Thursday, 31 January 2013

Komplen

Korang kalau makan kat luar rajin komplen tak?
Saya kalau makan kat luar dan ada yang tak puas hati memang komplen.
Tapi bukan semua tempat tau, tengok kat mana premis kita makan tu.
Kalau warung tepi jalan, sikit-sikit hal buat tak kisah je lah.
Tapi kalau restoran punyalah cantik dan harga makanan mahal,
Memang rajinlah saya buat komplen.
Yelah...kenala berbaloi dengan harga yang kita bayar.
Lagipun tak maulah ada pelanggan lain yang terkena.

Ada yang bila kita komplen dia terima dengan baik,
Ada jugak yang bagi alasan macam-macam tanpa kata maaf,
Ada jugak yang terus buat tak tahu walaupun kita dah ulang DUA kali!

Kita komplen bukan sebab tak mau bayar apa yang dah dimintak,
Tapi sebenarnya kita tolong dia jugak untuk perbaiki bisnes makanan dia.
Kalau daging tak liat, air boleh minum, layanan mesra dan cepat,
Mestilah ramai pelanggan setia yang datang.
Siapa yang kaya? Bukan saya pun kan.


*Paling tak boleh tahan bila ada kedai makan, tapi tak sediakan tisu lap tangan. Boleh pulak jawab 'belum beli'...fuh!

Wednesday, 30 January 2013

Ngeteh Di Gerai Shima

Ni hidangan untuk 4 orang. Minum dengan teh tarik..kenyang!

Masa balik Pontian haritu, petangnya kami (saya, suami, kakak dan adik) ngeteh kat Gerai Shima. Saya pernah buat entri pasal gerai ni ada jual LAKSA JOHOR yang sesedap rasa. Entrinya kat SINI. 

Laksa tu sebelah pagi, untuk sebelah petang hidangan kegemaran saya adalah JEMPUT-JEMPUT kat dalam gambar ni. Garing di luar, lembut di dalam dan tak berminyak. Jadinya taklah muak bila makan. Dalam Jemput-Jemput ni ada la terselit udang sikit. Makan panas-panas, cicah pulak dengan sosnya yang sedap...memang asyik! Harganya? RM1 untuk 4 ketul (maaf, tak tau nak sebut apa). Cara nak ke sana? Sila klik link entri kat atas tu.

*ngeteh - merujuk kepada lepak-lepak kat gerai/warung sambil minum teh dan makan menu ringan.

Pemilik Sebenar Hati

Terkadang kita merasa marah, sedih, geram,
Dengan manusia yang terlalu keras hatinya,
Begitu keras hingga tak mampu dilembutkan oleh sesiapa jua,
Apa pun kita kata atau siapa pun yang berkata,
Manusia itu tetap begitu...hatinya kaku beku,
Seumpama bertemu jalan mati!

Usah kita berkeluh kesah lalu berputus asa,
Sandarkan harapan kepada pemilik sebenar hati manusia itu,
Ya...Allah pemilik sebenar hati dan diri tiap manusia,
Allah jua yang mampu membolak balikkan hati itu,
Berdoalah agar Allah melembutkan hatinya nan keras,
Cepat atau lambat segalanya berlaku dalam ketentuan-Nya jua.

Dengan izin Allah...tiada yang mustahil!

Tuesday, 29 January 2013

Minuman Tanpa Alkohol, Tapi HARAM.


Minuman di atas saya temui di rak minuman biasa, di sebuah pasaraya besar.
Disebabkan ia minuman TANPA ALKOHOL, maka ia tidak dikategorikan 'NON-HALAL'.
Tapi bila dilihat pada pengilangnya, minuman ini telah dikilangkan oleh CARLSBERG.
Status minuman ini pastinya mengelirukan ramai umat Islam, termasuk saya.
Bukanlah bermaksud saya berminat nak minum, tapi merasa perlu ambil tahu.
Jalan mudah memang ada, tiap-tiap yang meragukan (SYUBHAH) perlu ditinggalkan.

Menurut fatwa kebangsaan, minuman ini berstatus HARAM.
Isi kandungan fatwa yang berkaitan status minuman ini:
'Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.'
Ayat mudahnya ia haram kerana dikilangkan oleh Carlsberg (kilang arak).

Minuman lain yang mengelirukan adalah seperti Anglia Shandy & Jolly Shandy.
Keduanya adalah produk syarikat pengeluar arak dan memang mengandungi campuran arak.
Malangnya produk sebegini selalu diletak pada rak minuman biasa.
Kenapa tiada tindakan untuk kes begini? Kerana tiada peruntukan undang-undang.
Jadinya sebagai pengguna Muslim, kita sendirilah yang ambil inisiatif untuk berhati-hati ya.


*mohon korang 'LIKE' page Fb SahabatHalalMalaysia untuk lebih info/ilmu dari masa ke semasa.
# Perenggan ini telah di update dengan info lebih tepat pada 31/1/2013.

Sunday, 27 January 2013

Terasa Bahangnya


Gambar ni diambil semalam, dalam perjalanan balik ke Johor.
Memang terasa bahang PRU, yang sepatutnya berlaku dalam beberapa bulan akan datang.


p/s: Agak sibuk sejak Khamis lalu dengan urusan keluarga. Maaf sebab saya masih belum sempat 'ziarah' ke blog korang ya..

Wednesday, 23 January 2013

Paranoid Personality Disorder (PPD)

(sumber: tanyadoktor)

Paranoid Personality Disorder (PPD) adalah suatu keadaan psikiatri di mana seseorang itu tidak mempercayai dan mengesyaki orang lain dalam jangka masa panjang. (Harap betul la terjemahan saya ni.) 

Saya tertarik dengan isu PPD ni sebab macam kenal seseorang dengan sebahagian ciri-ciri di atas. Kalau kita borak2 sambil ketawa, dia syak kita mengata dia. Padahal tak pun. Kalau kita puji beg dia cantik, dia kata ni beg lamalah...bukan baru beli. Dia takut kita kata dia banyak duit asyik beli beg. Aduhai...

Kalau korang nak info lanjut mengenai PPD ni, sila KLIK SINI. Ada diterangkan punca, simptom dan cara rawatan. 


********************************************
Dapatkan diskaun 10% untuk JUBAH MINI, klik DI SINI.


Monday, 21 January 2013

Iwak Lele

IWAK = IKAN
LELE = KELI

Iwak Lele ni bahasa Jawa, bahasa Melayunya Ikan Keli. Cara sebut Lele macam sebut makanan 'Lempeng', bukan macam sebut 'Lempang' ya. 

Saya asalnya tak lalu nak makan Lele ni, sebab rupa parasnya. Terutamanya bahagian kepala Lele yang besar tu. Tambahan lagi sepanjang zaman kanak-kanak dulu tak pernah pulak mak masak ikan ni. Bila nampak kawan-kawan makan, terfikir jugak..apalah yang sedap dengan ikan ni. Lepas kawin, ada jugak hidangan ni kat rumah mertua. Memang tak makanlah, tengok je dah rasa semacam. 

Tapi sejak setahun dua ni, selera dah berubah. Dah boleh makan Lele dan memang suka! Asal ceritanya masa kat rumah mertua, ada nenek sedara yang suka Lele ni. Dia beli banyak dan buang bahagian kepalanya tu. Siap potong dua lagi. Lepas masak (buat Lele goreng), dia bagi saya bahagian ekor dan suruh makan. Saya cuba makan sikit, tanpa membayangkan rupa asalnya. Fuh..sedap rupanya! Lembut dan lemak.

Sejak tu, jadilah saya penggemar ikan Lele ni. Demi isinya yang lembut dan lemak, saya buat-buat tak nampak rupa kepala ikan ni. Tapi belum pernah masak sendiri, pandai membeli je. Lagi pulak suami memang langsung tak lalu ikan air tawar ni. Korang pulak macamana? 


p/s: Tak mau letak gambar masakan Lele, nanti teringin susah pulak nak kena mencari. 

Takdir Itu

Sabtu, 19 Januari 2013
Lewat senja itu saya menerima khabar dari kampung,
Salah seorang abang ipar saya telah kembali ke Rahmatullah.
Tersentak seketika. Tak terkata.
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan.

Ahad, 20 Januari 2013
Kira-kira jam 6.40 pagi memulakan perjalanan dari Bangi ke Pontian.
Alhamdulillah highway PLUS pagi itu agak lengang.
Saya dan suami sempat tiba di rumah keluarga abang ipar sebelum jam 10 pagi.
Dan suami sempat juga menyertai solat jenazah.

Air mata saya tak mampu ditahan lagi,
Tika melihat tangisan dua orang anak saudara yang kehilangan ayahnya.
Semoga mereka kuat dan tabah melalui perjalanan hidup yang masih panjang.


-------------------------------------------------------------------------------------

Buat pertama kalinya semalam kami balik kampung dan kembali ke rumah dalam masa sehari. Terasa letih tetapi lega sempat bersama kakak dan anak-anak saudara di saat mereka bersedih. 

Abang ipar saya maut disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di simpang empat traffic light Balai Polis Pontian (yang lama). Semasa kejadian, traffic light gagal berfungsi dan dia yang menunggang motorsikal dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan 4WD. Semoga Allah merahmati rohnya...

Friday, 18 January 2013

Lamborghini Diablo

Lamborghini Diablo 6.0 - Front Angle, 2001, 800x600, 3 of 9
(sumber: netcarshow.com)


Dah baca kan kenapa perempuan kena tutup aurat? Sebab ia special dan ada daya tarikan. Tak kira macamana pun rupa fizikal seorang perempuan, pasti ada tarikan kat situ. Bila special tak boleh la tayang gitu je. Secara adat, barang special kita jaga rapi dan hanya yang tertentu je dapat melihat. 

Jom sama-sama kita berusaha menutup aurat ikut piawaian syariah. Tahan diri dari membeli pakaian fesyen terkini yang nampak cantik sebab mengikut bentuk badan. Terutamanya dari material Lycra/Spandex. Jangan fikir apa orang pandang kita, tapi fikir apa Allah pandang kita.  Pandangan Allah itu yang utama. 


*Menutup aurat juga adalah salah satu cara kita menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat Allah.*


p/s: Walaupun saya tekankan isu aurat perempuan kat sini, yang lelaki pun jangan terlepas pandang jawapan pada soalan kat atas tu ya. 

Wednesday, 16 January 2013

MEMALI- Kenangan Seorang Polis


Tajuk: Memali  - Kenangan Seorang Polis
Penulis: Tunku Muszaffar Shah bin Tunku Ibrahim
Penerbit: Marshall Cavendish
Harga: RM29.90 
Muka surat: 199

Peristiwa berdarah MEMALI, biasa saya dengar tanpa tahu apa kisah sebenarnya. Buku genre sejarah (berbaur politik) ini memuatkan pengkisahan tragedi Memali menurut pengalaman dan pandangan penulis. Penulis merupakan seorang OCPD atau Ketua Polis Daerah Baling dari 1981 hingga 1986. 

Sinopsis
Tanggal 19 November 1985, 14 orang awam dan 4 orang polis telah terkorban di Kampung Memali, Baling, Kedah apabila pihak polis cuba menahan seorang ahli PAS yang juga ulama terkemuka iaitu Ibrahim Mahmood (dikenali sebagai Ibrahim Libya). Beliau dikatakan telah menggunakan perjuangan Islam sebagai helah bagi membantu kumpulan ahli politik Pembangkang untuk merampas kuasa. Dalam tragedi ini, beliau turut terkorban.

Turut dimuatkan dalam buku ini:
  • Kertas Putih Kerajaan 1986 (baca boleh, percaya belum tentu..)
  • Catatan oleh Yusuf Husin, seorang pengikut kanan Ibrahim Mahmood.
  • Ulasan rakaman video insiden yang dibuat oleh Pakar Videografi Cawangan Khas.
  • Kata-kata penutup oleh Tunku Abdul Aziz, mantan Timbalan Pengerusi Transparency International dan Penasihat Khas Setiausaha Agong PBB bagi Penubuhan Pejabat Etika PBB.

Petikan
Sedang saya melangkah pergi dari pagar itu, sekadar baru beberapa langkah sahaja ke arah kenderaan polis, tiba-tiba kedengaran bunyi tembakan yang berterusan tanpa henti, termasuk bunyi senjata-senjata automatik. Terus saya merebahkan tubuh ke tanah dan cuba mengambil posisi 'bersedia'. Saya dapat melihat begitu ramai orang yang melarikan diri keluar dari kawasan rumah sasaran. Ada di antara mereka yang tercedera, manakala yang lain pula ditangkap oleh polis. Saya kemudian bergerak semula ke pintu depan rumah. Pada waktu itu, di saat-saat ramai orang tercedera dan terkorban, hujan pula turun dengan begitu lebat. Kemudian saya dapat melihat Ibrahim Mahmood diusung keluar dari kawasan rumah. Walaupun masih hidup, kecederaannya nampak parah dan nafasnya juga begitu berat sekali.

---------------------------------------------------------------------

Buku ini cuma memaparkan dari satu versi sahaja. Untuk menilai sesuatu, kita perlu melihat dari pelbagai sudut dan versi cerita. Antara yang boleh korang baca, hasil catatan seorang anak yang bapanya terlibat secara langsung dalam peristiwa ini dan bapanya merupakan sahabat kepada Ustaz Ibrahim Mahmood. Baca kat SINI. 


p/s: Ada orang Memali? Kalau ada cerita, share la kat sini ya.

Terima Kasih Eita!


TERIMA KASIH EITA...
FM comel ni selamat saya terima semalam.
Ni hadiah sebab berjaya main teka-teka harga kat entri INI.

Korang yang masih belum kenal cik adik ni, bolehlah ke blog Eita.
Coretannya boleh buat korang tersenyum..ketawa sorang-sorang. ^__^


p/s: Beberapa hari ni tak menulis blog...ada sikit urusan dan mood menulis yang surut.

Friday, 11 January 2013

Zakat Untuk Ibu Tunggal, Layakkah?

Saya bangkitkan hal ni sebab saya dapati masih ada yang memberi wang zakat kepada IBU TUNGGAL, sedangkan ibu tunggal terbabit tidak termasuk dalam asnaf (golongan yang berhak). Jika disebut 'ibu tunggal', orang biasanya akan mengaitkan dengan kemiskinan. Dan terus terfikir mereka layak dapat zakat. Hakikatnya bukan semua ibu tunggal hidup dalam keadaan fakir atau miskin.

Untuk itu, kita kena tahu dan faham siapakah golongan yang berhak:
  1. Fakir (tak berharta, tiada mata pencarian atau hasil pendapatannya tidak sampai separuh untuk keperluan asas).
  2. Miskin (ada harta atau hasil pendapatannya sekadar dapat menampung separuh/lebih untuk keperluan semasa bagi diri sendiri dan tanggungannya).
  3. Amil (pemungut zakat yang ditauliahkan pemerintah).
  4. Muallaf (baru memeluk Islam)
  5. Riqab/Hamba
  6. Mereka yang berhutang (ada syaratnya)
  7. Fi Sabilillah (berjuang untuk kepentingan/menegakkan Islam).
  8. Ibn Sabil (musafir untuk tujuan baik dan telah kehabisan belanja).
Sekarang kita tengok, jika ibu tunggal terbabit memang termasuk dalam mana-mana golongan di atas maka layaklah dia mendapat wang zakat. Jika sebaliknya, maka tak layak. Kesimpulannya, jangan terus mengaitkan ibu tunggal dengan orang yang berhak terima zakat. Tapi perhatikan faktor kelayakkannya dulu. Begitu juga dengan anak yatim, ada yang layak dan ada yang tidak.

*untuk huraian lanjut golongan yang berhak terima zakat, sila KLIK SINI.


p/s: Jangan tanya soalan zakat kat saya tau (sebab bukan pakar), sila klik link kat atas dan tanya kat ruangan komennya.

Thursday, 10 January 2013

Hitam


Aku hitam...
Kamu memandang aku hodoh.
Gelap dan tiada daya penarik.

Namun ada yang mengatakan aku cantik.
Hitam itu menawan!

Aku hitam...
Cantik atau hodohnya aku,
Terletak pada 'mata' kamu yang memandangku.
Cantik itu subjektif!


p/s: Pandangan mata selalu menipu. Hitam disangka hodoh dan jahat, putih disangka cantik dan baik. Pandangan hati...itu yang hakiki!

Wednesday, 9 January 2013

The Telekung Project

(untuk berita penuh sila ke SINI.)

----------------------------------------------------------------------------

Kisah di atas adalah pencetus  kepada 'The Telekung Project'. Iaitu projek membasuh telekung waqaf, usaha yang sangat baik. Saya tau mengenai projek berimpak besar tapi kelihatan kecil ni selepas seorang pelanggan membeli semua stok telekung kanak-kanak yang ada pada saya. 

Mulanya saya musykil, sebab pelanggan ni cuma nak beri nama dan alamat SELEPAS bayaran dibuat. Biasanya pelanggan beri nama & alamat, barulah saya beri nombor akaun bank untuk bayaran. Lepas bayar, dia beri alamat untuk pos. Hairan sikit sebab dialamatkan kepada The Telekung Project. Terus saya buat carian, dan akhirnya faham yang pelanggan tadi ni nak dermakan telekung rupanya. Alhamdulillah...baiknya hati dia! Juga orang yang menggerakkan projek mulia ini. Semoga Allah merahmati hidup insan-insan berhati mulia ni. 

Korang boleh ke link Fb kat atas untuk membantu usaha ini. Atau kita boleh buat projek sendiri, waqafkan satu set telekung kita dan gantikan satu set yang sedia ada di musolla/surau awam untuk dibawa balik dan basuh. Lepas basuh kita pulangkan, dan ambil pulak set telekung yang lain untuk dibasuh. Moga ia menjadi saham akhirat kita dan membantu muslimah lain lebih khusyuk dalam solat (sebab guna telekung bersih).


p/s: Memang sebelum ni ada terfikir nak buat, tapi tak pernah direalisasikan. Sebab memang bawa telekung sendiri ke mana-mana. Lepas ni, kena ubah cara berfikir!

Tuesday, 8 January 2013

Bukan Todak

Ikan bermuncung panjang, macam todak.
Korang pernah nampak ikan ni? Pertama kali saya jumpa masa berjalan-jalan kat tepi laut berhampiran rumah mak saya (di Pontian, Johor). Ada beberapa ekor, masih segar tapi dah mati. Tak tau macamana boleh ada kat tanah, rasanya ia umpan pemancing yang tercicir. Semalam baru buat carian kat Internet, orang kata ia IKAN JENJULUNG. Bukan todak. Dijadikan umpan memancing dan boleh juga dimakan (kalau yang besar kot, ni kecik je). Tak taulah betul ke tidak ya.



Inilah laut berhampiran rumah mak saya tu...nak panggil pantai pun takde pantainya. Dah diletak benteng batu untuk elak hakisan. Sebenarnya baru pertama kali saya dan beberapa ahli keluarga lain datang sini. Jalan kaki pun boleh. Dulu-dulu takde jalan ke sini, ada hutan dan paya. Sekarang dah 'dibersihkan' dan ada jalan. Laut kat sini tak cantik membiru, warna ala-ala kelabu dan airnya tenang. Tapi bolehlah daripada takde langsung. 



Kawasan paya bakau yang masih ada. Cantik jugak pokok-pokok bakau yang dah mati ni. Nampak beberapa ekor bangau tengah cari makan. Airnya berwarna gelap, tak boleh nak nampak mana dasarnya dan apa yang ada dalam air tu. Apapun, saya suka tengok pemandangan ni.  


p/s: Lama jugak kami habiskan masa kat sini, saya dan anak sedara asyik ambik gambar siput dan pelbagai batuan berwarna-warni. Lain kali nak explore sampai hujung pulak.

Monday, 7 January 2013

Baju Putih, Baju Hitam

Ni cerita tentang menziarahi orang meninggal.
Tentang warna pakaian orang yang datang berziarah.

Jika di kampung...
Mak saya dan orang perempuan lain memakai baju putih.
Dipadankan dengan tudung putih dan berkain batik.

Berbeza jika dibandar...
Orang perempuannya memakai pakaian pelbagai warna.
Atau sekarang ramai juga yang mengenakan serba hitam.
Macam dalam sinetron tu.

Jadinya, baju warna apa yang paling sesuai?
Sebagai menghormati kesedihan keluarga atas sebuah kematian,
Eloklah kita memakai pakaian yang tidak berwarna ceria.
Putih boleh, hitam pun boleh, atau warna lain yang bersesuaian.
Asalkan jangan kelihatan macam nak pergi majlis kahwin ya.

Tapi putih lebih sesuai sebab ia kurang menyerap haba panas.
Kalau tiada baju putih, baju berwarna gelap boleh dipadankan dengan tudung putih.

-----------------------------------------------------------------------------------

Ni baru cerita bab berpakaian. Banyak lagi yang nak disebut sebenarnya berkaitan adab menziarahi kematian ni. Yang paling tak sesuai adalah bila kita hadir tapi asyik berborak, memang sangat tak menghormati keluarga yang sedang bersedih ni. Kalau tak mau atau 'tak boleh' baca Yasin/al-Quran, duduk diam itu yang terbaik. 







Sunday, 6 January 2013

Yang Indah Hanya Mimpi


Tajuk: Yang Indah Hanya Mimpi
Penulis: Sharifah Abu Salem
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM30 (sem. m'sia)
Muka surat: 903

Rasanya ni novel paling tebal pernah saya baca. Baru habis malam tadi. Tapi bukanlah baca berterusan, saya baca bila ada masa terluang. Saya sebenarnya bukanlah peminat karya Sharifah Abu Salem ni, saya minat karya Ramlee Awang Murshid. Tapi setelah menonton drama bersiri 'Trilogi Cinta 2' di TV1, saya tergerak hati nak mendapatkan versi novelnya yang dipromo pada penghujung drama. Jadinya, novel ini merupakan adaptasi drama bersiri tersebut. Novel ini juga sambungan kepada novel-novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Tapi saya tak pernah baca lagi yang lain-lain tu.

Sinopsis:
Razif dan Norjinah-
Kisah Norjinah yang bekerja sebagai orang gaji Razif dan kemudian menjadi isterinya. Waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Benarkah Norjinah ada lelaki lain? Adakah kerana jarak usia antara Razif dan Norjinah? Razif pula mula bermain perasaan dengan Suraya, suka tapi tak cinta! Bolehkah Norjinah menerima tamparan begini?

Badrul dan Norseha-
Berkahwin kerana terpaksa. Kelahiran Luqman atas dosa lalu, membuatkan Seha membencinya. Hidup mereka terus berantakan. Seha membenci Luqman dan Badrul. Haruskah Badrul memilih Sharifah Yasmin pula?

Novel yang penuh pergolakan cinta dan kekeluargaan. Bagaimana Mak Nab menghadapi karenah anak-anaknya?

Petikan Novel
Norjinah memandu pulang sambil menghubungi Razif. Dia kecewa. Razif masih mematikan telefon bimbitnya. 'Mungkin Razif masih di dalam kilang Mr. Lim. Apa kata Razif kalau dia tahu mak dah lari balik kampung? Mungkin Razif akan memarahinya pula kerana tidak memujuk mak. Tapi macamana nak pujuk, mak lari sebelum semua orang bangun?'.

Norjinah berhenti di lampu isyarat. Tanpa disangka, Razif dan Suraya sedang melintas di depan Norjinah. Dia terkejut dan tergamam melihat Razif dan Suraya begitu mesra sekali. 'Ya Allah..betul ke ni?'.


*bagi yang nak menonton drama bersiri ni, ada kat TV1 setiap hari Khamis dan Jumaat pukul 10 malam.

p/s: Boleh pulak saya termenangis masa baca novel ni...ish!

Friday, 4 January 2013

Surat Saman Bergambar

(sumber: paultan)
Buat pertama kalinya saya dan suami terima surat saman bergambar. Walau gambarnya agak gelap, tapi masih boleh nampak gambar kereta dan nombor platnya. Gambar pemandu memang tak nampaklah. Sebenarnya surat ni dah dapat lebih seminggu lalu, tapi malas nak cerita sebab rasa menyampah dan bukannya berita baik pun. Sekarang saya cerita jugak sebagai panduan/ingatan untuk korang.

Tempat kesalahan: KM 296 L/RAYA JB-KL-JB
Tarikh/Masa Kesalahan: 01/12/2012 JAM 10.21
Jenis Kesalahan: PANDU LAJU, 
Laju dikesan: 105 km/j, Had Laju: 90 km/j, Lebihan Laju: 15 km/j.
Tawaran Kompaun: RM150 / RM200 / RM300
*RM150 tu jika bayar dalam masa 15 hari bermula 30/12/12.

Kalau ikutkan memang pada hari dan masa tersebut kami ada ke MAHA di Serdang. Tapi tak perasan pulak kat mana lokasi yang dimaksudkan. Saya buat carian Internet dan menemukan senarai lokasi 'Speed Trap'. Saya letak kat sini untuk rujukan saya dan korang jugak.

PLUS Arah Utara
Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS Arah Selatan
Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
At 296.5km and 297km, Bangi junction.
Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Lebuhraya Elite Hubungan Timur Tengah/Utara
On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Lebuhraya Elite Hubungan Barat Tengah/Selatan
Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE Arah Timur/Utara
300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE Arah Barat/Selatan
Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
Below railway bridge at 11.2km
Under the bridge at Shah Alam junction.
Lebuhraya Kesas Timur
Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala Lumpur City
Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Lebuhraya Kesas – Klang
Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
Leburaya Pantai Timur
East bound, downhill run after Raub junction.
Maran, 60km/h zone.
Paya Bungor, 70km/h zone.
Kawasan Negeri Johor Arah Selatan
Tangkak junction.
Under the bridge after Yong Peng
North junction at 97.3km.
Ayer Hitam junction.
Sedenak junction.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Utara
Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
Before Perwaja Steel.
Sg Petani junction.
Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
Penang Bridge at island end.Speed limit 80km/h.
Jalanraya Sekitar Utara Malaysia – Arah Selatan
Penang Bridge Island end. Speed limit 80km/h.
About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h
Kawasan Perak Jalanraya Arah Utara
Under the bridge at 197.1km and 198.8km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 204.3km, after Kamunting Junction.
Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
Kawasan Perak Arah Selatan
Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
Under the bridge at 241.9km, at Kuala Kangsar junction.
Under the sign post at 296.1km, before Gopeng Junction.
Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
Under the bridge at 372.6km, at Slim River junction.
(copy paste: PPIM)

Hujung minggu lalu ada melalui jalan tersebut, rupanya memang ada papan tanda gambar kamera tu. Tak perasan pulak, tapi kalau lokasi kamera AES memang kami tau dan sangat berjaga-jaga. Kat situ pulak memang ada beberapa jambatan. Nampaknya lepas ni kenalah lebih berjaga-jaga, sebab tak mau duit melayang bayar saman. Tapi sejujurnya saya rasa had 90km/j untuk jalan tersebut agak kurang sesuai, rasa macam tak bergerak kereta. Lagi sesak pun ada sebab semua kenderaan bergerak 'terlalu sopan'. Apapun, mereka yang merangka undang-undang ni tentu lebih arif bukan?

"Perlahankan kenderaan anda bila lalu bawah jambatan, mungkin ada sesuatu di situ!"

Thursday, 3 January 2013

Lafaz Alhamdulillah


(sumber: Google)

Sedikit ilmu mengenai lafaz Alhamdulillah, yang bermaksud SEGALA PUJI BAGI ALLAH:

1) Merupakan kalimat/perkataan pertama yang diucapkan oleh Nabi Adam a.s. selepas Allah menjadikannya. Nabi Adam a.s. telah bersin lalu mengucapkan 'Alhamdulillah'.

2) Selepas bersin, kita harus mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana kuman telah keluar dari rongga tadi. Dan yang mendengarnya perlu menjawab 'Yarhamkallah' (jika yang bersin itu lelaki) atau 'Yarhamkillah' (jika yang bersin itu perempuan) yang bermaksud 'Semoga Allah merahmatimu'.

3) Mati ada dua, iaitu mati kecil dan mati besar. Mati kecil adalah apabila kita tidur. Oleh itu selepas bangun tidur kita perlu ucapkan 'Alhamdulillah' kerana bersyukur telah dihidupkan kembali.

4) Lafaz 'Alhamdulillah' diucapkan bila kita mendapat suatu nikmat/kebaikan, maka LAWAN baginya adalah lafaz 'Innalillahi wainna ilaihi rajiun' (bermaksud Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali) iaitu apabila kita mendapat suatu musibah/keburukan.


Sentiasalah menyebut 'Alhamdulillah' walau dalam sekecil perkara. Moga kita tergolong di antara orang yang sentiasa mengucapkan syukur atas nikmat kurniaan-Nya.


(dipetik dari Ustaz Hassan Din, slot di TV9)

p/s: Saya masih belum biasa ucap 'Innalillah..' selain daripada kematian. Kena biasakan yang betul ni..

Wednesday, 2 January 2013

Ladang Impian



Bila melihat gambar ini, membawa kepada cerita lama.
Satu-persatu bermain di layar memori...segala usaha, jua keringat yang mengalir.
Sebuah impian yang hampir jadi nyata.
Penghujungnya hampa.
Namun tiada kesal.
Itulah takdir!

Pengalaman terlalu mahal harganya...

Tuesday, 1 January 2013

Saya Sudah Cukup Baik!

Selamat Tahun Baru 2013 untuk korang semua...
Bila sebut tahun baru (tak kiralah ikut tahun Hijrah atau Masihi),
mesti tak lari dari perkataan 'PERUBAHAN'.

Berubah itu perlu, kerana TIADA istilah 'Saya sudah cukup baik!'..takde apa nak ubah.
Dan nak berubah ke arah kebaikan tu bukan senang tau, perlu ada semangat juang.

Saksikan video berikut, moga memberi motivasi buat kita bersama...

(sebuah lagi video oleh Iproduksi)