Thursday, 28 August 2014

Singgah Petang di Sup Power

Kelmarin ada urusan di Kuantan. Dalam perjalanan pulang, petang tu singgah makan di sebuah kedai makan di Felda Palong 16. 'Sup Power' namanya. Sebuah kedai yang kelihatan usang, tapi kemas dan bersih. Layanan pun baik dan mesra.
 
 
Istimewanya kat sini, ada SUP KAMBING. Memang kegemaran saya dan suami. Boleh pilih nak makan dengan nasi atau mee. Rasanya? Ok, sedap. Harganya RM5 semangkuk ni. 

Apa yang menarik perhatian saya pada minuman ni? Tu...alas dia, PINGGAN AYAN! Lama dah tak nampak pinggan ayan tau. Kalau dulang ayan tu masih banyaklah kat kampung. Tapi pinggan ayan yang sebijik macam ni wujud masa zaman saya kecik dulu. Memang menggamit memori.
 
Kalau korang ada melalui jalan Bahau-Muadzam, bolehlah singgah kedai ni di Felda Palong 16. Kalau dari arah Muadzam, kedai ni terletak di sebelah kiri jalan (tapi bukanlah betul-betul tepi jalan besar, kena masuk sikit). Dan ia berhampiran dengan stesen minyak PETRONAS. Kedai tu senang cari sebab ada tulis besar-besar 'Sup Power'.
 
 



Wednesday, 6 August 2014

Berkelah di Hari Raya

 
Bukan berkelah di tepi pantai pun, tapi tumpang berkelah kat premis awam di sebuah kampung di Kulai, Johor. Masa ni 2 Syawal, kami angkut ketupat 1 Syawal, kari ayam yang baru dimasak dan serunding kelapa dari rumah mak di Pontian ke Kulai. Jarak perjalanan agak jauh, jadinya bila tiba di Kulai dah tiba waktu makan tengahari. Bentang tikar dan suratkhabar mana yang ada, kami seramai 24 orang (tak semua ada dalam gambar, termasuk saya tukang ambil gambar) makanlah ramai-ramai. Masa tu rasa sedap betul makan, masing-masing makan bertambah walaupun cuma ketupat yang di makan dengan kari ayam dan serunding kelapa. Lepas makan, kutip semua sampah dan bersihkan apa yang patut. Alhamdulillah, dah kenyang kita sambung perjalanan untuk beraya ke rumah saudara-mara di Kulai!
 
 
Nota hati :
Pertama kali sebenarnya makan ala berkelah gini masa raya, biasa beli/makan kat kedai. Macam ni lebih jimat, santai dan kualiti makanan terjamin. Insya Allah tahun depan buat gini lagi.