Sunday, 9 March 2025

Hidangan Ramadan dan Basikal Raya

Terasa pantas sungguh masa berlalu, sekejap je kita dah pun berpuasa pada hari ke-8. Seperti tahun-tahun sebelumnya, hidangan berbuka kami berdua biasanya ringkas - dua jenis makanan, sejenis minuman sejuk dan sejenis minuman panas. Nasi berlauk pula biasanya dimakan hanya pada waktu sahur. Itu pun lauknya cuma sejenis. Potongan buah pula hampir setiap kali makan akan dihidang.


▶ HIDANGAN BERBUKA DAN SAHUR 1-7 RAMADAN
Tak banyak foto yang sempat saya ambil sebab biasanya menghidang di saat akhir hampir masuk waktu berbuka. Waktu sahur pula mata mengantuk, nak makan pun mengantuk apa lagi nak ambil foto makanan. Tak larat aih...

Berikut antara hidangan berbuka dan sahur kami :

Minuman lai chi kang buat sendiri - isinya cendawan putih (snow fungus), barli, kurma merah, bunga lily, buah kundur, chia seed dan buah laici. Buat sendiri boleh letak isi pilihan kita dan tahap kemanisan sesuai selera kita.

Minuman jus buah tembikai kuning - saya kisar buah tembikai dengan sedikit minuman soda sebab buah tembikai kuning ni rasanya tawar. Saya tambahkan juga buah laici.

Lauk daging landak masak lemak cili api. Tentunya bukan saya yang masak menu eksotik begini, nak siang daging landak pun saya tak pandai. Kuah masak lemak cili api ni nampak agak cair kurang santan, tapi rasanya cukup sedap sesuai selera kami. 

Murtabak - buat sendiri guna roti paratha. Percubaan pertama saya buat murtabak, resepi carian internet. Terhangus pulak saya masak.

Keropok lekor Losong - kami borong dari kedai Seehat Store di Nilai sewaktu balik rumah NS tempoh hari.

Kuih pulut panggang (orang utara panggil pulut udang) - Encik Suami beli dari kawan tempat kerja. Beli banyak terus buat stok, simpan dalam chest freezer. Harganya RM1 satu, lembut pulutnya dan sedap dengan aroma daun pisang dipanggang. Intinya penuh dan rasanya sedap sesuai dengan selera kami.

Bubur lambuk - ada orang tolong ambil di Masjid al-Husna, Batu Bertangkup. Isinya memang tak meriah, tapi rasanya sangat sedap!

Setakat hari ini, kami belum pergi ke bazar Ramadan sebab lokasinya jauh. Masak dan makan sajalah apa yang ada - stok bahan memasak dan makanan frozen penuh dalam chest freezer.

Alhamdulillah atas segala rezeki kurniaan-Nya.


▶ BASIKAL RAYA
Bukanlah nak pergi berhari raya naik basikal, tapi sebab dapat masa bulan puasa jadi kita panggil 'basikal raya'. Heheh...

Semalam, hari Sabtu pagi kami ke Bayan Lepas, Pulau Pinang untuk ambil basikal lipat yang Encik Suami beli beberapa bulan lepas. Masa beli tu belum ada stok.

Antara basikal lipat yang dijual di Rodalink.

Sejak berkahwin, ini merupakan kali pertama kami beli basikal. Encik Suami beli sebuah saja dulu. Kalau nanti saya minat berbasikal juga, bolehlah menambah sebuah lagi. Tapi rasanya saya tak minat, saya lebih suka berjalan sebab mudah nak memerhati alam dan memotret itu ini. Kita tengoklah nanti ya.

Jambatan Kedua Pulau Pinang - foto diambil sewaktu dalam perjalanan balik ke Perlis.

Hujung minggu ini nampaknya tak ramai orang di jalan raya. Kami singgah di RnR pun lengang, masuk tandas hanya saya seorang. Mungkin sebab bulan puasa dan hujung minggu lepas masing-masing dah balik kampung untuk berpuasa 1 Ramadan bersama keluarga.







29 comments:

  1. Beberapa hari lepas saya pun buat murtabak sendiri gunakan roti paratha. Sedap sangat. Rasa hendak buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Amie buat mesti jauh lebih sedap, rupa lebih menggoda. Saya buat ni takdelah sedap sangat, pakej terhangus pulak 😆

      Delete
  2. Betul, di Johor kita panggil Pulut Panggang, sampai Kedah jadi Pulut Udang. Ingatkan nak beli basikal utk beraya, hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok gak idea beraya dengan basikal tu Sk, tak payah bersesak kat jalan raya 😂

      Delete
  3. Time berbuka mesti nak ada minuman sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siang panas terik, buka dapat air sejuk rasa sedap sungguh.

      Delete
  4. wahhh kat mana dapat daging landak tuuuu
    sy dah lama teringinnnn nak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari orang jual Anies. Ada yang jual daging je, ada jual siap masak.

      Delete
  5. Cepat kan masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk minggu kedua Ramadan. Syok la dapat basikal baru tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..senyum je suami dapat basikal idaman dia 😀

      Delete
  6. Kali terakhir Sy makan daging landak zaman kanak² dulu. Tak ingat dah bagaimana rasanya...
    Pulut udang sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak, dah tua ni baru jumpa daging landak.

      Delete
  7. Lauk daging landak tu memang mengujakan. Pernah jugak buat murtabak, tak cantik tapi rasa ada lah sikit2, kira ok lah kan. Yey basikal Raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..iya, tak cantik kejadiannya tapi bolehlah. At least taklah penuh bawang je, selalu jugak terkena beli murtabak isi penuh bawang 🤦‍♀️

      Delete
  8. Basikal saya sudah tersadai je. Masa PKP dulu je paling rancak.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...yelah masa PKP dok berkurung je, dapat berbasikal memang seronok.

      Delete
  9. waahh sedapnya menu juadah semua kak ujie! tu lah masak sendiri kat rumah lebih puas hati.. wahhh basikal raya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak boleh lawan juadah Ana yang bermacam-macam tu. Entah bila akak nak jadi rajin macam Ana 😄

      Delete
  10. Kalo x ada yang cerewet nak makan menu ringkas pun dah sedap

    ReplyDelete
  11. tk pernh lg minum jus tembikai kuning...biasa mkn buahnya je..menu exotic landak tu pernh mkn tp masakan rendang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah tembikai kuningnya rasa tawar, itu yang buat jus boleh campur soda bagi manis sikit 😀

      Kalau buat rendang, lebih sedap rasanya.

      Delete
  12. Rare tu, daging landak masak lemak.
    Nampak sedap-sedap belaka hidangan Ujie sediakan.
    Kalau naik basikal, boleh pergi jauh sikit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bolehlah buat makan sendiri.

      Hehe...betul, kejap je dah jauh perginya.

      Delete
  13. Waah daging landak. Tp saya tak tega nak makan 😅😅😅. Sebabnya baru2 ini ada kluarga landak di konten salah satu influencer sini. Dan lucuuuu sangat landak dan anak2nya. JD saya macam sukaa pula dengan hewan ini.

    😅

    Duuuh pulut udang, nampaknya sedaap kak. Dah lamaaa sangat tak makan pulut.

    Dulu suami saya beli sepeda, dia pun menawarkan saya nak juga atau tak. Jawaban saya, tak nak 🤣.

    Better dia bayarin membership gym saya tiap tahun lah drpd belikan saya sepeda yg tak akan terpakai 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun cuma makan buat merasa aje. Tak boleh nak makan banyak sebab terbayang ia seperti arnab dll - haiwan peliharaan yang comel 😄

      Hehe...bagus Fanny tau apa yang diperlukan.

      Delete
  14. Tidak liat ke daging landak itu? Saya pernah makan bukan main liat.
    Wah basikal lipat. Maknanya mudah dibawa ke mana-mana.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****