Thursday, 4 May 2023

Catatan 1 Syawal 1444H

[Catatan hari Sabtu, 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444]

Pagi hari raya kali ini, cuma ada emak mentua, saya & encik suami serta adik ipar sekeluarga. Sembilan orang semuanya. Lagi dua buah keluarga adik ipar, mereka meraikan 1 Syawal di Selangor dan Perlis.

Menghampiri pukul 8.30 pagi, kami semua sudah berada di masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Jemaah muslimah di tempatkan di sebahagian ruang belakang masjid. Ruang ini nampaknya tak dapat menampung kehadiran jemaah muslimah yang agak ramai. Mungkin pihak masjid tak dapat menjangkakan kehadiran seramai begini. Jadinya kami muslimah solat dalam keadaan betul-betul rapat bahu ke bahu dan penuh setiap saf sehingga ke pintu masuk. Saya tak pasti kot ada yang tak dapat masuk, ruang di luar pula sudah dipenuhi oleh jemaah lelaki.

Selesai menunaikan solat sunat, kami bergerak menuju ke kuburan bapa mentua. Begitulah rutin biasanya. Balik dari kuburan, barulah kami menikmati juadah hari raya. Sebelum ke masjid pagi tadi dah makan sedikit, sebagai memenuhi sunnah makan sebelum solat sunat Aidilfitri. Rutin seterusnya, acara bersalaman sesama ahli keluarga dan berfoto.

Selesai berfoto, masing-masing mula menukar pakaian biasa 😄. Panas! Cuaca panas terik berbahang, badan rasa tak selesa berbaju raya. Tambahan pula kami tak akan beraya ke mana-mana pada hari pertama, mak mentua selaku kakak sulung akan menanti kehadiran adik-adiknya. Kita pakai baju biasa jelah, lebih selesa.


MENUAI BUAH NANGKA DI PAGI RAYA

Buah nangka bersaiz besar, tergantung agak tinggi di dahan pokok. Perlu gunakan tangga bagi membelek dan mengambil buah. Nampaknya belum masak, mungkin lagi beberapa hari baru boleh dinikmati isinya. Buah nangka ini kemudiannya dituai juga bagi mengelakkan buah masak rosak di pokok.

Nak memegang buah ni sambil memotong tangkai buah adalah sukar kerana saiz dan beratnya. Jadinya encik suami potong je tangkai dan biarkan buah jatuh ke tanah. Bersorak budak-budak dan juga yang tua tengok buah nangka jatuh 😄

Dua beradik tolong hantar buah nangka ke bangsal di belakang rumah untuk diperam. Terhuyung-hayang kereta sorong ditolak mereka, susah payah jugalah 😅

Begitulah kisah 1 Syawal saya. Menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan saudara-mara yang datang berkunjung. Seronok jumpa pakcik makcik dan sepupu sebelah encik suami, ada yang dah bertahun tak jumpa. Dua tahun ‘hilang’ sebab COVID-19 dan raya tahun lepas pun tak berkesempatan jumpa sebahagian mereka. Alhamdulillah kali ini dapat bersua, bertukar cerita.


5 SYAWAL 1444 - BUAH NANGKA DAH MASAK!

Selepas beberapa hari di rumah emak saya, kami kembali semula ke rumah mak mentua. Sedang elok tengok buah nangka dah masak, bolehlah dipotong ambil isinya.

Sebelum memotong buah nangka, parang disapu minyak masak supaya tak lekat getah. Tempat potong kita alas siap-siap, senang kena getah terus buang.

Alhamdulillah elok semua isinya. Tak taulah nangka jenis apa, tapi manis isinya dan harum baunya. Banyak hasilnya, mak mentua berbagi rezeki dengan jiran-jiran. Sebahagian saya bawa balik ke rumah NS dan sebahagian jadi buah tangan untuk ke rumah kakak saya di Melaka.

Eh, tajuk ‘Catatan 1 Syawal..’, tapi entri banyak pasal buah nangka pulak ya 😂





10 comments:

  1. saya pun sama pakai baju raya utk bergambar je selebihnya pakai baju duk dapur basuh pinggan.cantiknya isi nangka..buat pengat sedap juga tu kak

    ReplyDelete
  2. Hehe... Sedap nangka, saya suka. 😋 Saya tergelak bila Ujie cerita buah nangka jatuh. Sebab saya dulu pernah jatuh macam buah nangka, time badan besar dulu². 😂

    ReplyDelete
  3. Uncle suka bau buah nangka...!

    ReplyDelete
  4. Rupanya raya pertama duduk rumah layan tetamu datang.
    Saya suka ambil peranan basuh pinggan tapi tidak pernah tukar baju. Segar sedikit kena air.

    ReplyDelete
  5. heheheh itulah kita cari jugak kot ada gambar makan-makan di pagi raya kan tapi ini cerita pasal buah nangka yang mengiurkan

    ReplyDelete
  6. Hari raya pertama di rumah saja terima tamu..hari raya kedua baru jalan kerumah tetua..nangkanya besar sangat

    ReplyDelete
  7. Besarnya buah nangka!
    Rezeki di bulan Syawal, banyak yang boleh merasa buah nangka tu.

    ReplyDelete
  8. ciknur raya pertama kat rumah je terima tetamu
    tak kemana mana
    wahhh beso nangkanya sedappp ni
    kesukaan ciknur pantang nampak he hee

    ReplyDelete
  9. 1 Syawal seharian pakai baju raya, ambik mood raya..hihi...alhamdulillah, elok segar buah nangka..ramai dapat merasa...rezeki Syawal..

    ReplyDelete
  10. besar betul nangkanya. kalu buat bubur manis sedap ni masukkan isi nangka. wangiii je

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****