Thursday, 26 June 2014

e-Aduan KPDNKK

Berhubung entri saya minggu lepas (punyalah lama nak sambung), saya dah pun buat aduan ke KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kpenggunaan) pada 21 Jun 2014. Tak perlu ke pejabat kementerian pun, cuma buat aduan secara online di e-aduan KPDNKK. Caranya :
 
Korang klik link INI. Gambar di atas adalah paparan utama. 

Kemudian klik pada ruangan 'Aduan Baru'. Mulalah isi butiran yang diperlukan ya.
 
Ni kategori aduan, macam-macam boleh kita adu rupanya!
 
Selepas selesai mengisi borang ni, kita akan dapat e-mail 'Makluman Penerimaan Aduan' beserta nombor aduan kita. Sila simpan untuk rujukan dan semakan aduan. Macam saya, dah pun buat semakan sebentar tadi (klik pada ruangan sebelah 'Aduan Baru' tadi). Dinyatakan di situ yang aduan saya sedang dalam siasatan. Tak dinyatakan berapa lama, tapi saya pun faham bukan saya sorang je buat aduan kan. Saya berharap keputusan memihak kepada pengguna, tapi jika sebaliknya? Sekurang-kurangnya saya sudah berusaha semampunya!
 



Thursday, 19 June 2014

Rasa Tertipu Dengan Baucer KK Home Deco

 
Korang belek baucer ni, takde tarikh akhir kan?
Pada ruangan 'valid till' tu terbiar kosong.
Kat bahagian belakang pun takde tulis apa-apa.
Yang 3 Mei tu tarikh dapat baucer.
 
Selain baucer KK Home Deko (KKHD) ni,
saya ada baucer MPH dan Jusco (Aeon).
Semua ada tercatat tarikh sah baucer untuk ditebus.
Jadinya memang takde masalah, kecuali baucer KKHD ni.
 
Disebabkan tak tahu baucer ni sah sampai bila...
Saya pun pergilah ke KKHD pada 15 Jun lalu untuk tebus baucer.
Sampai masa bayar, pekerja lelaki kat kaunter cakap baucer dah tak sah!
Terkejutlah jugak, sebab langsung takde catat pada baucer.
Katanya dulu masa serah baucer dia dah cakap tempoh sah 1 bulan je.
Macam manalah saya nak ingat kalau dia main cakap mulut?
Saya kata tu salah pihak KKHD sebab tak catat tarikh akhir,
atau tulis apa-apa yang menyatakan baucer sah untuk tempoh 1 bulan.
 
Bila saya dan suami dah cakap macam-macam, barulah pekerja tu mengaku...
Ini BUKAN kali pertama pelanggan marah-marah sebab kes begini.
Ada yang siap koyak baucer kat situ sebab marah sangat.
Katanya lagi..pengurusan dah tau tapi masih tak buat perubahan.
Pengurusan yang tak bagi catat tarikh akhir pada baucer.
Cuma boleh BAGITAU (SECARA LISAN) sahaja.
 
Kami nak jumpa manager/supervisor diorang...
Yang katanya ada kat cawangan lain yang berdekatan.
Lama jugak pekerja tu bercakap melalui handphone.
Hasilnya...manager tak dapat/tak mau jumpa.
Huh...tak pernah jumpa bisnes besar yang tak berani tanggung silap sendiri!
 
Kesimpulan yang kami boleh buat....
KKHD dengan sengaja arahkan pekerja tidak mencatat tarikh akhir.
Tujuannya, cubaan memperdaya pelanggan.
Konon bagi baucer RM20. tapi sengaja tak catat tarikh pada 'valid till'.
Bila pelanggan lupa (harus lupa sebab cakap mulut je),
untunglah dia sebab kita tak shopping free kat situ.
Bukan free pun, baucer tu dapat sebab kita dah berbelanja sekian RM.
 
Tujuan saya tulis ni adalah untuk mengingatkan korang yang lain.
Supaya tak tertipu dengan baucer KKHD ni.
Bukan nilai RM20 yang saya kecohkan,
Tapi nilai kejujuran dalam berbisnes yang saya tuntut.
Juga hak kita sebagai pengguna yang dipermainkan.
 


Wednesday, 18 June 2014

Makcik

Seperti selalunya di petang Sabtu, aku mengunjungi Pasar Malam BSP. Dari kejauhan ku lihat orang lebih ramai berbanding minggu sebelumnya. Semakin aku menghampiri tapak pasar malam, semakin meriah ku rasakan. Kelihatan beberapa kelompok pelajar KUIS sedang mengadakan kempen mengenai hudud, ada juga yang sedang membuat kutipan derma untuk Syria. Senang dan tenang mataku memerhatikan gelagat mereka yang berbusana Muslimah. Sememangnya jika di pasar malam BSP ini, amat mudah untuk kita melihat kelibat muslimah berbaju labuh longgar dan bertudung labuh. Ya, aku senang dengan persekitaran begini biarpun aku sendiri tidaklah bertudung labuh begitu.
 
Sedang aku leka memerhatikan gelagat manusia di sekelilingku, tiba-tiba ada satu suara menyapaku "Makcik, makcik...". Seorang remaja perempuan bertudung labuh menghampiriku. Dia memandang padaku dan meneruskan kata-katanya "Makcik kalau ada masa jemput datang ke..bla..bla..bla.." sambil tangannya menghulurkan sekeping kertas kecil. Aku menyambut huluran kertas tersebut tanpa sempat berkata apa-apa dan tanpa segaris senyuman. Bagaimana aku mampu tersenyum bila di panggil 'makcik' oleh seorang remaja universiti? Kalau panggilan itu dituturkan oleh anak kecil sekolah rendah atau remaja menengah, aku sangat boleh terima. Atau oleh anak saudaraku yang sudah bekerja, pun aku pasti terima.
 
....sesi muhasabah diri...
Wahai diri...terimalah hakikat yang kamu sudah tua! Memang bukan 50-an, tapi sudah pun 36 tahun. Ya, aku sudah pun berusia begitu tanggal 17 Jun lalu. Okey, aku terima hakikat yang aku bertaraf 'makcik' pada seorang remaja universiti!
 
...komen seorang kakak ku bila ku ceritakan hal ini...
Memang buta hati budak tu. Lain la kalau (aku) menggayakan baju kurung dengan tudung yang diikat di bawah dagu! :D
 
...moral cerita...
Berhati-hati bila menggelar seseorang. Untuk jalan selamat, panggil saja 'Cik' atau 'Puan' untuk orang-orang yang tidak kita ketahui umurnya.
 
-------------------------------------------------------------------
 
Aku memang seorang makcik kepada anak saudaraku - Rina. Jemput ke blog sabrinalady, blog remaja berusia 14 tahun. Satu-satunya anak saudara (daripada 25 orang) yang menulis blog.
 


Friday, 13 June 2014

Si Penjatuh Hukum

Banner/gambar ini saya ambil dari blog seseorang.
 
Astaghfirullah...semoga Allah mengampuni keterlanjuran kita yang amat gemar dan pantas dalam menjatuhkan maruah orang lain. Biar apa pun cerita/pengakuan Abby dan bekas suami, atau mana-mana individu sekalipun, janganlah kita cepat membuat kesimpulan dan menjatuh hukum terhadap mereka. Biar mereka selesaikan urusan mereka dan tugas kita selaku saudara se-Islam adalah mendoakan yang terbaik buat mereka.
 
Buat anda yang menghasilkan banner di atas (saya tidak tahu siapa anda), semoga tidak meneruskan aktiviti tidak sihat di sisi agama ini. Ingatlah, setiap perbuatan baik yang kita mulakan maka kita pasti mendapat saham pahala. Begitulah sebaliknya. Pilihan di tangan anda!
 
Juga buat sesiapa yang membuat teguran terbuka untuk Abby khususnya (dan individu lain umumnya), ini bukanlah cara yang betul menurut Islam. Kita ada cara dan adab untuk menegur seseorang.
 
"Barang siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Dan sesiapa yang menasihatimu di depan umum, maka sebenarnya dia sedang menghinamu..."
(Imam al-Syafii)
 
 
Nota hati :
Aku, kau dan kita semua tak pernah terlepas dari keterlanjuran. Allah Maha Pengampun.
Perkara yang berlaku ke atas orang lain bukanlah untuk dicemuh dan di jatuh hukum, tetapi untuk diambil pengajaran oleh kita.
 





Thursday, 12 June 2014

Riadah Pagi di CH

Sambungan entri lepas...punyalah lambat sambung! Tapi tetap nak catat di blog untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.

Pagi tu sekitar jam 7 lebih saya dan suami memulakan langkah. Melangsaikan niat di hati yang kononnya nak beriadah pagi kat Cameron Highlands ni. Hari sebelumnya saya dah tanya dengan pemilik Ros Chalet mengenai laluan yang boleh kami ikuti. Rupa-rupanya memang dekat je dengan Ros Chalet ni. Kira seberang sungai je (chalet ni terletak di tepi sungai).
 
Dari Ros Chalet, ikut je laluan jalan raya arah ke kanan. Jalan terus dan jumpa jambatan gantung ni. Lepas tu kita amik arah kanan.

Pagi yang segar dan sejuk (tambah pulak dah semalaman hujan). Tenang rasa hati saya menikmati hijau alam begini.

Akhirnya sampai kat kawasan Jabatan Perhutanan. Ikut je tanda arah yang disediakan. Jom kita jalan sampai Tanah Rata, 1jam je!

Laluan yang disediakan. Tapi agak licin sebab lepas hujan.

Pemandangan hutan yang membuatkan hati saya sangat gembira dan tenang!
Suka kat pokok yang macam pakis besar tu (sebelah kanan dalam gambar ni).
 
 
Tapi....misi berjalan kaki ke Tanah Rata ni musnah. Gara-gara saya tiba-tiba teringat serangan pacat kat Taman Negara Kuala Tahan dulu. Jangan kata Tanah Rata, Watch Tower yang 45 minit tu pun tak sampai tau. Saya sibuk ajak suami patah balik (walaupun dia kata kat sini takde pacat). Fobia punya pasal! Nantilah, lain kali bila dah kuat semangat dan musim tak hujan boleh cuba lagi.
 



Thursday, 5 June 2014

Kg. Taman Sedia...Suasana Desa di CH

Catatan tertangguh, cerita sekitar Mei lalu. 

Kunjungan ke Cameron Highlands (CH) kali ini membawa misi untuk merasai kehidupan suasana desa penempatan Melayu Muslim di kawasan tanah tinggi. Kewujudan Kampung Taman Sedia ni baru disedari pada kunjungan terakhir saya ke CH, sekitar bulan Jun tahun lalu. Masa tu saya dan suami cuma sempat berkunjung ke salah sebuah ladang strawberi di kampung tersebut - YZ Agro Farm. Boleh baca kat link INI.

Info ringkas : Kampung Taman Sedia telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang pada September 1974. Kampung ini merupakan penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands. Ia mula di buka secara bergotong-royong pada tahun 1959. 'Taman Sedia' bermaksud taman tersedia. 

ROS CHALET
Beberapa minggu sebelum pergi, saya buat carian Internet untuk memilih bilik penginapan di Kampung Taman Sedia. Setelah dipertimbangkan, saya pilih Ros Chalet. Suami ikut je pilihan saya...

Dari jalan raya, tak nampak rupa chalet ni. Kedudukannya tersorok. Tapi bila melangkah masuk sini je...wah! Tersenyum lebar saya. Syukur, tak salah pilih. Kalau tak, habis kena kutuk dengan suami. Tempatnya nampak cantik, bersih dan tenang. Lagi pulak masa kami datang ni hari Ahad petang. Memang takde pengunjung lain, kecuali kami berdua. Tapi tak perlu takut, sebab rumah pemilik chalet kat sini jugak (ada kat sebelah kanan gambar ni). Pemiliknya mesra dan baik tau!

Bilik penginapannya bukan sebaris ni je, ada lagi kat bahagian lain. Satu lagi tarikan kat sini, nun kat hujung yang tak jauh mana tu ada sebatang sungai. Maksudnya, chalet ni berada di tepi sungai. Dan kat situ jugak ada tempat untuk makan/bersantai.

Rupa bilik yang sesuai untuk 2 orang dewasa - RM100. Saiz bilik memuaskan, masih ada ruangan yang selesa untuk kita solat (sebab pernah solat atas katil kat sebuah bilik penginapan di pekan Tanah Rata dulu, bilik kecik sangat). Ada disediakan TV, tapi takde kipas mahupun aircond. Tapi semua tu memang tak perlu sebab kat sini sangat sejuk. 

Dari segi kebersihan bilik memang memuaskan, cuma mungkin dinding perlu cat semula bagi nampak elok. Kebersihan bilik air pun ok. Bab kebersihan memang saya perhatikan sebab selalu tak lalu nak guna bilik air kat hotel/chalet yang tak diberus dinding/lantainya.

Inilah tempat untuk kita makan-makan atau duduk bersantai. Tapi takde dapur masak, cuma ada cerek elektrik, sinki dan pinggan-mangkuk. Kalau nak BBQ pun ada tempat pemanggangnya. Seronok duduk kat sini, sambil menikmati pemandangan hijau hutan di seberang sungai dan menikmati deru aliran sungai. Tapi....

...yang tak seronoknya bila tengok air sungai ni keruh! Saya yakin, dulu mesti air sungai ni jernih cantik je. Tapi dek pembangunan yang tak mampu ditolak, sungai ni jadi mangsa. Oh ya, yang pasu banyak-banyak tu tanaman strawberi tau. Tapi tak boleh petiklah kan, walaupun geram tengok ada yang berbuah merah-merah. Pendek kata, saya suka bersantai kat sini. Lagi pulak sambil makan strawberi celup coklat!

Antara yang menarik perhatian saya kat Ros Chalet ni.

Apa yang best bila menginap kat chalet Kampung Taman Sedia ni? Tenang dan sangat damai! Itu yang saya rasa. Jauh dari bunyi bising kenderaan yang tak putus-putus (seperti yang saya alami masa menginap di Iris Hotel, Brinchang) dan jauh dari bunyi bising manusia yang jenis tak tidur malam (seperti yang saya alami masa menginap di sebuah hotel bajet pekan Tanah Rata). Dan tambah best bila boleh dengar laungan azan dari surau berhampiran. Lagi pulak waktu Subuh, bertambah tenang rasa hati! 

Bagi yang berminat nak menginap di Ros Chalet, boleh hubungi 012-5838060 / 019-5782044. Lokasinya bersebelahan dengan Tadika Islam Taman Sedia. Ada jugak bilik untuk keluarga ya, korang telefonlah sendiri untuk info lanjut. Sebab saya lupa nak tanya lebih-lebih. Yang pasti, tempahan kena buat awal kalau korang nak menginap pada musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Saya menginap hari Ahad malam Isnin dan di luar musim cuti sekolah, memang kosong dan bebas menggunakan kemudahan yang ada. 

---> misi seterusnya...riadah pagi. Bersambung...


Jom sokong bisnes Muslim di CH!!!

***update 20 Mac 2016 : Baru-baru ini, saya nak menginap lagi di Ros Chalet. Malangnya mesej WhatsApp tidak berbalas, panggilan telefon tidak berangkat (keduanya saya cuba berkali-kali). Akhirnya saya terus je ke Ros Chalet, pun tiada orang walaupun dah tekan loceng banyak kali. Beberapa bulan sebelum tu, kakak saya yang bercadang nak menginap di sini pun mengalami kisah serupa (mesej dan panggilan tidak berjawab).   

Disebabkan post ni mendapat carian yang tinggi, dan tak mau ramai pembaca yang kecewa (bila cuba berurusan dengan pihak chalet). Maka terpaksa saya update begini. Harapnya, pihak chalet akan memperbaiki mutu servis.***

Monday, 2 June 2014

Isu CADBURY : Keliru?

Keliru...pening. Sekejap haram, sekejap halal.
Yang mana satu betul? Jangan main-main dengan isu halal!
Kata mereka (dan kita, juga saya).
Marah.

Kawan...jangan cepat melatah dan marah.
Kawan...jangan cepat menuduh dan bersangka buruk.
Kawan...fikir dan fahamilah sesuatu isu sebelum menjatuh hukum.
Bertenang.

Mari kita kaji, siapa yang kata Cadbury ada DNA babi?
Keputusan ujian pada bulan Februari oleh KKM yang mengatakan begitu.
KKM memang ada autoriti di bawah Akta Makanan 1983.
Tetapi tiada autoriti untuk bidang pengesahan halal.

Mari kita kaji, siapa yang ada autoriti untuk pengesahan halal?
Hanya Jakim, dan Cadbury telah mendapat sijil halal sejak tahun 2004.
Pemeriksaan secara berkala dilakukan untuk memastikan pematuhan halal.
Pemeriksaan terakhir adalah pada 20 Februari, dan masih patuh halal.

Mari kita fahami, hanya JKM yang ada akreditasi untuk ujian DNA babi.
Akreditasi tersebut diberikan oleh Jabatan Standard Malaysia.
Hanya hasil ujian JKM yang digunapakai oleh Jakim untuk pensijilan halal.
Bukan hasil ujian KKM.

Jadi, halal ke haram Cadbury ni???
Ianya HALAL menurut Jakim selaku pihak yang bertanggungjawab dalam isu halal.
Mereka sudah menjalankan tugas mereka mengikut prosedur yang ketat.
Terpulanglah pada pengguna untuk percaya atau tidak.

Masih tak percaya ia HALAL?
Maka, tinggalkanlah makanan yang kita rasa was-was.
Tak perlu menuduh yang buruk-buruk dan menyangka yang teruk-teruk.
Jangan menambah dosa dengan tuduhan dan sangkaan tanpa asas.

---------------------------------------------------------------------

* KKM - Kementerian Kesihatan Malaysia
  Jakim - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
  JKM - Jabatan Kimia Malaysia

** untuk kenyataan media berkenaan keputusan yang diumumkan tadi, sila klik DI SINI.


Nota hati : Maaf kawan, andai pendirian kita berbeza. Cuma saya rimas melihat status/komen kasar dan berbaur tuduhan liar terhadap Jakim. Memang ada yang boleh dipersoalkan, tapi bukan untuk digaduhkan.