Info ringkas :
- berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.
- lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
- menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
- berlaku atas faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.
Kisah Nabi Musa belah samudera
Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.
Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Apapun, keduanya berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah.

[sumber: Dr Abu Anas Madani]
---------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat masa bercuti di Pulau Pangkor dengan kawan-kawan belajar masa zaman muda remaja dulu. Kami sewa kayak dan berkayak ke sebuah pulau kecil (tak ingat nama). Lepas puas melepak, kami pun nak balik. Sekali tengok ada bahagian yang air dah surut, orang selamba jalan kaki je dari Pangkor ke pulau satu lagi ni. Yang kami ni pulak berkayak dalam kepayahan. Sebab bahagian yang ada air dah tak dalam dan banyak karangan laut. Adeh...