Thursday, 3 September 2026

Masak Kheer Menggunakan Peket Segera Happy Home

Hujung minggu lalu, saya mencuba peket segera kheer pemberian Rizwana - jemaah Pakistan yang saya temui di Mekah. Sebelum tu, saya buat carian berkenaan kheer dan menonton video cara memasaknya. Sajalah nak tahu lebih lanjut kerana ini kali pertama saya akan memasak dan makan kheer.

Apa itu kheer?
Kheer merupakan sejenis hidangan manisan tradisional berasaskan beras dan susu yang popular di negara Asia Selatan - terutamanya di India dan Pakistan. Kheer diperisakan dengan rempah ratus antaranya buah pelaga dan safron.

Saya masak kheer guna peket segera jenama Happy Home, sangat mudah - cuma perlukan 1 liter susu segar. 

Kheer
Bahagian hadapan dan belakang kotak peket segera kheer.

Isi dalam peket segera.

Ikut saja panduan di belakang kotak.

Saya biarkan seketika sebelum dimakan. Boleh hiaskan dengan taburan kekacang dan kismis jika suka.

Apabila sejuk, terbentuk lapisan pekat di permukaannya. Tekstur kheer seperti bubur nasi yang halus dan agak pekat. Rasanya lemak, manis dan ada rasa rempah ratus. Bila makan terasa potongan kecil kekacang. Aromanya juga wangi.

Saya boleh makan tetapi kurang menikmati kerana kurang suka dengan rasa rempah ratus dan aroma wangi. Apa pun, ini merupakan suatu pengalaman yang menarik kerana saya dapat masak dan menikmati hidangan Pakistan di rumah sendiri - dari Karachi ke Perlis ๐Ÿ˜Š

Semoga Allah mengurniakan kebaikan buat Rizwana yang telah bersusah payah membawa oleh-oleh dari Pakistan dan berkongsi dengan saya ๐Ÿฉต











7 comments:

  1. Linda pun tak suka sangat rempah ratus... Kalau sup yang guna rempah banyak pun, Linda tak berapa gemar

    ReplyDelete
  2. Mcm bubur pekat tp lemak² ye... saya ni kalau yg pelik² mmg tkut nak cuba ..lagi satu tekak ni mcm ssh sket nak telan maknana² dr belah² sana ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  3. Mudah nak menyediakannya pun. Kalau rasa rempah ratus macam bubur lambuk Johor tu okay lagi kan. Tapi kalau ada rasa manis tu macam kuranglah sikit. Rezeki juga dapat merasa makanan dari Pakistan dan nikmatinya di perlis.

    ReplyDelete
  4. Begini rupanya ye. Sy tak pernah jumpa/cuba, tak reti nak komen hehe

    ReplyDelete
  5. Ooo dia berempah eh.. tak pernah jumpa atau makan.

    ReplyDelete
  6. Mudahlah nak masak, tinggal letak susu. Memang mengelirukan rasa dessert dari sana ni. Ia ada rasa rempah tapi manis, susah tekak orang kita nak terima. Ia kalau berempah, kita tak nak manis tu kan.

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap dan pekat kheer tu Ujie! Rezeki Ujie dapat merasa makanan tradisi Pakistan dari Rizwana. Walaupun rasa rempahnya kurang kena dengan selera, tapi pengalaman mencuba benda baharu tu memang menarik kan...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****