di Mahseer Chalet, kami menuju ke kaunter Jabatan Perhilitan untuk membayar permit masuk ke dalam Taman Negara. Cuma RM1 seorang dan RM5 untuk kamera (lesen mengambil gambar).
|
Pemandangan dari atas- ada banyak kedai makan terapung. Premis 'travel agent' pun terapung. |
Lepas bayar permit dan lesen, kami turun ke bawah untuk makan tengahari di kedai makan terapung sebelum memulakan aktiviti. Saya dapati setiap kedai makan ni turut menyediakan servis bot untuk menyeberang ke Taman Negara (bayaran RM1). Untuk info, Taman Negara terletak di seberang Kuala Tahan ni. Nampak murah kan? Murah sebab dekat je. Tapi yang terasa mahal masa nak bayar sewa bot ke tempat-tempat aktiviti. Lagi-lagi jika cuma pergi berdua macam kami.
|
Ada bermacam jenis bot...pendek, panjang. Berbumbung atau tiada. |
1- Kat seberang tulah jeti Taman Negara. Dalam tu ada Mutiara Taman Negara, satu-satunya resort kat situ. Semua aktiviti bermula dari situ, kena berjalan kaki. Ada trek tersedia. Tapi kalau nak mudah dan cepat, kita sewa bot terus ke destinasi.
2- Kat bahagian tengah tu kalau korang boleh nampak, ada perbezaan warna air. Sebelah sini agak keruh macam air teh, tapi sebelah sana bertukar warna macam teh o. Sebelah sana itulah Sungai Tahan. Dan cuma bot yang ada permit boleh masuk sana sebab ia termasuk dalam kawasan Taman Negara.
3- Lunch saya...Nasi Goreng Kampung berharga RM5. Isinya cuma ada ikan bilis dan sawi, tapi rasanya okey. Agak mahal, tapi bolehlah sebab makan atas restoran terapung dengan dikelilingi hutan hujan tertua. Sambil makan syok jugak tengok pelbagai bot yang lalu lalang.
CANOPY WALKWAY DAN BUKIT TERESEK
Plan asal nak ke Lata Berkoh/Kelah Sanctuary, esok pagi baru ke Canopy Walkway. Tapi sebab dah petang, semua bot ke Lata Berkoh/Kelah Santuary dah fully booked untuk hari tersebut. Terpaksa tukar plan sebab masa kami terhad. Terus buat keputusan untuk ke Canopy Walkway yang akan ditutup pukul 3ptg. Bayaran sewa satu bot kecil untuk 4 penumpang adalah RM60. Kat sini kami agak rugi sebab naik cuma berdua. Harga RM60 cuma untuk ke Canopy Walkway, kalau nak tambah aktiviti 'Rapid Shooting' dan melawat penempatan Orang Asli lain harganya ya. TIPS: Kalau nak ke Taman Negara, dapatkan sekurang-kurangnya 4 orang ahli ya.
|
Dalam perjalanan ke Canopy Walkway. Masa ni rasa happy sangat, pengalaman berbeza naik bot kat sungai. Dan masa ni jugak hujan mula turun...oh! |
Elok je kami sampai kat jeti ke Canopy Walkway tu, pegawai yang jaga bagitau...baru di TUTUP! Disebabkan cuaca, walaupun cuma gerimis tapi ada angin yang boleh bahayakan pelancong jika naik titian gantung tu. Hmmm...memang bukan rezeki kami. Sebab dah bayar RM60, kami teruskan juga melangkah. Tapi taklah kecewa sangat sebab dah pernah naik Canopy Walkway di Sg. Sedim (Kedah) dan di Poring Hot Spring (Sabah).
1- Sepanjang laluan dah disediakan anak-anak tangga. Baru awal pendakian pun saya dah tercungap. Masa ni ada terserempak sepasang pelancong warga asing, lega sikit. Pelancong lain semua dah turun masa hujan tadi.
2- Ternampak notis ni...'Titian kanopi akan ditutup bila-bila masa sekiranya...'.
3- Kat sinilah kalau nak naik Canopy Walkway tu. Disebabkan misi gagal, kami terpaksa teruskan ke Bukit Teresek. Ikut plan memang cuma nak naik titian gantung je, tak larat nak daki bukit ni. Sekali lagi plan bertukar...mendaki!
|
Antara yang mencuri perhatian saya sepanjang pendakian...dan pokok-pokoknya yang besar-besar, tinggi menjulang. Puas mendongak pun tak nampak hujungnya. |
Masa dalam perjalanan ni kami jumpa sorang pakcik. Dia yang menegur kami dulu. Pakcik ni rupanya seorang guide, jadi ada la jugak dia bercerita bagi info. Patutla langkahnya laju je, dah biasa. Dalam pada kami mendaki tak sampai-sampai tu, dia dah beberapa kali lalu turun naik (dengan membawa kepingan kayu papan). Setiap kali tu kami bertegur sapa. Dia siap bagi semangat, dah dekat dah dengan '1st view'!
|
Pemandangan dari '1st view', dari sini boleh nampak sungai tadi. (gambar kecil) selain melepas lelah kat batu-batu, bangku pun ada disediakan. |
Disebabkan dah tak larat, dah terlalu lama tak buat kerja mendaki ni...kami tamatkan pendakian sampai sini je. Kalau naik atas lagi, boleh nampak puncak Gunung Tahan. Makan coklat dan minum air isotonik, lepas tu kami turun. Sampai bawah, call boatman untuk ambil kami. Kiranya kami habiskan masa turun naik dan melepak sini selama 2 1/2 jam. Puas tapi lutut menggigil!
Aktiviti malam sepatutnya nak buat Night Jungle Walk (berbayar) atau sekurang-kurang menonton video mengenai Taman Negara (percuma), tapi semua cancel sebab masing-masing sakit kaki. Kami cuma habiskan masa di restoran terapung dan bersantai di pondok rehat sambil menikmati udara malam Taman Negara. Dan malam itu jadi malam yang panjang bila saya tak dapat lena dek menahan sakit lutut, walaupun dah berkali sapu dengan minyak panas.
*entri sebelum ini...di sini. Entri selepas ini adalah yang terakhir...derma darah!