Foto-foto flora, fauna dan fungus (cendawan/kulat) berikut dirakam pada 3 September 2023 lalu, sewaktu saya dan Encik Suami melakukan aktiviti pendakian Bukit Juru yang terletak di Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Sila klik pada foto untuk paparan lebih jelas ya.
1. Cendawan dengan bentuk seperti payung.
2. Menarik dengan paduan beberapa warna.
3. Menyerlah terang warna orennya.
4. Bagai disusun bertingkat-tingkat.
5. Unik bentuknya.
6. Warnanya tidaklah menyerlah, tapi nampak menarik di mata saya.
7. Kelihatan seperti 3 kuntum bunga bersusun.
8. Cantik bagaikan sekuntum bunga.
9. Mengkarung yang muncul di laluan sewaktu kami menuruni bukit. Cantik warnanya dengan sisik berkilat. Selesai saya merakam foto dan video, mengkarung ini melompat masuk ke semak.
10. Sebahagian daripada pokok hutan yang diletakkan tanda nama - Meranti, Kelat dan Melembu.
Aktiviti memerhati flora, fauna dan fungus merupakan satu bentuk terapi mata dan jiwa bagi diri saya. Sesungguhnya Maha Hebat Allah yang menciptakan kepelbagaian hidupan di alam ini.
Alhamdulillah ❤️
.
Cantik2 ciptaan Yang Esa
ReplyDeleteKan…❤️
DeleteCantiknya subhanallah. Terima kasih share kat sini
ReplyDeleteSama-sama LM
DeleteBab ni paling suka bila jungle trekking - tengok flora dan fauna dalam hutan. Dulu pernah ikut kawan-kawan ofis pegi hiking, dieorg bawak masuk trail yg mencabar kena panjat guna tali bagai. Keluar dari hutan, baru dieorg tunjuk gambar2 yg dieorg ambik masa hiking. Tak sangka ada gambar kala jengking, ular hutan semua ada nasib baik saya je yang tak perasan masa tu kalau tak mesti naik bulu roma dan cepat2 nak balik!
ReplyDeleteBila trail mencabar, mata fokus depan untuk selamat melangkah. Tak perasan yang lain-lain kan 😄
DeleteAkak pernah jumpa ular atas daun, walaupun kecik tapi terdiam kita sekejap sebab terkejut 😅
dah macam ambik gambar utk assignment ni kak... ada pelbagai jenis spesis cendawan tu... mcm belajar bio pulak dah
ReplyDelete🤣
DeleteNo 8 tu tak pernah tengok 🤩
ReplyDeleteBila dipotret dan disimpan dalam blog, Insha Allah boleh dijadikan rujukan jika diperlukan. Keep it up PU 👍
Terima kasih PH.
DeleteBetul. Mudah saya nak membelek semula. Simpan di hp lama-lama kena delete 😄
Foto level pro ni....
ReplyDeleteAamin…moga-moga boleh sampai level pro suatu masa nanti 😁
Deletecantik semuanya kak, janji akak tak ambil gambar ulat sudahla
ReplyDeleteAda jumpa ulat cantik, tapi sebab akak geli ulat, tak sanggup nak ambik gambar dia 😅
DeleteCantiknya flora dan fauna. Unik2 je. Mengkarung punya warna pun cantik.
ReplyDeletePertama kali saya jumpa mengkarung warna gitu 😀
DeleteItulah cara menghayati kehebatan Allah melalui ciptaan-Nya.
ReplyDeletePeminat cendawan ya?
Hehe..ya NA, saya suka belek cendawan sebab ada pelbagai rupa dan warna. Menarik!
DeleteKalau melihat aneka cendawan macam ni, saya jadi teringin nak tahu mana yang beracun dan Mana yg safe to eat 😄. Tapi banyak yg bilang, semakin cantik warna dan bentuknya, semakin beracun dia.
ReplyDeleteSemoga ekosistem terus terpelihara.
ReplyDeleteSubhanallah, cantik2 cendawan..colourful..
ReplyDelete