Selamat menjalani ibadah puasa buat semua sahabat blog 😊. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang bulan Ramadan ini serta dapat melakukan ibadah yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Beberapa hari menjelang Ramadan, saya sibuk menemani Encik Suami ke sana sini. Hari Jumaat pagi kami bertolak ke KL, kemudian bermalam di rumah NS. Esoknya hari Sabtu sambung urusan Encik Suami, selepas itu barulah kami bergerak pulang ke rumah Perlis.
Penat sungguh rasanya bila melakukan perjalanan jarak jauh dan dalam masa singkat. Syukur juga diumumkan 1 Ramadan jatuh pada hari Ahad, kalau hari Sabtu tentu rasa lebih sukar sebab sedang dalam perjalanan jauh.
![]() |
Jambatan Sultan Yusuf, Teluk Intan, Perak. |
Semalam petang dalam perjalanan balik - mulanya kami masuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kemudian masuk pula laluan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sebab Encik Suami perlu ke Sitiawan, Perak. Laluan di sini lebih tenang dan lapang dengan pemandangan ladang sawit terbentang luas di kanan kiri jalan.
Pukul 7.13 pagi tadi - Masya Allah...warna langit nan indah di rumah Perlis. Suasana nyaman dengan udara sejuk. Tapi semasa entri ini ditaip, udara di sini panas kering dengan suhu 35℃.
Jadual waktu permulaan puasa dan waktu berbuka bagi kami di negeri Perlis. Biasanya jadual begini akan nyatakan 'waktu imsak', tapi di Perlis terus dinyatakan 'waktu permulaan berpuasa'.
Bagus juga buat begini sebab masih ada orang keliru dengan menyangka kena berhenti makan minum sebaik tiba waktu imsak. Sebenarnya waktu imsak merupakan waktu berjaga-jaga (bagi kita selesaikan makan sahur), kita masih boleh makan minum selagi belum masuk waktu Subuh. Waktu permulaan berpuasa adalah bila masuknya waktu Subuh.
Pengisytiharan kadar zakat fitrah bagi negeri Perlis sebanyak RM9. Cuma satu kadar sahaja, tiada pilihan bayaran mengikut jenis beras dimakan. InsyaAllah tahun ni merupakan tahun kedua kami suami isteri bayar zakat fitrah di sini. Tahun lepas kadar zakat fitrah sebanyak RM10.
Selamat berpuasa, Ujie.
ReplyDeleteEh, ada singgah Sitiawan. Dah dekat dah tu dengan rumah saya.
Cantik langit waktu pagi di Perlis. Saya nampak pokok janggut. :)
Hehe..singgah kejap hantar barang.
DeletePokok janggut yang kekeringan tu, Perlis panas terik.
Pertama kali nampak perkataan waktu permulaan berpuasa tu maksudnya azan subuh la kan.
ReplyDeleteBetul Cie. Masuk waktu solat Subuh, bermulalah waktu puasa.
DeleteRamadhan Kareem! Moga ramadhan kalini lebih baik daripada sebelum ni. Selamat beribadah :D
ReplyDeleteAamin.
DeleteSelamat menjalani ibadah puasa Ramadan. Semoga dipermudahkan segala urusan dalam bulan Ramadan ini.
ReplyDeleteAamin..
DeleteSelamat berpuasa Puan Ujie.
ReplyDeleteSaya memang berhenti sebelum imsak sebab takut terbabas.
Iya, memang itu tujuan waktu imsak. Cuma bagi yang terlajak tidur, masih sempat minum air selagi belum masuk waktu Subuh.
DeleteRamadhan Kareem
ReplyDeleteSelamat berpuasa buat PU dan suami.
Tajuk entry kita sama la 😁
Hehe...tajuk biasa pada 1 Ramadan.
Deletesalam ramadhan & selamat berpuasa..
ReplyDeleteTerima kasih 😊
Deleteselamat berpuasa kak ujie! mmg terasa penat bila perlu travel jauh mcm tu..
ReplyDeleteHarini pergi, esok dah balik. Memang tak sempat rehat.
DeleteSalam Ramadhan...suami saya kata waktu imsak tu mesti berhenti makan...
ReplyDeleteIya, berhenti supaya tak terlajak makan.
DeleteTapi masih boleh makan bagi mereka yang terlajak bangun sahur 😄
lady kalau perjalanan jauh ni seperti sedang terapi diri... suka jalan2 walaupun banyak duduk dalam kereta. :D
ReplyDeleteAgaknya sebab jauh sangat dari Perlis, dan dah kerap ulang alik. Dah tak jadi terapi 😄
DeleteSelamat Menyambut Bulan Ramadan.
ReplyDeleteSabtu lepas pun saya ada urusan di luar tapi tidaklah melangkau beberapa buah negeri tapi penatnya hingga hampir terlajak sahur.
Mujur sempat lagi sahur ya..😁
DeleteSelamat Berpuasa Ujie. Take care ya, kami pun sekarang banyak ulang alik KL, hubby meeting.
ReplyDeleteLebih kurang kita ni...kerja ulang alik ke KL. Moga kita dikurniakan kesihatan untuk hari-hari mendatang.
DeleteYa, betul. Sy selalu ambil kesempatan minum air di antara waktu imsak tu.
ReplyDeleteSama 😁
DeleteSelamat berpuasa Ujie. Tengok sini header dah barulah.
ReplyDeleteHehe...terima kasih kerana perasan header baru saya.
DeleteSalam Ramadhan Kareem Ujie..
ReplyDeleteAduhai panasnya kat Pertlis..
Semoga dimudahkan urusan beribadat🤲
Jarang Perlis tak panas 😅
DeleteBertabah jelah.
Selamat berpuasa kak, cantik gambar senja tu
ReplyDeleteTerima kasih Dana.
DeleteTu gambar pagi - sebelum matahari terbit.
Di sini pula hujaaaan hampir setiap hari. Makanya saya belum tertarik utk kluar rumah kak.
ReplyDeleteSaya belum lagi bayar zakat fitrah. Biasanya suami akan tunggu pertengahan puasa.
selamat berpuasa
ReplyDeleteWCE nnt start sesak time nk raya nnt😀
bla trn kl lg? mn tau boleh iftar sama2😉