Semasa berjalan-jalan di Alor Setar pada cuti Hari Krismas lalu, saya dan encik suami makan tengah hari di sebuah restoran masakan Thai iaitu Medina Thai Palace.
Lokasinya di tepi jalan besar. Ada ruangan parkir di hadapan bangunan.
Dekorasi kolam mini di kanan dan kiri laluan masuk menyambut kedatangan pelanggan.
Ruang makan yang luas dan selesa. Dalam foto ni cuma nampak sebahagian ruang.
Dekorasi restoran yang sedap mata memandang.
Cuaca panas, kami pesan minuman sejuk.
Kerabu mangga. Sedap kerabu mangga ni. Rangup ikan bilis gorengnya. Cuma saya dah biasa makan ikan bilis buang kepala, bila ada kepala gini macam terkejut sikitlah 😅. Kerabu mangga ni tak ada pilihan saiz hidangan, dapatlah banyak begini.
Pad kra pao. Ada pilihan saiz hidangan, kami ambil yang kecil.
Sotong goreng tepung kami ambil saiz kecil. Agak kurang memuaskan selera saya sebab tepung yang menyaluti sotong tak rangup, tapi sotongnya lembut.
Menarik bekas hidangan pad kra pao ni.
Secara keseluruhannya, saya berpuashati makan di Medina Thai Palace ni. Tempat makan yang selesa dan servis pantas. Tetapi kalau datang nak makan menu macam kami ni, sebaiknya jangan berdua sebab saiz hidangannya agak besar. Sesuai untuk 3-4 orang makan. Kerabu mangga tu kami makan separuh saja, selebihnya minta bungkus bawa balik. Nasi pun tak habis makan, fokus habiskan lauk je. Hidup ini sentiasa kena buat pilihan, tengah makan pun kena pilih mana perlu habiskan dan mana akan dibungkus bawa balik 😅
Nak makan di sini? Boleh buat carian di Google Maps - Medina Thai Palace Alor Setar.
cantik restorannya. saya pun sama, tak suka tepung salut tepung mcm ni. Saya suka yang rangup.
ReplyDeletePersembahan makanan dalam bekas seramik yang cantik.
ReplyDeleteBetul itu pilihan mana hendak habiskan dan mana yang hendak dibawa pulang.
Ye la, banyaknya kerabu dia. Nampak selesa restorannya, dengan ada aircond.
ReplyDeletetgk gmbr pon terasa sedapnyer 👍
ReplyDeleteDeko kedainya menarik betul kak, cantik dan luas . Menu makanannya pun nampak menarik nampak banyak betul kerabu mangga tu jenuh nak habiskan kalau berdua.
ReplyDeleteBukan kata sis.. saya pun terkejut tengok ikan bilisnya.. Tapi besar juga saiz hidangannya..
ReplyDeletenampak exclusive juga tempatnya...kalau bawa family saya memang suka cari tempat macam ni
ReplyDeleteWah..menarik kerabu ikan bilis tu dengan ikannya masih sempurna menandakan kesegaran dan kualiti
ReplyDeletecantik deko nya....kerabu mangga, sedapnya...
ReplyDeleteDengan jarak meja macam tu memang selesa kalau makan disini. Hidangan dia taknak kalah dari segi persembahannya. Menarik! Saya pun tak reti juga nak makan ikan bilis begitu kak. Kena buang kepala dan isi baru boleh telan. Jenis liat dan keras memang tak sanggup nak makan.
ReplyDeleteoh..portion besar ye. baguslah tu rasa berbaloi sikit. nampak tenang tempatnya
ReplyDeletebetul bila makan ikan bilis ada kepala mcm pelik sikit.. hehe. nampak sedap menu2 tu
ReplyDelete