Alhamdulillah...
Malam semalam (Sabtu malam Ahad), saya berkesempatan hadir kuliah Ustaz Azhar Idrus.
Kebetulan ia diadakan sangat dekat dengan perumahan saya, iaitu di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra, Selangor. Bukan nak menunjuk, tapi sangat gembira selepas kecewa bila kuliah di PICC dibatalkan baru-baru ini.
Saya tiba menjelang waktu Maghrib, memang dah ramai orang membanjiri sekitar KUIS.
Untuk mencari parking tidaklah sukar, sedari awal ada ramai 'pengawal trafik' yang mengawal dan membantu lalu lintas. Sangat sistematik dan amat membantu. Waktu solat maghrib jemaah dah melimpah ruah hingga jauh ke bahagian luar masjid. Syukur saya masih sempat cari ruang di dalam.
|
Selepas tamat kuliah & solat Isyak, orang ramai bersesak untuk bersalaman dengan UAI.
Gambar ni suami saya yang ambil...ni jelah paling elok. |
|
Kat luar masjid ada jualan buku, vcd kuliah dan barangan UAI lain spt. t-shirt & sticker. Ni semua yang original. Suami saya berkenan kat t-shirt bertulis 'Cap Ayam' tu, tapi takde saiz la pulak. |
Sedikit isi kuliah/jawapan pada soalan, untuk perkongsian bersama:
- Mukjizat hanya untuk para nabi. Karamah pula bukan saja untuk para wali, tetapi juga untuk orang-orang beriman (mampu hafal ribuan hadis..itu juga karamah).
- Bacalah al-Quran sekurang-kurangnya 1 helai sehari (2 muka surat), barulah kita dikira tak lalai dari mengingati akhirat.
- Isu lagu/drama/filem cinta Islami... asalnya tak salah, TAPI jika kita jadi seronok hingga mengarah yang tidak elok maka ia jadi salah.
- Hukum menonton wayang...JIKA kita tak buat maksiat di situ dan filem yang ditonton pun tiada unsur maksiat maka tak haram. Jika sebaliknya, jadi haram walaupun tonton di rumah sendiri.
- Kedudukan isteri sangat mulia, setiap perbuatan (tumbuk sambal, panas memasak, senyum pada suami) semuanya dapat pahala.
- Jika PRU diadakan pada musim haji, lebih elok pergi haji. Walau tak dapat mengundi, masih boleh berdoa dari sana.
p/s: Sorry..terlebih panjang sudah.