Showing posts with label Cendawan. Show all posts
Showing posts with label Cendawan. Show all posts

Thursday, 8 May 2025

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Minggu ini agak kerap hujan lebat turun di kawasan rumah saya. Hasilnya, banyaklah cendawan tumbuh melata di tanah. Saya suka memerhati rupa bentuk cendawan yang pelbagai. Walaupun tak tahu namanya, dapat memerhati dan memotret cendawan yang ditemui membuatkan saya rasa seronok dan puas hati.

Foto-foto cendawan berikut saya ambil sewaktu melakukan aktiviti morning walk :

Cendawan di Perlis
Cendawan 1 | Cendawan berwarna kekuningan. Saiznya kecil je.

Cendawan di Perlis
Foto sudut sisi cendawan, menarik macam bentuk ropol.

Cendawan di Perlis
Cendawan 2 | Bahagian tengah dan jalur cendawan bersaiz kecil ini berwarna purple maroon. Cantik!

Cendawan di Perlis
Pandangan dari sisi.

Cendawan di Perlis
Cendawan 3 | Cendawan spesis puffball yang biasa saya temui di belakang rumah. Cendawan akan kecut dan bertukar warna hitam apabila sudah tua.

Cendawan 4 | Cendawan ini saya temui agak jauh dari rumah, dalam semak di tepi jalan. Saiznya besar dan tumbuh dengan agak banyak.

Cendawan di Perlis
Besar saiznya kan?

Sudut pandang dari sisi.

Cendawan yang ini saiznya lebih besar dan warna lebih gelap - mungkin sudah tua.

Cendawan yang belum kembang.

Masya Allah begitu hebat alam ciptaan Allah! Cendawan sahaja pun ada pelbagai spesis dengan pelbagai rupa bentuk yang unik.

Sejak menetap di tempat yang dekat dengan alam semula jadi, saya dah kurang rasa rindu nak masuk hutan. Memerhatikan 3F - flora, fauna dan fungus (cendawan) merupakan antara sebab saya suka masuk hutan. Tapi, sesekali keinginan tu datang juga sebab lain tempat lain flora, fauna dan fungusnya.







Wednesday, 26 June 2024

Tumbuh Selepas Hujan

Berakhirnya musim panas kemarau, berganti dengan musim hujan. Rumput di sekeliling rumah saya yang sebelumnya kuning kekeringan, bertukar hijau segar. Cendawan tumbuh di sana sini. Saya rasa seronok dapat melihat kepelbagaian bentuk cendawan dan kagum dengan penciptaan-Nya pada tumbuhan kecil ini.

Berikut foto-foto cendawan yang tumbuh di sekeliling rumah saya sekitar bulan Mei lalu :

Cendawan paling kecil, bentuknya seakan payung.

Kumpulan cendawan - ada yang sudah matang dan ada yang ‘payung/topi’ cendawan belum kembang. 

Jenis cendawan paling besar saya temui. Mudah dilihat, dari jauh dah nampak bonggol putih. Ada saiz kecil dan ada yang sangat besar. Seingatnya, ini kali pertama saya melihat cendawan dengan rupa begini.

Selepas suatu tempoh masa, cendawan tadi bertukar kehitaman begini.

Sekarang ini, sudah masuk minggu kedua cuaca mendung dan kerap hujan berserta angin kuat di tempat tinggal saya. Musim hujan. Tiupan angin berbunyi seakan siulan. Mula-mula dengar terkejut jugaklah, lama-kelamaan dah biasa dengan bunyi begitu. Tetapi tetap terselit rasa gerun dan berdoa moga dijauhkan segala musibah. Khabarnya, beberapa hari lalu banyak kejadian angin ribut dan pokok tumbang di Perlis.






.

Sunday, 10 September 2023

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru

Foto-foto flora, fauna dan fungus (cendawan/kulat) berikut dirakam pada 3 September 2023 lalu, sewaktu saya dan Encik Suami melakukan aktiviti pendakian Bukit Juru yang terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas ya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
1. Cendawan dengan bentuk seperti payung.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
2. Menarik dengan paduan beberapa warna.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
3. Menyerlah terang warna orennya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
4. Bagai disusun bertingkat-tingkat.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
5. Unik bentuknya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
6. Warnanya tidaklah menyerlah, tapi nampak menarik di mata saya.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
7. Kelihatan seperti 3 kuntum bunga bersusun.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
8. Cantik bagaikan sekuntum bunga.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
9. Mengkarung yang muncul di laluan sewaktu kami menuruni bukit. Cantik warnanya dengan sisik berkilat. Selesai saya merakam foto dan video, mengkarung ini melompat masuk ke semak.

Flora, Fauna & Fungus di Bukit Juru
10. Sebahagian daripada pokok hutan yang diletakkan tanda nama - Meranti, Kelat dan Melembu.

Aktiviti memerhati flora, fauna dan fungus merupakan satu bentuk terapi mata dan jiwa bagi diri saya. Sesungguhnya Maha Hebat Allah yang menciptakan kepelbagaian hidupan di alam ini.

Alhamdulillah ❤️






.

Monday, 29 May 2023

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru

Memotret flora, fauna dan fungus di hutan menjadi terapi jiwa buat saya. Encik suami pun dah faham dan terpaksa bersabar sebab banyak kali kami berhenti di trek. Tapi kadang tu kalau dia dah terlampau letih, berubah jugaklah air mukanya bila saya kerap berhenti membelek dan memotret itu ini 😅. Masa tu saya akan kurangkan berhenti, kunci mulut dan jalan terus. Bukanlah saya tak rasa letih, tapi sebab saya sedang gembira berada dalam hutan menjadikan saya terlupa soal letih.

Berbalik kepada tajuk entri, sebenarnya nak tulis ‘flora, fauna dan cendawan’. Tapi macam lebih sedap pulak bila ada tiga ‘F’ - flora, fauna & fungus. Cendawan merupakan sejenis kulat atau fungus. Kiranya bolehlah saya letak tajuk 3F tu 😁

Jom kita belek foto-foto flora, fauna dan fungus yang saya temui sewaktu mendaki Bukit Juru di Pulau Pinang. Klik foto untuk paparan lebih jelas dan puas mata memandang.

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Entah apa nama pokok ini, berbuah agak lebat bergugusan. Kesemua buahnya berwarna seakan merah gelap. Pastinya ia bukanlah buah yang boleh dimakan kerana tak diambil oleh penghuni hutan ini (tupai dan monyet).

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Pertama kali saya temui benda gini. Tak tau nak panggil cendawan atau apa disebabkan rupanya yang berbeza berbanding rupa cendawan di batang pokok hidup yang pernah saya temui. Nampak macam ketumbuhan pada pokok.

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Ulat gonggok hutan bersaiz lebih besar dan panjang. Juga rama-rama bersaiz besar yang terbang di tepi trek. Saya berhenti untuk cubaan memotret, sedang elok dia pun datang dekat saya dan berhenti bergerak. Memang mintak difoto agaknya 😀

Flora, Fauna dan Fungus di Bukit Juru
Koleksi foto cendawan pelbagai rupa, warna dan saiz. Ada yang tumbuh di lantai hutan dan sebahagian besar yang lain tumbuh di dahan atau batang pokok.



Video berdurasi 1:00 minit.










Monday, 20 February 2023

Foto-foto Cendawan di Bukit Juru

Foto-foto cendawan yang saya temui semasa mendaki Bukit Juru kelmarin :

Cendawan di Bukit Juru

Cendawan di Bukit Juru

Cendawan di Bukit Juru

Cendawan di Bukit Juru

Cendawan di Bukit Juru

Cendawan di Bukit Juru

Kalau masuk hutan tak dapat jumpa cendawan, saya akan rasa sedikit kecewa. Suka betul saya membelek cendawan, rupa bentuk dan warnanya begitu menarik perhatian saya. Inilah antara hal-hal kecil yang boleh membuatkan saya gembira 😊