Sunday, 8 January 2023

Catatan Hujung Minggu

Catatan hujung minggu | Sabtu, 7 Januari 2023

Pagi hari Sabtu, saya dan encik suami melakukan aktiviti kecergasan yang pertama bagi tahun 2023 😅. Kami berjalan pantas (brisk walk) mengelilingi kawasan apartmen kediaman kami yang juga terletak bersebelahan dengan sebuah sekolah antarabangsa. Foto di atas saya rakam sewaktu kami melewati bahagian pintu utama sekolah tersebut.

Satu pusingan mengelilingi kawasan apartmen dan sekolah adalah sekitar 1 km. Kami cuma buat dua pusingan je. Saya rasa tak seronok sebab ada macam-macam bau. Kadang bau asap kenderaan, kadang bau busuk sampah bila lalu di kawasan pengumpulan sampah dan kadang kena mengelak bangkai burung. Tapi kalau malas nak memandu keluar, memang ini sajalah pilihan yang ada. Hmmm…bukan main banyak alasan, padahal memang bukan jenis rajin bersenam pun 😆

Antara pilihan pakaian renang Muslimah jenama Ogival.
Menjelang tengah hari, kami ke Aeon Mall Bukit Mertajam. Nak beli barang dapur sikit dan nak menukar pek mi segera Maggi yang dibeli pada minggu lepas. Kisahnya, salah satu bungkusan mi segera dalam pek yang kami beli tu dah koyak. Tak pastilah macam mana pek luar elok tapi dalam ada yang koyak. Macam berkira sangat ya, cuma 1 bungkus yang koyak pun nak tukar. Tapi setelah saya fikir, eloklah saya tukar sebab kita bayar untuk dapat produk yang sempurna. Kot dapat barang percuma tu mungkin tak perlu berkira sangat.

Di Aeon Department Store, saya pergi ke bahagian pakaian renang. Memang dah lama saya menyimpan hasrat nak memiliki pakaian renang Muslimah, tapi tak pernah betul-betul cari. Sebelumnya, saya dah buat carian berkenaan jenama pakaian renang Muslimah yang bagus. Rata-rata mencadangkan jenama Ogival disebabkan kualiti, keselesaan dan harganya yang berpatutan.

Alhamdulillah ada rekaan pakaian renang Ogival yang menarik minat saya di sini. Saya ambil saiz L dan XL untuk dicuba. Ikut kesesuaian, saiz L pun memadai. Tapi saya memilih ambil saiz XL supaya bajunya lebih longgar dan seluarnya tak terlalu ketat. Saya beli satu set pakaian renang dan encik suami beli satu helai baju renang. Kebetulan encik suami ada menebus mata ganjaran Touch n Go dengan baucer Aeon sebanyak RM60, dapatlah kami gunakan untuk membeli pakaian renang. Kira dapat penjimatanlah.

Selesai membeli, kami solat di surau yang terletak di aras 1. Alhamdulillah cukup kemas, cantik dan luas surau di sini. Saya tak merakam foto penuh sebab ada beberapa orang lain di sini. Memang seronok dan rasa tenang dapat menggunakan kemudahan surau yang cukup lengkap dan selesa begini. Syabas kepada pihak pengurusan 👍🏽

Sebelum balik, kami singgah makan di Nando’s. Set mushroom soup kepunyaan saya, tapi bukanlah ini saja yang saya makan. Saya makan juga bahagian nasi dan ayam kepunyaan encik suami. Minuman panas tu memang ambil satu je - bottomless coffee Galao boleh tambah berkali-kali. Hehe. Kalau bukan bottomless pun selalu juga beli minuman satu je sebab saya selalu tak mampu habiskan segelas air. Kalau beli dua minuman tu besar kemungkinan encik suami yang akan habiskan.

Hari ini, Ahad kami tak ke mana-mana. Encik suami ada kerja yang perlu dibereskan. Saya pula sibuk kemas rumah sikit dan memasak ringkas sebab tengah hari kakak dan abang ipar datang rumah. Mereka menetap di Selangor, ada urusan di Kedah. Sebelum balik, mereka singgahlah rumah kami. Alhamdulillah…jarang adik-beradik saya dapat berkunjung ke rumah saya di utara ni. Masing-masing menetap di kawasan tengah dan selatan. Takdir pula membawa saya ke utara. Tapi saya okey je, seronok merasa pengalaman hidup di banyak tempat.


Bagaimana hujung minggu kalian?









18 comments:

  1. Cantik sungguh suraunya, mmg selesa sangat nampaknya. Sy suka pengurusan Aeon, surau & bilik air bersih dan selesa

    ReplyDelete
  2. kalau bau yg tak menyenangkan mmg potong mood nak bersenam (wlupun mmg tak rajin sgt bersenam tu kan) hehehe

    ReplyDelete
  3. Surau² di Aeon memang cantik² dan terjaga elok. Memang selesa 😊.
    Pagi² ni nampak garlic bread dan soup tu, buat perut lapar pulaknya. Nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. Hujung minggu kami di rumah saja sebab #theIMANs mula exam hari ni so biarkan diorang study... ibu pulak biasalah berkemas, membasuh, memasak yg x pandai habis... hehehe... surau Aeon mmg cantik kan? lebih kurang je dgn Aeon di sini... mungkin dah diseragamkan kot utk seluruh malaysia

    ReplyDelete
  5. luas nya surau situ kak, memang seronok dpt tengok surau yang elok selesa gini walaupun di mall, penang antara negeri yang bagi dana unik, jalan raya nya pun aduhai memang pening lagilah kalau tak biasa bawak kereta lagi hehehe. Seronok ada ahli kluarga datang berkunjung kak

    ReplyDelete
  6. Wah..beli pakaian renang, nak berenang kat mana tu? hehe. Suka tengok mall kalau surau bersih terjaga macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada plan berenang kat mana pun Sal. Berenang pun tak reti 😆. Beli je siap-siap, senang nak guna bila tiba masa.

      Delete
  7. saya nampak mushroom soup dan garlic bread akak tiba dapat idea untuk bekal esok

    ReplyDelete
  8. hujung minggu saya duduk rumah sahaja haha besttt

    ReplyDelete
  9. nina pun ada baju renang ogival ni. memang selesa dan menutup aurat. lama tak ke Aeon BM sejak pindah duduk gelugor ni

    ReplyDelete
  10. Hehe bagus jalan pantas tapi itulah mungkin niat terbantut kalau ada perkara kurang menyenangkan.
    Seronok terima lawatan daripada kakak dan abang ipar.
    Hujung minggu, Ahad sambut harijadi makan buffet tengahari. Malam pergi kedai tomyam. Pertama kali saya merasa kunafa, nampak ada satu berdekatan. Betullah Puan Ujie, rasa sekali sahaja. Saya tidak rasa hendak beli lagi.

    ReplyDelete
  11. Hehe, memang camtulah bila kita berjalan, macam-macam bau ada. Saya dah takde Strava, malas pula nak pakai banyak app pantau aktiviti riadah ni.
    Wah, bestnya, beli pakaian renang muslimah. Nampak cantik dan sopan pilihan yang ada.
    Cantiknya surau Aeon sana. Suka saya tengok.
    Sikitnya Ujie makan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tengah berkira2 nak uninstall Strava ni...cuma belum buat je lagi.

      Bukan makan sikit tu je Nur, saya ambil makanan suami jugak 🤭

      Delete
  12. Selamat beriadah pada hujung minggu

    ReplyDelete
  13. dah ada baju renang, bolehlah cari tempat utk latihan renang pula..cantik surau nya & nmpk selesa..

    ReplyDelete
  14. nak kena seru semangat balik ni.. Lama da tak buat briskwalk..
    Baju renang dia okay ye sis.. Nak belikan untuk anak dara berdua nie..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****