Tuesday, 4 March 2025

Bahagian 1 | Melawat Perkampungan Warisan Budaya di Oshino Hakkai, Oshino

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024

Jemput baca catatan terdahulu --> Arakurayama Sengen Park, Fujiyoshida


Dari lokasi foto ikonik di Arakurayama Sengen Park, kami menuju ke Oshino Hakkai dengan jarak perjalanan sejauh 9 km. Oshino Hakkai merupakan sebahagian daripada 'Mount Fuji UNESCO World Cultural Heritage Site'.

Kami tiba di sini kira-kira pukul 3.10 petang
Info | Hakkai, or "Eight Seas," refers to the eight pools of water that are the main attraction at Oshino Hakkai. Bridges and pathways lead you around and over these tranquil ponds. The traditional thatched roof buildings, slowly spinning water wheels, and amazing view of Mt. Fuji all transport you to another era. (Sumber info dan bacaan lanjut di japan.travel)
Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Antara tarikan utama di sini - terdapat 8 buah kolam yang terbentuk hasil letusan Gunung Fuji.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Kagamiike Pond - kolam pertama yang kami temui sebaik tiba di Oshino Hakkai, tetapi kalau ikut turutan ini merupakan kolam nombor 7.

'Kagami' merujuk kepada cermin kerana dari sudut tertentu kita akan dapat menyaksikan pantulan imej Gunung Fuji pada permukaan kolam ini.

Encik M hulurkan skrin telefon beliau - memaparkan hasil fotografi dengan imej Gunung Fuji pada permukaan air kolam. Memang cantik hasilnya. Saya cuba juga mendapatkan hasil yang sama, tapi tak berjaya.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Kami bergerak ke kawasan tumpuan utama pelancong. Terdapat bangunan yang menempatkan jualan makanan, cenderamata, kemudahan tandas dan juga sebuah kolam besar.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Penutup manhole yang unik! Tak berwarna-warni seperti penutup manhole berhampiran Masjid Fujikawaguchiko (entrinya DI SINI), tetapi masih menyerlahkan motif berkaitan tempat ini - Gunung Fuji dan kincir air (water wheel).

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Tanaman dalam pasu bulat disusun berderet berhampiran kolam besar - tempat tumpuan utama para pelancong. Dari jauh nampak macam bunga, bila tengok dekat nampak macam jenis sayuran. Cantik menarik!

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Inilah kolam besar yang terletak berhampiran bangunan jualan makanan dan cenderamata. Airnya sangat jernih, boleh nampak dasar kolam.

Nampak tak benda berkilau di dasar kolam tu? Saya fikir apa benda yang berkilau, rupa-rupanya duit syiling yang dicampak orang - kononnya hajat tercapai kalau campak syiling di kolam ini 😂. Selepas itu baru saya perasan ada notis larangan campak syiling ke dalam kolam. Baguslah ada notis larangan, nampak cacat pemandangan kolam yang cantik dengan benda tak sepatutnya.

Encik M bawa kami berjalan ke depan lagi - masuk kampung. Sepanjang lawatan kami di Oshino Hakkai, kami berjalan bersama-sama dalam satu kumpulan.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Di suatu sudut kolam, terdapat sebuah bangunan kecil dengan reka bentuk tradisional dan juga kincir air. Menarik sungguh dapat menyaksikan kincir air dan memerhatikan ia bergerak. 

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Thatched roof - binaan bumbung tradisional yang menarik perhatian saya. 

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Rupa bahagian dalam bangunan kecil dengan kincir air di luarnya. Menurut Encik M, ini tempat pembuatan produk (tapi entah produk apa). Saya sempat rakam video semasa kincir air ini bergerak, boleh saksikan video di hujung entri ini.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Pemandangan indah di Wakuike Pond - kolam nombor 5.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Jumpa gerai jualan jus segar - freshly squeeze juice. Harganya 700 yen. Ada pilihan buah oren atau grapefruit (hasil carian bahasa Melayu - limau gedang).

Strawberi pun ada dijual. Tapi tak beli sebab harganya mahal. Apa yang menarik, semua buah yang dijual di sini merupakan hasil tempatan - produk Jepun. Hasil Google Lens, strawberi ini produk dari Izu - sebuah bandar di Shizuoka Prefecture.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Jus segar grapefruit. Minum terus daripada buahnya! Isi buah grapefruit kemerahan dan rasanya lebih kurang sama macam buah oren. Segar dan ada sedikit rasa masam.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Kami menikmati jus buah sambil menatap indahnya pemandangan di sini - puncak Fuji, aliran sungai yang jernih dan suasana perkampungan yang tenang.

Oshino Hakkai, Oshino, Jepun
Puncak Fuji.

Video berdurasi 25 saat.

Catatan di Oshino Hakkai saya buat dua entri sebab banyak foto menarik. InsyaAllah bersambung pada entri seterusnya.







16 comments:

  1. Kami tak sampai sini, Insyaa Allah satu hari nanti. Cantiknya semua. Cantiknya pond tu. Strawberry memang mahal kan, ada beli sikit jumpa somewhere yang murah sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami jumpa jugak di tempat lain, tapi tak beli. Dah balik Malaysia rasa menyesal pulak tak cuba strawberi Jepun.

      Delete
  2. Suka tengok gambar-gambar di negara Jepun. Nampak tenang dan bersih. Sedap mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang rasa sangat tenang dan bersih. Itu yang buat rasa nak repeat Jepun 😀

      Delete
  3. sangat cantik gambar2nya... seperti sebuah lukisan... sangat cantik.... terutama kolam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Lady, rasa nak berlama-lama menatap indah alam.

      Delete
  4. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah!
    Gambar² pun semua lawa...
    Geram tengok bunga/sayur dlm pasu tu, warna-warni ye... Mmg lawa dibuat tanaman hiasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlah cantik berwarna-warni, saiznya pun agak besar. Jadi geram kita tengok.

      Delete
  5. Jus grapefruit tu memang semulajadi berair atau dia blend dulu isinya? Geramnya tengok bunga tu, bunga ke sayur? Hehehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isinya di blend. Saya perati dia buat - ada alat macam pemutar, masukkan dalam buah dan kisar isi buah.

      Itulah...tak reti nak panggil sayur ke bunga 😄

      Delete
  6. Nampak macam kobis bunga, tapi warna ungu. Cantik.
    Bestnya, minum jus segar grapefruit. Banyak khasiat, tu.

    ReplyDelete
  7. Duuuuh pasti segaaar sangat juice buah itu kak 😍😍😍😍. Buah2 di jepang semuanya enaaak dan manis. Saya sukaaaaa. Mahal, tp worth it semuanya.

    Bunga yg mirip kobis itu bisa dimakan tak yaa. Saya pernah lihat bunga yg sama di Sa Pa Vietnam ❤️.

    Biasanya orang2 memasukkan koin lalu memohon sesuatu. Banyak negara yg punya kepercayaan seperti itu kan 😅. Kalo masukkan koin, nanti bisa balik lagi etc. saya tak percaya pastinya, makanya tak nak buang2 koin ke dalam 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak taulah Fanny, mungkin juga kobis hiasan.

      Iya, biasa dengar kepercayaan baling duit. Cuma akak sangka, tak ada lagi kepercayaan begitu di zaman moden 😄

      Delete
  8. Ada sahaja mana-mana tempat kepercayaan baling syiling dalam telaga, kolam dapat tuah.
    Menarik cara dia buat jus limau gedang guna buah terus. Haha jimat tidak payah masuk dalam cawan.

    ReplyDelete
  9. jus grapefruit tu dpt sedut time panas fuhhhh lega kerongkong😁

    geram je kan tgk strawberi kat sana kan? besar2 pula tu. kalau boleh bli sebiji je kan best...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****