Monday, 9 January 2023

The Place by DECO, Alor Setar

Menyambung catatan kisah di Alor Setar, Kedah. Sebelum bertolak balik ke rumah di PP, kami minum petang di The Place by DECO. Sebuah restoran dengan dekorasi tema industrial yang menyajikan hidangan makanan Barat.




Hidangan petang kami - set mushroom soup, sepotong Lotus Biscoff Cheesecake dan 3 jenis minuman. Mushroom soup dan minuman semuanya sedap, kecuali cheesecake kurang memenuhi cita rasa saya.

Kami makan di sudut tepi tingkap sana. Lebih seronok makan sambil melihat suasana di luar. Saya suka konsep dekorasi begini. Moden tetapi tak terasa ‘kaku’. Sambil datang makan, kita ambil idea dan inspirasi. Kot ada rezeki bolehlah menata rias rumah sendiri dengan konsep begini.

Harga makanan di sini memang terasa agak mahal, tetapi sesuailah dengan tempat makan yang cantik dan cukup selesa begini. Ruang solat turut disediakan.

———————————————————————

THE PLACE BY DECO
Alor Setar, Kedah

Waktu operasi :
Setiap hari, kecuali Jumaat
3 petang - 11 malam


11 comments:

  1. Menggoda betul nampaknya makanan dia.

    ReplyDelete
  2. Baguihnya.... ada ruang solat lagi.....

    ReplyDelete
  3. mmg syok layan cafe cantik..tambahan pula makanan pun sedap...

    ReplyDelete
  4. Hehe sampai 3 gelas minuman.
    Apapun tempat nampak mewah dan persembahan makanan cantik.
    Ini kena pergi apabila buat sambutan istimewa. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. cantik dekonya dan juga makanannya

    ReplyDelete
  6. Saya tengok pun, nampak sedap. Saya sedikit pelik, kenapa kedai macam ni, suka buka petang. Patutnya, bukalah dari pagi. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun terbebel kat suami pasal ni, sebab saya kurang suka keluar makan petang/malam. Kalau bukak awal, senang saya pergi 😄

      Suami kata, agaknya sasaran pelanggan dia orang balik kerja nak makan sedap & santai.

      Delete
  7. Cantiknya deko dia.. Makanan pun nampak best..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****