Friday, 22 March 2019

Perigi Tua dan Ayam Putih

Laluan Ke Pantai Pulau Masjid, Hutan Rekreasi Tanjung Tuan
Ahad | 10.03.2019

Ini kali kedua saya melalui laluan ini untuk ke Pantai Pulau Masjid. Pada kunjungan pertama tahun lepas, saya ada mencatatkan berkenaan satu binaan tembok yang agak pelik. Catatannya DI SINI.


Perigi Tua Di Tengah Hutan

Inilah dia...binaan tembok yang tak tinggi. Ada sebuah perigi dibalik tembok. Hairan jugak...kat tengah-tengah hutan gini ada perigi. Siapa yang bina?

Krew edisi siasat mendekati perigi...hehe. Menurut sumber info internet, ini adalah perigi tinggalan zaman penaklukan Belanda di Melaka. Ya...Hutan Rekreasi Tanjung Tuan ni bawah kerajaan Melaka, bukan Negeri Sembilan.

Nampak macam tak berapa dalam. Pandai-pandai kata....padahal bukan biasa dengan perigi pun! Emm...kalau betul tinggalan Belanda, perigi ini berusia sekurang-kurangnya 195 tahun. Menerusi Perjanjian Inggeris-Belanda, Belanda meninggalkan Melaka pada tahun 1824.


Ayam Putih

Perjalanan diteruskan sehingga ke Pantai Pulau Masjid. Disambut oleh seekor ayam putih! Sambil tu mata saya sibuk pandang langit kot nampak burung raptor. Tapi hampa...cuma nampak kawanan burung kecil berlegar-legar.

Entah siapa yang rajin bawa ayam ke sini. Tempat ni dalam hutan rekreasi, memanglah takde orang berumah kat sini. Menurut syak wasangka saya la kan, ayam ni dibawa untuk upacara khurafat. Kalau kita jalan ke depan lagi, akan jumpa satu lagi perigi dan tempat pemujaan di batu besar (dipercayai ada kesan tapak kaki Hang Tuah). Tak seronok pulak bila tengok tempat rekreasi awam dijadikan tempat pemujaan!

Bila jalan dalam hutan, saya suka memerhati sekitar. Ini antara yang menarik perhatian. Yang berbuah banyak tu, spesis pokok rotan kot. Berduri banyak.

Ok, tamat. Untuk kali ini, saya balik melalui laluan yang sama masa pergi tadi. Sebab lebih mudah dan santai.






Tuesday, 19 March 2019

Raptor Watch 2019 - Come Fly With Me

Pengenalan
Burung pemangsa atau lebih dikenali sebagai burung 'raptor', singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan merentasi Selat Melaka untuk pulang ke destinasi di hemisfera utara. Migrasi ini berlaku sekitar pertengahan Februari sehingga pertengahan April.

Program 'Raptor Watch' merupakan acara tahunan anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) yang diadakan pada setiap Mac. Program bertujuan memberi kesedaran terhadap konservasi raptor dan habitatnya.

Info lanjut dan bacaan tambahan boleh baca DI SINI dan DI SINI.


Raptor Watch 2019
Bagi tahun 2019, program Raptor Watch diadakan pada 9-10 Mac. Kehadiran saya ke sini adalah secara kebetulan, tak tau pun ada acara yang sedang berlangsung. Saya dan suami datang ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan untuk aktiviti pendakian / merentas hutan. Hairan bila tengok keadaan jalan masuk yang sesak - banyak kereta dan bas. Pertama kali berhadapan kesesakan teruk sepanjang kami mengunjungi Tanjung Tuan.

Saya buat carian di internet, barulah tau ada acara berlangsung! Hmm...alang-alang dah sampai dan memang tak pernah datang ke acara ni, kami teruskan jugak niat masuk ke hutan Tanjung Tuan ni. Kami parking jauh di Pantai Cermin, setelah gagal cubaan parking di kawasan lebih dekat.

Gerai pertama di hadapan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, tentunya gerai jualan penganjur Raptor Watch. Ada jual t-shirt, key-chain, buku dan lain-lain dengan harga istimewa (harga ahli). Saya beli buku dan t-shirt untuk kami berdua - yang tergantung warna teal blue tu...cantik dan kain best! Cuma RM28/helai.

Suasana meriah! Banyak rombongan dari sekolah.

Terdapat banyak gerai dari pelbagai persatuan / agensi. Ada gerai jualan dan ada gerai pameran.

Gerai aktiviti kesenian.

Demonstrasi buat bunga dari daun pandan. Cantik dan boleh dijadikan pewangi semulajadi, letak kuntuman-kuntuman bunga dari daun pandan ni kat rumah / kereta.

Sepanjang laluan ini juga terdapat 'bunting' yang memaparkan jenis-jenis burung raptor yang telah dikenal pasti singgah di Tanjung Tuan.

Seterusnya, kami masuk ke laluan hutan untuk turun ke Pantai Pulau Masjid. Tak jadi nak daki Bukit Batu Putih sebab terlalu ramai orang menghala ke sana. Untuk lihat burung raptor - samada naik ke Rumah Api atau  turun ke pantai-pantai sekitar. Kami berharap dapat lihat di Pantai Pulau Masjid, tapi nampaknya takde rezeki. Cuma nampak kawanan burung kecil berlegar di udara. Untuk info, bukan sahaja burung raptor yang bermigrasi, terdapat juga spesies burung lain.

------------------------------------------------------------------

Balik dari Tanjung Tuan, kami singgah makan tengahari di Cowboy Place, Port Dickson. Berborak dengan orang di kaunter (tak pasti pemilik kedai atau bukan), katanya sekarang cuaca terlalu panas jadi agak susah nak nampak raptor. Dia berpeluang lihat ribuan raptor pada bulan Feb lalu, memang suatu pemandangan yang menakjubkan. Jeles tau! Kena cari masa datang lagi waktu redup sikit, insya Allah sempat lagi sehingga pertengahan April.