Thursday, 29 August 2013

Taman Negara Johor Pulau Kukup (Bhg. 2)

Sambung bahagian 2 atau yang akhir sebenarnya. Maaf banyak gambar. Saya catatkan di blog untuk rujukan saya pada masa hadapan dan untuk rujukan mereka yang berminat nak ke Pulau Kukup ni. Okey, catatan bergambar...

1. Lagi aktiviti di sini...menyusur Sungai Ular. RM3 seorang. Tapi kami tak sempat nak buat aktiviti ni sebab dah dekat pukul 5 petang, pulau ni tutup pukul 5 petang. Lain kali kena datang awal lagi.

2. Pulau Kukup merupakan antara pulau paya bakau terbesar di dunia!

3. Menara Pemerhati Pulau Kukup. Sampai sini je kita boleh menjelajah pulau paya bakau ni. Menara ni ada lima tingkat kalau tak silap. Saya tak berani naik bila tengok tinggi sangat dan tangga macam tu. 

4. Cuma suami saya sorang yang naik sampai tingkat atas sekali. Gambar ni hasil pemandangan dari atas menara. Saya pun jadi kecik je kat bawah nun...memang tinggi.

5. Lagi pemandangan dari atas menara tadi. Sungai Ular.

Dah pukul 5 petang, kami bergegas keluar dari kawasan taman negara ni. Sampai jeti dah ada bot menunggu, penuh dengan penumpang. Orang bot suruh naik sekali. Rasa macam pelarian je, sumbat ramai-ramai kat bot tu. 

KELONG
Dalam perjalanan balik ke jeti Terminal Feri Kukup, bot berhenti di sebuah kelong. Semua penumpang kena turun situ dan bolehlah melawat kelong tu. Nak beli ikan segar pun boleh. Melawat sini free je, kira dah masuk harga bot RM5 seorang tulah.

6. Pengalaman pertama kali berjalan atas titi begini. Kukuh dan tak goyang sangat pun. 

7. Daya penarik kat sini...ikan sumpit. Kita letak kepala bilis (ada disediakan) kat tepi kayu tu, bagi terkeluar sikit tau. Nanti ada ikan akan sumpitkan air ke kepala bilis tadi dan elok je terus masuk mulut dia. Kelaka bila tengok mulut ikan tu muncung abis masa nak menyumpit.

8. Kelong ni dekat je dengan jeti terminal (bangunan kuning tu). Feri yang korang nampak itulah untuk penumpang ke Indonesia. Perjalanan dalam satu jam je.

TIPS:
- sila bawa minuman sendiri, takde orang jual kat Pulau Kukup tadi. Maklumlah..pulau paya bakau.
- kalau bawa makanan, simpan dalam beg bukan dalam plastik biasa tu. Nanti kena rampas dengan penghuni pulau.
- pakai pakaian dan kasut sesuai untuk naik bot. Pakai kain boleh jugak, tapi pakai seluar panjang dalamnya.
- jangan datang lewat sangat macam kami, tak sempat naik bot susur sungai. Taman negara ni tutup pukul 5. 


Tuesday, 27 August 2013

Taman Negara Johor Pulau Kukup (Bhg. 1)

Masa kat kampung untuk cuti raya haritu, saya bersama ahli keluarga lain sempat berkunjung ke PULAU KUKUP, Pontian, Johor. Ini kunjungan pertama saya, walaupun lokasinya tidaklah jauh dari rumah mak saya.

Info asas : Pulau Kukup merupakan pulau paya bakau yang telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada Mac 1997, dan pada Januari 2003 telah disenaraikan sebagai tapak Ramsar (Tanah Lembab Berkepentingan Antarabangsa). Pulau ini seluas kira-kira 647 hektar kawasan hutan bakau dan 800 hektar kawasan dataran lumpur.  (sumber info : sini)

Cara ke sana? Dari bandar Pontian, korang ikut Jalan Kukup. Terus je kira-kira 20km, sampai korang tiba di penghujung jalan. Kat situlah pekan Kukup. Ada deretan kedai jual barang pelancongan dan kedai makan yang majoritinya dimiliki kaum Cina. Bangunan besar kat penghujung daratan itulah Terminal Feri Antarabangsa Kukup. Korang boleh drive sendiri atau naik pengangkutan awam (bas / teksi) dari bandar Pontian.


1. Sampai depan ni, tak payah masuk tau. Sebab untuk ke Pulau Kukup takde kaunter tiket pun. Kaunter tiket ke Indonesia je yang ada. Nanti ada orang dok laung "pulau kukup...kelong.." kat depan ni. Korang ikut orang ni.

2. Inilah bot penumpang yang bakal kami naik. Tunggu di jeti yang kedudukannya agak tersorok. Jeti yang besar adalah untuk penumpang feri ke Indonesia. Harga tiket RM5/seorang. Anak sedara saya yang darjah dua tapi bertubuh kecil, orang tu kata tak payah bayar.

3. Kejap je atas bot, dah sampai ke Pulau Kukup. Kena bayar RM5/dewasa & RM3/pelajar (harga untuk orang Malaysia). Perasan tak? Ada kesalahan ejaan & penggunaan bahasa pada jadual tiket ni. Kalau perasan haritu, mau saya tegur sebab memalukan.

4. Bermulalah aktiviti memerhati alam. Ada banyak signboard info untuk kita belajar tentang habitat paya bakau ni. 

5. Akar pokok bakau....saya suka tengok. Bagi orang lain mungkin tak menarik.

6. Aktiviti lain...lalu atas jambatan gantung. Jangan takut sebab tak jauh dan tak tinggi pun. Maksima 3 orang untuk satu-satu masa. Semua ahli keluarga mencuba, kecuali dua orang kakak saya dan seorang anak sedara yang  langsung tak berani cuba.

7. Monyet banyak kat sini. Jangan bawa beg plastik atau pegang makanan...pesan staf di kaunter tiket tadi. Kalau bawa jugak, memang jadi sasaran penghuni pulau nilah jawabnya.

8. Tarikan di sini...akar jangkang pokok bakau yang tinggi.

9. Arboretum - tempat pelbagai tumbuhan ditanam untuk tujuan saintifik & pembelajaran. Laluan yang lebih kecil disediakan kalau nak berada lebih dekat dengan permukaan paya. Masa ni bolehlah kalau nak sentuh/tengok lebih dekat hidupan yang ada.

....bersambung...

Monday, 26 August 2013

Kerana Kita Bersaudara...

Isnin yang indah lagi damai...di bumi kita, Malaysia.
Kita tersenyum...bersyukur atas nikmat ini.

Namun, jangan kita lupa pada saudara kita yang sedang dianiaya...
Mereka hidup dalam tekanan...mereka dibunuh.
Bantulah mereka...KERANA KITA BERSAUDARA!
Derita mereka adalah derita kita.

DOAKAN tertegaknya kebenaran...
Hulurkan SUMBANGAN WANG buat mereka.
Biar kecil pada nilai, namun besar pada erti.




Memang...bukan saudara kita di Mesir sahaja yang perlukan sokongan. Cuma untuk entri ini saya khususkan buat Mesir. Kalau 'orang-orang besar' tak ambil peduli, biarlah kita 'orang-orang kecil' yang menggerakkan usaha semampu kita.

Friday, 23 August 2013

PARIT


Di bahagian parit inilah tempat saya bermandi-manda masa kanak-kanak dahulu...

Suatu masa dulu...
Parit inilah sumber air penduduk kampung nenek saya.
Terletak di hadapan rumah penduduk kampung.
Dahulunya ia agak luas dan dalam seperti sebatang sungai.
Tempat kami mandi-manda dan membasuh pakaian.
Airnya sangat dingin, pasti sejuk menggigil tiap kali mandi di pagi hari.

Masih saya ingat...
Saya dan adik/kakak sering dimarahi oleh jiran nenek.
Sebabnya air tanah gambut ni jadi berkeladak dek kenakalan kami.
Air berkeladak tadi mengalir ke bahagian rumah jiran yang asyik membasuh.
Macama mana pakaiannya nak bersih kalau air dah bercampur tanah?

Kini...
Semuanya telah berlalu dan tak mungkin berulang.
Parit sudah mengecil, airnya cetek.
Tiap kali memandangnya, bagai ada layar...
Terbayang kanak-kanak cuma berpakaian dalam. Riang ria mandi sambil bermain air.
Dan kaum ibu berkemban kain batik, bahu ditutup tuala. Sibuk membasuh pakaian.


Info: Air tanah gambut memang warna macam 'teh o', ikut warna tanah. 
Bukan warna gelap sebab kotor tau.

-----------------------------------------------------------------------------------

Tudung chiffon 3 layer saiz XL & XXL.
Klik banner untuk lebih lanjut!

Thursday, 22 August 2013

Azhar Food

Kalau disekitar Batu Pahat & Pontian, AZHAR FOOD ni memang terkenal.
Terkenal sebagai pembekal/penjual pelbagai jenis kerepek sejak sekian lama.
Juga menawarkan pelbagai jenis kuih raya bila tiba Aidilfitri.
Bagi sesiapa yang nak bisnes kerepek pun boleh beli borong kat sini.
Lokasinya di Rengit, Batu Pahat, Johor.


Kalau dari Pontian ke Batu Pahat, premis ni terletak di sebelah kiri jalan besar.


Saya pergi lepas raya masa nak balik Bangi, orang tak ramai. 
Dulu pernah pergi masa bulan Ramadhan, punyalah sesak sampai susah bergerak.


Masuk je ke dalam premis, jadi rambang mata tengok pelbagai jenis kerepek. 
Coklat dan kek pun ada. Ni baru bahagian pertama premis.
Masuk ke dalam lagi, lebih luas dan lebih rambang mata dengan segala jenis biskut raya dan jeruk. Gambar takde, segan sebab orang ramai kat situ.


Papan tanda harga pun ada untuk rujukan.
Tapi bila dah kat sini, bukan tengok harga lagi. Asal berkenan ambik.
Janji cukup bajet.

Orang Jawa dan kerepek memang tak dapat dipisahkan. Saya sendiri tak gemar makan biskut raya, lebih suka makan kerepek. Tapi kalau beraya ke rumah orang tu makan jugaklah, ambil hati tuan rumah. 

Wednesday, 21 August 2013

Puasa Qadha atau Puasa Enam?

Bulan Syawal...kita disunatkan berpuasa selama 6 hari (biasa disebut PUASA ENAM). Ini bertepatan dengan sabda Nabi Sallallahu A'layhi Wassalam ;

Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَانَ Ø«ُÙ…َّ Ø£َتْبَعَÙ‡ُ سِتًّا Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙˆَّالٍ Ùƒَانَ صَامَ الدَّÙ‡ْر


Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)


Persoalan timbul bagi yang masih berhutang puasa Ramadhan, samada mahu mendahulukan puasa qadha atau puasa enam? Atau bolehkah menggabungkan keduanya? 

Secara ringkasnya ada TIGA pendapat:
  1. Perlu habiskan puasa qadha dahulu, kemudian diikuti puasa enam. Sebab puasa qadha adalah wajib, manakala puasa enam hanya sunat dilakukan.
  2. Boleh melakukan puasa enam dahulu, kemudian baru puasa qadha. 
  3. Lakukan puasa qadha dalam bulan Syawal selama enam hari, akan dapat pahala sunat puasa enam. Cuma perlu niat puasa qadha sahaja, tak boleh berniat puasa qadha dan sunat sekaligus. Jika sempat, barulah lakukan puasa enam pulak.
Ringkasan ni saya petik dari slot Tanyalah Ustaz pagi tadi. Kalau nak baca penerangan lebih lanjut, korang boleh klik SINI. Lagi satu, puasa enam Syawal ni tak disyaratkan buat berturutan selama enam hari tau. Boleh selang-seli asalkan cukup enam hari pada bulan Syawal.


p/s: Alhamdulillah...masuk hari kedua puasa. Saya pilih untuk puasa qadha selama enam hari dalam bulan Syawal ni. Semoga sempat...

Tuesday, 20 August 2013

Menang Telekung BADII'AH

Rezeki dipenghujung Ramadhan lalu. Sepasang TELEKUNG BADII'AH DHUHA!
Memang berminat sangat nak join bila nampak 'contest comment & share' ni kat Fb.
Terus join...dan merupakan peserta terakhir. 
Alhamdulillah...terpilih pulak sebagai pemenang.
Sangat-sangat sukaaaa...

Sebenarnya malam keputusan nak keluar (Ahad, 4 Ogos 2013), saya siap mintak suami doakan bagi saya menang hadiah telekung ni. Bila bukak Fb terkejut sebab betul-betul menang!


Dan ini hadiahnya...baru sampai tengahari semalam. Terus saya gunakan untuk solat Zohor.
Material cotton yang sangat selesa...lembut, ringan & sejuk.
Harganya RM180 kalau beli.


(gambar ni ambil dari fb Badii'ah)


TERIMA KASIH kepada pihak BADII'AH yang sudi memberikan hadiah ni.
^___^

JOM KE FB BADII'AH!

p/s: Ini merupakan kemenangan pertama saya melalui FB contest/giveaway.

Monday, 19 August 2013

Lepat



Selain ketupat, lepat antara menu wajib di rumah mertua.
Buat dua versi - lepat biasa & lepat kacang merah (kegemaran suami).
Untuk raya kali ni, tiada hasil tangan saya sebab buat tugasan lain.

Kalau nak tahu cara buat lepat, saya ada catatan lalu di SINI.

*Update : Lepat ni isinya beras pulut, kelapa parut & garam.Tambah kacang merah kalau nak buat lepat kacang merah. Pastu masak macam rebus ketupat. Ianya merupakan makanan tradisi orang Jawa. 


p/s: letih masih berbaki...kerja mendobi tak siap lagi, terima tamu, jadi tetamu, stok jualan baru masuk...

Thursday, 15 August 2013

Ziarah

Apa khabar korang?
Masih sibuk dengan aktiviti raya atau dah mula bekerja?

Alhamdulillah lewat petang semalam saya dah tiba di rumah sendiri.
Letih...selepas lebih seminggu dengan aktiviti raya di kampung.
Raya kali ni paling penat sebab hampir tiap hari keluar pagi balik malam.
Sibuk berziarah ke rumah keluarga & saudara mara.
Tapi seronok sebab jalan ramai-ramai dengan ahli keluarga lain.
Meriah dengan pelbagai cerita dan ragam masing-masing.

Selain sibuk beraya, sempat jugak rayau ke Taman Negara Pulau Kukup.
Catatannya lain kali...


P/s: maaf, masih belum sempat jenjalan blog korang. 

Tuesday, 6 August 2013

RAYA!!! Opss...Jaga!

28 Ramadhan 1434H

Sudah penghujung Ramadhan! Ramai yang sedih nak meninggalkan indahnya Ramadhan, dan ramai juga yang gembira nak menyambut Hari Raya. Dalam kita bersuka ria berkumpul ramai-ramai di hari raya nanti, ada perkara yang perlu dijaga. (ingatan untuk sendiri jugak ni..)

1) JAGA PERGAULAN 
Ada yang kita tak boleh bersentuhan, dedah aurat atau duduk rapat-rapat ya. Jom refresh siapa MAHRAM dan BUKAN MAHRAM kita...

Kecik je kan...mana nak nampak. Sila klik dan save kat gajet korang, bolehlah renung dan fahamkan.


2) JAGA MULUT
Sesekali berjumpa banyak yang nak diperkata. Fikir sebelum cakap/tanya. Elak sebut hal yang agak peribadi dikhalayak umum. Contohnya...
                     - bila nak berdua ni? takkan nak membujang sampai ke tua.
                     - haii...asyik berdua je. tak nak bertiga pulak ke?
                     - la...tak dapat kerja lagi. ada ijazah pun susah laku jugak ya.


3) JAGA MATA
Bila dah jumpa ramai-ramai ni, kadang ada yang tak menutup aurat. Jaga mata dengan cara tundukkan pandangan. Selain tu, kalau jadi tetamu jaga mata jangan melilau tengok seluruh rumah orang. Tak manis kalau tuan rumah nampak. Lagi pulak kalau rumah tu kecil dan kurang mewah.

Ada lagi? Korang tambahlah ya...

******************************************

  • semalam ada khabar gembira, menang set telekung dari Badii'ah. Entrinya, lepas raya.
  • raya memang dah dekat, tapi Ramadhan masih berbaki. Ringankan diri buat terawih, kat rumah pun boleh.
  • sebab ni entri last sebelum balik kampung cuti raya...saya nak ucap, SELAMAT HARI RAYA! Mintak maaf sangat kalau ada penulisan / komen saya yang buat korang nyampah / terasa hati.

Monday, 5 August 2013

Pelangi


BISKUT PELANGI...
Pertama kali nampak dan terus beli. 
Sebelum ni pernah tengok kat tv cara buatnya. Agak leceh.
Yang ni harganya RM25/bekas. Ntah apa rasanya...


Friday, 2 August 2013

Kenangan Lalu : Banjir Di Bulan Ramadhan

Ni cerita yang dah lama, tapi belum pernah tulis di blog. Sengaja saya abadikan kat sini buat kenangan...saat menghadapi banjir di bulan Ramadhan. Kejadian ni berlaku pada penghujung tahun 2004 dan ia merupakan pengalaman pertama saya menghadapi banjir.

[Sedikit intro]
Masa tu saya dan suami tinggal di kuarters sebuah ladang ternakan ayam daging (milik syarikat swasta) di Negeri Sembilan. Lokasinya terpencil, tanpa jalan tar (off road) sejauh kira-kira 6 km dari jalan besar dan melalui ladang-ladang sawit dan getah. Tiada penempatan lain di situ kecuali ladang ayam tempat suami bekerja. Hidup dikelilingi sawit dan getah. Jumlah keseluruhan pekerja tak sampai pun 20 orang. Ok, selebihnya cerita bergambar. Saya tak jumpa sumber asal gambar, terpaksa guna h/phone untuk 'ambil gambar' pada gambar yang ada.


Masa tu memang musim hujan. Air mula naik kira-kira jam 3 pagi. Tengah tidur lena, dikejutkan dengan ketukan di tingkap. Seorang pekerja datang bagitau yang air dah melimpah dari longkang luar rumah. Dalam masa 15 minit, air dah pun masuk dalam rumah. Kelam kabut kami berdua selamatkan barang-barang, tapi banyak yang tak sempat termasuk koleksi album gambar/buku. Masa ni lagi dua hari menjelang Syawal. 


Inilah rumah kuarters saya, kami datang siangnya untuk meninjau keadaan. Malam tu kami semua berpindah ke ladang, situ tak banjir sebab lebih tinggi. Saya dan beberapa pekerja perempuan tidur dalam pejabat. Orang lelaki ada yang tidur dalam kereta dan ada yang tidur dalam reban ayam. Opss..reban moden tau. Bersih dan tak panas. Diorang tidur atas feed (makanan ayam). 


Lagi keadaan banjir...


Masa pukul 3 pagi (waktu mula banjir), air sungai hampir melimpah di atas jambatan ni.


Tengahari- air dah surut di beberapa bahagian. Rumah kotor sangat teruk. Mencabar jugak nak membersihkannya ketika sedang berpuasa. Mujurlah perabot semua milik syarikat, kerugian peribadi taklah banyak. Cuma rugi gambar banyak rosak kena banjir. 

Dalam album gambar, memang saya catatkan info kejadian. Sebab tulah boleh cerita semula walau dah lama. Ada cerita lagi, banjir ni berulang lagi pada hari raya kedua. Masa tu kami sedang beraya di Johor, terus bergegas balik ke ladang. Sama teruk macam banjir di atas. Mujurlah pihak syarikat beri suami Toyota Hilux, memang tahan lasak untuk laluan off road dan mampu bergerak dalam air banjir. Pengalaman yang sukar untuk dilupakan, lagi-lagi bila air banjir dah melebihi separuh dari pintu kenderaan. Saya yang ada dalam tu memang tak putus berzikir mohon keselamatan dari-Nya. Kenangan...tidak ternilai harganya.


p/s: Ada yang dah mula bergerak balik kampung? Semoga korang selamat dalam perjalanan ya. 


Thursday, 1 August 2013

Untuk Orang Kelantan & Dari Orang Terengganu



Untuk orang Kelantan atau yang berada di sana (LELAKI sahaja)...

IFTOR MAEI QIAM WITH ME 1434H / 2013M.
Tarikh : 26 & 27 Ramadhan 1434H, bersamaan
4 & 5 Ogos 2013 2013M
Hari : Ahad & Isnin
Masa : 6 petang - 6.30 pagi
Tempat : Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kubang Kerian.

Antara isi program...majlis berbuka puasa, solat terawih, moreh minda bersama UAI dan qiamullail. 

-----------------------------------------------------------------------------

Dan kad raya pertama (satu-satunya) yang saya terima dari orang Terengganu...
TERIMA KASIH CIK ADIK EITA!
Insya Allah akan cuba dibalas. Sebab tahun lepas tak berbalas. 
Malu kan? Asik terima tapi tak reti memberi! 
Terima kad raya ni buat hati berbunga-bunga tau. ^__^