Masih belum terlewat untuk saya paparkan senarai 10 orang blogger yang paling banyak memberikan kata-kata mesra di blog ini sepanjang tahun lepas.
10 orang blogger yang paling mesra pada tahun 2024 :
Terima kasih tak terhingga buat blogger yang namanya tertera di atas kerana telah sudi menjadi sahabat blog saya yang paling mesra (baca : paling banyak meninggalkan komen).
Penghargaan khas juga ditujukan buat sahabat blog dari negara tetangga Indonesia - iaitu blogger Fanny dan blogger Mreneyoo kerana sering bertamu di blog ini walau mungkin ada sedikit halangan bahasa.
Tak dilupakan juga penghargaan buat semua blogger yang telah singgah memberikan kata-kata mesra di blog saya ini. Semoga persahabatan kita berpanjangan walau hanya bertemu melalui penulisan di blog.
*******
Sebagai tanda penghargaan, saya nak mengirim sedikit hadiah buat tiga orang sahabat blog yang paling mesra dan beralamat di Malaysia. Mohon maaf buat blogger Fanny kerana buat masa ini tak dapat membuat kiriman ke Indonesia.
Buat blogger NA, Puan Hazel dan Mulan, mohon berikan maklumat pengeposan menerusi e-mel : halifa02@gmail.com.
Sekali lagi, TERIMA KASIH buat semua sahabat blog yang telah memeriahkan blog ini dan menceriakan hari-hari saya. Semoga Allah kurniakan kalian dengan kebaikan di dunia dan akhirat π
wahh tahniah semua..bila saya nak masuk list hahaha
ReplyDeleteasyik buka blog ikut mood je,yg byk mood M
Jemput masuk list untuk tahun 2025 π
DeleteWah ternyata nama saya ada di situ juga hehe...terbaik buat kalian bertiga dan yang lainnya juga.
ReplyDeleteTerima kasih ya sering berkunjung ke blog saya π
DeleteWahh.. tahniah semua kamu yg mesra
ReplyDeleteKami mesra jugak kak ujie tp malu-malu mesra... hahaha
Lepas ni jangan malu-malu lagi tau Mim π
Deletecongrats to semua!!!
ReplyDeleteTerima kasih MA pun selalu memeriahkan blog saya.
DeleteTerima kasih juga buat Ujie kerana sering berkunjung ke blog Alam Sari Tanah Jauhar. Tahniah buat NA, Puan Hazel & Mulan dapat hadiah, hehehe.
ReplyDeleteSama-sama kasih Sk π
Deletesalute sahabat ni semua sbb selalu jd top komentator hehe
ReplyDeleteHehe…iya.
Delete"Mantap sekali yaa, kak Fanny dan kak Hanny memang agak kerap berkomentar di pelbagai blog, sampai lintas negara pula ini hubungannya, hehehe.
ReplyDeleteApa-apa pun, selamat tahun baru yaa. Semoga lebih berjaya lagi tahun ini.
Yang jauh jadi terasa dekat dengan adanya hubungan di blog π
DeleteSelamat tahun baru, moga kita semua lebih berjaya.
Tahniah buat semua dan blogger terpilih...semoga ukhwah kita semua berpanjangan...
ReplyDeleteAamin…
DeleteAlhamdulillah dan tahniah kepada semua sahabat...
ReplyDeleteAlhamdulillah…ada sahabat blog yang menceriakan hidup, macam Lady jugak yang selalu ke sini.
DeleteOhhh Alhamdulillah dan Terima Kasih.
ReplyDeleteSama-sama Mulan π
Deletetahniah semua yang mesra2...
ReplyDeleteAmmi pun mesra jugak π
DeleteAlhamdulillah. Tq. Tahun lepas rasa kurang semangat jalan-jalan ke blog orang. Mungkin lepas ini kembali bersemangat.
ReplyDeleteSama-sama NA π
DeleteMoga tahun ni NA lebih bersemangat ya.
halamak nama kita takde... maafkan la atas kekhilafan kdg muncul kdg tidak kak hahahha
ReplyDeleteHehe…takpe, akak pun jenis tenggelam timbul.
Deletetahniah utk yg mesra
ReplyDeleteTerima kasih jugak MamaTisya yang mesra π
DeleteThniah semua... Cuya tk rajin BW lak masa 2024, mood duk turun naik je hehe
ReplyDeleteTakpe Cuya, biasalah tu…kita blogging ikut mood π
DeleteTahniah yang tersenarai dan yang menerima hadiah
ReplyDeleteTerima kasih jugak Wak yang selalu ke sini π
DeleteAlhamdulillah rezeki tahun baru π€²π»
ReplyDeleteTq PU. Nanti sy email ya π€
Sama-sama PH π
Deleteooo..ada jg nama ku terselit...hehe...tahniah kpd semua!
ReplyDeleteTahniah dan terima kasih Nohas selalu bertandang ke sini π
DeleteApa definition utk paling mesra tu hihihii... Alhamdulillah ada juga nama kita tersenarai di situ :D
ReplyDeletePaling rajin tinggalkan komen, macam Afif lah π
DeleteTerima kasih ya.
Tahniah semua! Rajin betul blogwalking mereka2 ni!
ReplyDeleteHehe…
DeleteTerima kasih juga Mazni sudi singgah sini π