Thursday, 5 January 2023

Medina Thai Palace, Alor Setar

Semasa berjalan-jalan di Alor Setar pada cuti Hari Krismas lalu, saya dan encik suami makan tengah hari di sebuah restoran masakan Thai iaitu Medina Thai Palace. 

Medina Thai Palace, Alor Setar
Lokasinya di tepi jalan besar. Ada ruangan parkir di hadapan bangunan.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Dekorasi kolam mini di kanan dan kiri laluan masuk menyambut kedatangan pelanggan.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Ruang makan yang luas dan selesa. Dalam foto ni cuma nampak sebahagian ruang.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Dekorasi restoran yang sedap mata memandang.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Cuaca panas, kami pesan minuman sejuk.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Kerabu mangga. Sedap kerabu mangga ni. Rangup ikan bilis gorengnya. Cuma saya dah biasa makan ikan bilis buang kepala, bila ada kepala gini macam terkejut sikitlah 😅. Kerabu mangga ni tak ada pilihan saiz hidangan, dapatlah banyak begini.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Pad kra pao. Ada pilihan saiz hidangan, kami ambil yang kecil.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Sotong goreng tepung kami ambil saiz kecil. Agak kurang memuaskan selera saya sebab tepung yang menyaluti sotong tak rangup, tapi sotongnya lembut.

Medina Thai Palace, Alor Setar
Menarik bekas hidangan pad kra pao ni.

Secara keseluruhannya, saya berpuashati makan di Medina Thai Palace ni. Tempat makan yang selesa dan servis pantas. Tetapi kalau datang nak makan menu macam kami ni, sebaiknya jangan berdua sebab saiz hidangannya agak besar. Sesuai untuk 3-4 orang makan. Kerabu mangga tu kami makan separuh saja, selebihnya minta bungkus bawa balik. Nasi pun tak habis makan, fokus habiskan lauk je. Hidup ini sentiasa kena buat pilihan, tengah makan pun kena pilih mana perlu habiskan dan mana akan dibungkus bawa balik 😅

Nak makan di sini? Boleh buat carian di Google Maps - Medina Thai Palace Alor Setar.





12 comments:

  1. cantik restorannya. saya pun sama, tak suka tepung salut tepung mcm ni. Saya suka yang rangup.

    ReplyDelete
  2. Persembahan makanan dalam bekas seramik yang cantik.
    Betul itu pilihan mana hendak habiskan dan mana yang hendak dibawa pulang.

    ReplyDelete
  3. Ye la, banyaknya kerabu dia. Nampak selesa restorannya, dengan ada aircond.

    ReplyDelete
  4. tgk gmbr pon terasa sedapnyer 👍

    ReplyDelete
  5. Deko kedainya menarik betul kak, cantik dan luas . Menu makanannya pun nampak menarik nampak banyak betul kerabu mangga tu jenuh nak habiskan kalau berdua.

    ReplyDelete
  6. Bukan kata sis.. saya pun terkejut tengok ikan bilisnya.. Tapi besar juga saiz hidangannya..

    ReplyDelete
  7. nampak exclusive juga tempatnya...kalau bawa family saya memang suka cari tempat macam ni

    ReplyDelete
  8. Wah..menarik kerabu ikan bilis tu dengan ikannya masih sempurna menandakan kesegaran dan kualiti

    ReplyDelete
  9. cantik deko nya....kerabu mangga, sedapnya...

    ReplyDelete
  10. Dengan jarak meja macam tu memang selesa kalau makan disini. Hidangan dia taknak kalah dari segi persembahannya. Menarik! Saya pun tak reti juga nak makan ikan bilis begitu kak. Kena buang kepala dan isi baru boleh telan. Jenis liat dan keras memang tak sanggup nak makan.

    ReplyDelete
  11. oh..portion besar ye. baguslah tu rasa berbaloi sikit. nampak tenang tempatnya

    ReplyDelete
  12. betul bila makan ikan bilis ada kepala mcm pelik sikit.. hehe. nampak sedap menu2 tu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****