Hasil Cendawan Sendiri
Buat pertama kali, dapatlah merasa tuaian cendawan sendiri. Seronok bercampur terkejut. Sebabnya dah lama jugak saya 'membela' pek cendawan ni. Mula-mula letak dalam stor, langsung tak jadi apa.
Lepas tu saya tutup balik penutup pek cendawan ni, dan gunting plastik di bahagian belakang. Tukar lokasi, letak bawah sinki dapur (dalam kabinet dapur). Ada beberapa kali jenguk, takde apa-apa. Semalam...bukak je kabinet, terus terjerit! Terkejut tengok putih2 sebenarnya, sebab dah lupa pasal cendawan. Alhamdulillah...saiz besar dan banyak, putih bersih cantik. Bakal jadi bahan masakan dalam menu Tom Yam nanti. Oh ya, pek cendawan ni kakak yang bagi. Harganya beberapa ringgit je.
Pokok Kari Berbunga!
Close-up...yang tak nampak dengan mata masa belek pokok, masa nilah baru jelas. SubhanAllah, unik sungguh ciptaan-Nya.
Gambar ni diambil kelmarin, sewaktu pertama kali bunga-bunga ni berkembang. Harum baunya tau, bukan bau daun kari. Pertama kali tengok pokok kari berbuah, semasa berkunjung ke Herba Nasuha. Alhamdulillah, kali ni dapat tengok pokok kari sendiri pulak berbunga. Mungkin jadi buah lepas ni.
Pokok kari saya ni kecik je sebenarnya. Tanam dalam pasu je, sebab rumah teres jenis takde tanah. Saya ambil anak pokok dari rumah mak, kiranya dah bela lebih setahun. Walaupun duduk dalam pasu yang tak besar mana pun, tapi dia ni rajin tumbuh anak. Mungkin pokok ni subur dan cepat matang sebab saya baja 2 minggu sekali (tapi kadang lupa!), selain cukup keperluan tanah hitam / air / matahari.
Nota : Dulu ku fikir tangan aku panas. Tanaman semuanya hidup segan mati tak mau. Rupanya, sendiri yang tak reti cara membela dan takde minat yang tulus sebenarnya. Terima kasih grup Kebun Bandar yang mencetuskan semangat dan tempat menimba ilmu. ^_^