Thursday, 13 March 2025

Gyumon Halal Ramen, Asakusa

CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024

Sambungan dari catatan terdahulu --> Bahagian 2 | Melawat Perkampungan Warisan Budaya di Oshino Hakkai, Oshino


Jalan-jalan cari makan merupakan antara fokus utama trip kami ke Tokyo. Makanan adalah jendela bagi mengenali budaya tempatan. Jadinya, setiap hari kami akan berusaha makan di tempat berbeza bagi menikmati variasi makanan Jepun. Sebolehnya kami elak makan makanan seperti kebab sebab ia bukan makanan Jepun. 

Tempat makan ketiga yang kami kunjungi - Gyumon Halal Ramen yang terletak di Asakusa ini merupakan hasil cadangan Encik M. Ia terletak di tepi sebuah jalan besar, mudah nampak.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Bahagian hadapan restoran. Unik dan menarik dekorasinya.

Kami tiba di sini kira-kira pukul 7.10 malam, mulanya tak ramai pelanggan lain tapi tak lama kemudian ruang dalam restoran ini dipenuhi pelanggan.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Pilihan menu ditawarkan.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Ramen pun ada macam-macam pilihan.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Siap ada pilihan tahap pedas bagi menu spicy ramen. Ada kos tambahan bagi setiap tahap pedas yang kita mahu, bukan percuma ya. Nampaknya Indonesia paling tahan pedas - level 9 dan 10 😀

Urusan membuat pesanan makanan jadi mudah sebab yang melayan kami merupakan orang Malaysia - seorang penuntut lelaki di sebuah universiti yang buat kerja part time di sini. Cakap Melayu jelah.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Minuman kami - green tea dan Japanese soda. Kalau tak beli minuman pun boleh, nanti akan diberi air kosong.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Makanan pilihan saya - spicy wagyu ramen. Walaupun saya suka makanan pedas, tapi saya cuma berani ambil level 2 je. Boleh makan dengan santai tak payah lap hingus dek kepedasan dan dapat lebih menikmati rasa ramen.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Encik Suami memilih menu set, entah set apa saya tak pasti.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Encik Suami mula memasak potongan daging lembu di atas grill pan. Ramen kuah putih tu pula, makanan pilihan Encik M.

Sedang Encik Suami menikmati potongan daging pertama, pelayan restoran menghampiri meja kami dan memaklumkan tersilap hantar set makanan. Bukan tertukar makanan dengan pelanggan lain, tapi dia tersilap tulis order. Lebih kurang gitulah yang saya faham.

Encik Suami kata, tak kisah pun sebab memang nak mencuba apa-apa makanan Jepun. Tapi rupa-rupanya tak boleh begitu, pelanggan mesti dapat pesanan makanan yang betul. Jadinya, makanan Encik Suami diambil semula walaupun dah makan satu potong daging. Harapnya gaji pelayan tadi tak dipotonglah, kasihan pula.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Tak lama menunggu, tibalah set makanan Encik Suami. Lagi banyak makanannya - siap ada nasi dan ramen 😄

Mujurlah ada Encik M boleh bantu makan. Saya memang tak mampu makan banyak dalam satu masa, saya cuma boleh habiskan makanan saya je. Makanan Encik Suami saya jamah sedikit sekadar merasa.

Gyumon Halal Ramen, Asakusa, Taito City, Tokyo, Japan
Ehh...Encik Suami pandai guna chopstick rupanya 😀. Padahal sebelum ni sama macam saya - tak pandai guna. Malam ni terus jadi pandai sebab nak memasak daging atas grill pan. Tapi kalau makan mi, masih tak mahir guna chopstick.

Kami berada di sini lebih kurang sejam. Kalau tadi semasa masuk kedai, kami disambut meriah dengan ucap selamat datang - agaknyalah, sebab saya tak faham bahasa Jepun 😂. Semasa nak keluar kedai pun meriah juga, mereka beramai-ramai ucap 'arigato gozaimasu' - yang ni saya fahamlah. Terasa sangat dihargai.

Sebelum beredar sempat juga Encik Suami minta berfoto bersama seorang lelaki Jepun yang berpakaian tradisional Jepun lengkap dengan pedang tersisip di pinggang - mungkin bos di sini sebab tugasnya menyambut mesra pelanggan dan nampak sibuk memberi arahan.

Jika kalian berkunjung ke Tokyo, bolehlah cuba makan di sini. Carian Google Maps - Gyumon Halal Ramen Asakusa.

Dari Asakusa, Encik M hantar kami pulang ke hotel penginapan di Nippori. 

Rekod hari kedua - 6,212 langkah sahaja sebab seharian bergerak menaiki kenderaan sewa.

Tamat sudah catatan hari kedua trip saya ke Jepun. Esoknya hari Jumaat, hari yang saya nantikan kerana kami akan berkunjung ke Tokyo Camii seterusnya menunaikan solat Jumaat.







25 comments:

  1. Sy pun suka makan pedas tapi tak enjoy kalau makan makanan yg terlalu pedas.
    Nampak menarik set makanan yg suami PU pilih tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...jadi tak enjoy makan sibuk lap hidung mata 😄

      Delete
  2. Hubby ada sekali pilih ramen pedas, berair mata nya. Nak jugak try makanan lain tapi hubby dan anak soleh nak ramen je, tapi tukar2 kedai lain. Dapat desset dll di 7E, FM pun best jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun banyak kali makan ramen di kedai berbeza, saja nak rasa kepelbagaian masakan ramen.

      Delete
  3. untung juga ada student malaysia part time situ, mudah ckp melayu je nak order hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tanya lanjut pasal menu. Biasa terus sebut atau tunjuk jelah nak order apa.

      Delete
  4. ana pun sejenis yg tak boleh nak mkn banyak dlm 1 masa.. sikit-sikit je mampu perut ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat kenyang kan, tak berbaloi kalau pergi makan buffet 😄

      Delete
  5. Seboleh-bolehnya kalau travel saya hendak elakkan makanan pedas heheheee. Maklumlah dalam perut tak boleh diduga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat kak. Boleh huru hara plan travel kalau perut meragam.

      Delete
  6. fuh tahap kepedasan smp 10 tu...mau berasap2222...anak suka la ramen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah macam mana pedasnya kalau level 10 tu 😄

      Delete
  7. Sy pun suka menikmati masakan tradisi sesuatu tempat asalkan ianya halal. Dan sy jugak tak suka minta level paling pedas, hilang nikmat makan kalau air mata, air hidung semua mengalir keluar, hahaha.

    ReplyDelete
  8. Sedap tak, Ujie, ramen dia? :)
    Macam tu rupanya, kalau salah tulis pesanan, kena buat juga. Bagusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, tambahan pulak ada campuran potongan kecil daging wagyu.

      Kiranya, mereka nak beri layanan terbaik.

      Delete
  9. Sangat kagum dengan presentation makanan Jepun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersusun elok je kan. Jadi nampak menarik sangat dan nampak sedap.

      Delete
  10. Bagusnya pelayan restoran yang bagitahu silap walaupun suami Puan Ujie tidak tahu. Jujur betul.
    Memang banyak makanan sampingan dalam set itu ya. Memang kenyang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak biasa menu Jepun, memang tak ingat/kenal set apa yang dah order. Apa dapat, makan je 😄

      Banyak sangat, tak habis makan seorang.

      Delete
  11. Betulkan, pedas tu biar berpada. Pernah cuba makan instant noodle anak yg pedas. Ya Allah pedas nau sampai hilang nikmat makan sbb terasa pijar bibir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu jenuh laa nak hilangkan rasa pijar bibir tu ya 😂

      Delete
  12. Kakaaaaaak, saya catat lah tempatnya. Nak juga coba makan di sana. Hahahahahahaha itu sepertinya Indonesian yg banyak mencoba level tinggi yaaa

    Saya walau suka pedas, tp bagi saya ramen tak sesuai utk rasa sangat pedas. Krn itu tiap pesan ramen saya hanya pilih level tengah, 2 atau 3. Sebab kalo terlalu pedas, kadang rasanya jadi pahit, dan tidak bisa dinikmati. Saya pernah coba ramen yg sangat pedas di jakarta.

    Sama kita, saya pun tiap ke suatu negara tak suka pesan yg bukan makanan khas nya. Macam ke jepang, tak nak pesan Indian foods 🤣. Apalagi di jepang dah banyak halal foods kan

    ReplyDelete
  13. Ehh...Encik Suami pandai guna chopstick rupanya 😀

    hahaha...ke dah praktis dulu sebelum datang ke jepun?
    mana laa tahu kannn...

    ReplyDelete
  14. Seronok bila kehadiran kita disambut baik dan pulangnya kita jua diucap dgn baik.. bagus pihak restoran ni.. oh dah ke Jepun mmg dpt vibe org sana terus pandai guna chopsticks hihii

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****