Hari ini 1 Januari sepatutnya bukan cuti umum bagi negeri Perlis, tetapi semalam Menteri Besar yang baru dilantik mengumumkan 1 Januari 2026 sebagai Cuti Peristiwa. Dapatlah Encik Suami cuti kerja.
Tiada apa yang istimewa saya lakukan pada hari ini, jujurnya saya sendiri tak terasa tibanya tahun baru. Malam tahun baru di kawasan tempat saya tinggal ini berlalu seperti malam-malam yang sebelumnya - hanya kedengaran bunyi cengkerik juga serangga lain yang aktif di waktu malam. Sunyi dan tenang. Menjelang tengah malam, kedengaran sayup bunyi mercun dari negara jiran. Itu sajalah kebisingan malam tahun baru di sini.
Saya suka kehidupan begini.
![]() |
| Langit malam ini - rakaman foto sekitar 9.30 malam. |
Terima kasih Allah yang memberi kesempatan buat saya untuk terus hidup di bumi-Nya. Selamat Tahun Baru 2026 buat semua sahabat blogger, semoga Allah merahmati hidup kita 💙

Selamat Tahun Baru 2026, Ujie...amiin2..
ReplyDeleteHappy new year =D
ReplyDeleteSalam tahun baru, ujie... semoga yang baik² bakal muncul hehe
ReplyDeleteSelamat tahun baharu 2026, Ujie & husband. Dapat cuti peristiwa tu, mesti keluar mengopi, kan.
ReplyDeleteHaha....keluar lunch je di Kangar, beli barang dapur, lepas tu ke rumah adik ipar.
DeleteSelamat tahun baru kak.. itulah, kawan saya pun up Perlis dapat cuti...alhamdulillah
ReplyDeleteDana tak pernah sambut malam tahun baru, budak kampung kot kak tak pernah layan malam tahun baru. Meriah tengok kat tengah bandar KL malam ambang tahun baru tu, dana pukul 10 malam dah tidur, heheheh
ReplyDeleteAkak kalau meriah bunyi mercun bunga api tu jadi susah nak tidur. Duduk Penang dulu gitulah, sekarang dah lega senyap je malam tahun baru.
Deleteselamat tahun baru kak Ujie...sama la kita kak,malam tahun sama macam malam2 biasa,pukul 10 dah lena sampai pagi tak dengar langsung bunyi bunga api ke apa hehe...moga yang baik2 untuk kita semua pada tahun 2026 ni
ReplyDeleteGeng Dana tidur pukul 10 😀
DeleteAkak lewat sikit, dekat pukul 11.
Saya pula tertidur lepas Maghrib. Terbangun pukul 10:30 malam tengok Konsert Hijrah di tv AlHijrah sampai lepas pukul 12 lebih. Rasa biasa sahaja. Rasa tiada mercun, tidakpun saya tidak dengar.
ReplyDeleteCantik rakaman foto langit.
Okeylah gitu, tak ada bising mercun. Sebelum ni saya tinggal di rumah NS dan rumah Penang, memang meriah bising orang main mercun. Di Penang paling bising berjam tak habis.
DeleteSelamat tahun baru. Semoga yang baik2 jela untuk kita semua.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru PU.
ReplyDeleteSama, sy pun tak rasa apa² keterujaan nak sambut tahun baru. Agak usia pun main peranan kot hihi....
Hahaa...iya.
DeleteSalam Tahun Baru.. seronok di Perlis boleh tidur dgn aman tanpa gangguan bising mercun .. 👍🏻☺️
ReplyDeleteYa, jauh beza masa akak tinggal di rumah NS & Penang 😄
DeleteBila la dpt balik Perlis ni...
Deletewahh boleh dengar bunyi bunga api dari thailand ye. saya malam tahun baru tu tido awal, mmng tk dengarlah apa2 bunyi pun, hehe.
ReplyDeleteanyway selamat tahun baru kak ujie!
Rumah kami dekat sempadan Sadao, Thailand. Kadang bunyi muzik kuat pun boleh dengar malam-malam.
DeleteHappy new year kita!
ReplyDeleteHappy new year kak Ujie 🎊🎊🎉🎉🎉. Semoga menjadi tahun yg baik buat kita di 2026 ini yaaaa.
ReplyDeleteTahu baru saya pun biasa saja. Sama macam malam2 yg lain. Dan saya suka. Sebab tak terlalu gemar dengar suara mercon yg bising tuh
Betul, akak pun tak gemar kalau bunyi mercun berpanjangan sebab susah nak tidur.
DeleteSelamat tahun baharu 2026.
ReplyDeleteSemoga yang baik2 aje datangnya.
Selamat tahun baru 2026, Ujie.
ReplyDeleteBagusnya, tinggal di tempat aman damai.
Rumah saya, malam tahun baru pukul 12 malam, pong pang pong pang bunyi mercun bom atom bagai.
Pernah rasa gitu masa tinggal di NS & Penang. Penang lebih dahsyat macam kat zon perang 😅
DeleteMoga 2026 lebih baik buat kita semua.
ReplyDeleteselamat thn baru & selamat tambah usia kpd kite semua😉
ReplyDeleteSelamat tahun baruya, jom lah teruskan ja blog..blog menarik..dapat kongsi catatan..
ReplyDeleteSaya masih antara followers sini ya..
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Ujie...semoga yang baik2 untuk kita semua di tahun 2026 ni
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2026... Malam tahun baru sy tidur hehe
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2026 sis..
ReplyDeleteBaru perasan la rumah Ujie dah lain. Selamat Tahun Baru ya!
ReplyDelete