Thursday, 26 January 2023

Concorde Hotel Kuala Lumpur

Pada 12 - 14 Januari lalu saya menemani encik suami ke KL atas urusan kerja. Kami bertolak dari rumah PP pada waktu petang, Alhamdulillah selamat sampai di hotel penginapan sekitar pukul 7.30 malam.

Kali ini kami menginap di Concorde Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Sultan Ismail. Jalan yang sesak dan ada laluan yang sempit, saya pulak yang rasa berdebar walaupun cuma duduk di sebelah pemandu.

Sudut pandang dari kolam renang hotel.
Kawasan parkir Concorde Hotel terletak di bangunan yang bersambung dengan bangunan hotel. Dari kawasan parkir, kita perlu melalui kolam renang untuk menuju masuk ke bangunan hotel.

Foto di atas saya rakam sekitar pukul 10 malam. Sementara encik suami kembali ke kereta kami mengambil barang, saya pula ambil kesempatan memotret keindahan malam di sini.

Bilik penginapan kami selama dua malam - Premier Room. Sebenarnya encik suami buat tempahan bilik jenis Superior Room. Tapi semasa mendaftar masuk, pihak hotel tawarkan untuk upgrade kepada Premier Room jenis smoking room (boleh merokok di dalam bilik dan ada disediakan bekas habuk rokok). Menurut staf hotel, walaupun smoking room tetapi tiada sebarang bau rokok dan kita boleh tukar bilik sekiranya ada bau rokok. 

Alhamdulillah…bilik penginapan yang cukup luas dan lengkap dengan meja kerja. Juga tak ada sebarang bau rokok pun. Selesa!

Binaan kabinet menjadi pemisah di antara tempat tidur dan bilik air.

Bilik air lengkap dengan tab mandi. Rasa macam dah lama tak dapat bilik hotel yang dilengkapi dengan tab mandi. 

Pemandangan dari tingkap bilik penginapan kami di aras 3. Walaupun ini bukanlah pemandangan yang menarik di mata saya, tapi ia bukanlah satu masalah. Keutamaan adalah pada keselesaan bilik.

Penginapan di sini termasuk sarapan pagi. Banyak pilihan makanan tersedia. Ambil itu sikit ini sikit, jadi banyak juga. Yang penting, dah ambil kenalah habiskan supaya tak membazir.

Alhamdulillah secara keseluruhannya saya rasa selesa sepanjang menginap di Concorde Hotel Kuala Lumpur ni. Bilik penginapannya sangat bersih dan selesa, sarapan pagi pun kena selera saya. InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah menginap di sini lagi. Nak ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) pun boleh berjalan kaki saja.




33 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki tu Kak Ujie & hubby dapat upgrade bilik secara percuma. Cantik bilik di Concorde Hotel ni ye. Suka gambar pemandangan luar tingkap, nampak berseni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Alhamdulillah bolehlah merasa bilik mewah sikit 🤭

      Delete
  2. Last SA pi sini Oktober lepas, masa bawak Dania dinner...tapi tu la tak stay....harga pun xde la mahal sanagt kalau bermalam kan...next boleh la cuba staycation plak kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai suka dinner kat sini ya, patut malam-malam meriah area cafe.

      Harga kami dapat rendah sikit, booking melalui third party. Bolehlah staycation sini SA, sesekali ubah angin kan..

      Delete
  3. cantik gambar malam yang nampak klcc tu kak, gambar bandar KL waktu malam meriah dan cantik lampu nya lain macam kan. Bilik hotelnya pun nampak mewah dan selesa betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, KL cantik waktu malam. Lagi pulak kalau view nampak KLCC. Terpukau mata.

      Delete
  4. Bilik dia nampak best dan selesa.. Paling penting ada tingkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...akak pernah duduk di bilik hotel tak ada tingkap, memang rasa terperangkap. Untuk tidur je bolehlah.

      Delete
  5. Orang femes2 antarabangsa pernah menginap kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara hotel terkemuka kat KL, itu yang jadi pilihan.

      Delete
  6. Nmpk mewah & selesa... bilik bos² sgt ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat free upgrade, bolehlah merasa. Kalau tak, cuma duduk bilik superior je.

      Delete
  7. Replies
    1. Bilik premier kan...kalau bukan sebab free upgrade, tak merasa ni Mieza 😅

      Delete
  8. Seronoknya duduk tengah KL dan hampir dengan KLCC. Makanan kena selera itu penting.
    Semoga Puan Ujie dan suami ada rezeki datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar angin, seronoklah NA.
      InsyaAllah aamin.

      Delete
  9. Uii..syoknya selalu dapat menginap kat hotel...berbintang-bintang pulak tu..
    buffet breakfast tu yang paling saya suka...fikir makannn ja saya ni🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus kita fikir makanan, sebab keperluan untuk hidup kan...😀

      Delete
  10. Besarnyaa bilik dia. Tandas dia pun bukan main luas lagi ya. Hihi

    ReplyDelete
  11. Wah mewahnyaa
    Cuya lama tak merasa duduk hotel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak kerana urusan kerja rasanya akak (ke acik?) pun tak ada sebab nak duduk hotel 😅

      Delete
  12. Wah.. Cong codey. Teringin juga nak stay sini. Nampak mewah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal kan suka staycation, sesuailah cuba sini. Ambik bilik premier boleh berendam kat bathtub 😁

      Delete
  13. Seronoknya, duduk hotel yang selesa, tiada bau rokok, ada bathtub. Hehe..
    Lepak malam-malam kat pool, tengok KLCC, best juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, Alhamdulillah takde bau rokok walaupun smoking room.
      Saya lepak kat pool tu kerja ambik gambar je, padahal letak kat blog 1 je 😄

      Delete
  14. saya suka lepak kat sebelah tu HRC hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah je, memang nampak meriah sungguh HRC. Saya belum try lepak situ lagi.

      Delete
  15. Menarik bilik hotelnya...pernah sekali lunch kat sini, mmg sedap2 masakannya..

    ReplyDelete
  16. Portion breakfast yg sikit ni boleh ambil makanan makanan lain juga kan . At least dpt merasa menu ini dan itu

    ReplyDelete
  17. Seronoknya Ujie jenjelan sokmo🤭👍

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****