Buah limau mandarin a.k.a. mandarin lokam a.k.a. lokam, buah yang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Hujung minggu lalu sewaktu ke sebuah pasar raya, saya lihat meriah bersusun kotak buah limau mandarin. Tapi saya tak membeli.
Semalam encik suami balik dari kerja, ditangannya menjinjing sebuah kotak berbentuk bulat. Kotak cantik dengan isinya bersusun 8 biji buah limau mandarin saiz L pemberian seorang kawan berbangsa Cina. Alhamdulillah rezeki.
Menurut laporan berita The Star, harga jualan limau mandarin tahun ini dijangka meningkat sehingga 40%. Hal ini disebabkan oleh gangguan pada rantaian logistik global, selain kadar pengeluaran yang berkurangan.
Buah limau mandarin 4 kg bersaiz kecil berharga RM19.80 sekotak (berbanding RM12.98 pada 2021), RM22.80 untuk saiz M (berbanding RM16.98 sebelum ini), dan sehingga RM32.80 untuk saiz XL (berbanding RM18.38 sebelum ini).
Cantik kotaknya. Boleh guna semula.
ReplyDeleteNk kena cr jgk la limau...rs 3 thn x mkn limau ni hahaa..
ReplyDeleteUncle tak dapat2 lagi ni....
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki...
ReplyDeleteLimau mandarin ni kesukaan sy. Masam ke manis ke boleh je habiskan :)
Dulu masa kecil, selalu dapat buah ni, sebiji, 2 biji, jiran-jiran bagi. :)
ReplyDeletekan mahal.sikit kali ni.
ReplyDeleteciknur beli giant dah 2 kali sb memang suka.mkn limau
Walaupun kalau makan limau mandarin selalu sakit tekak, tapi tetap jadi favorite saya. Suka sngt limau.
ReplyDeleteYa Allah, cantek betul kotaknya.. Limau mandarin ni, kalau makan, susah nk stop. suka betul sy. Lagi la size2 besar ni kn, manis, berjus aje.. Kita tahun ni xdapat byk limau. So beli baru puas makan
ReplyDeleteMelambak-lambak limau saya dapat, rasa nak jual balik je. huhu
ReplyDeleteDapat sekotak
ReplyDeletedah 2 minggu tak habis2 lagi
MA pun dpt dah, terus teringat nak update jugaks.. yum yum..manis cuma x leh makan byk sgt.takut batuk
ReplyDeleteSaya jadi ingat semasa kuliah di Penang, saya stayed dengan Chinese family. Jadi tiap tahun baru China, pasti saya kebagian juga jeruk nih 😄.
ReplyDeleteTapi di Jakarta ini pun banyak juga, cuma memang harganya mahal mendekati Chinese new year
tahun ni dapat 3 kotak limau mandarin . alhamdulillah rezeki
ReplyDeleteTahun nie rasanya tak makan lagi limau ini..
ReplyDelete