CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KEDUA - KHAMIS, 5 DISEMBER 2024
Jemput baca catatan terdahulu --> Bahagian 1 | Melawat Perkampungan Warisan Budaya di Oshino Hakkai, Oshino.
Encik M bawa kami untuk melihat kolam seterusnya dan selepas itu kami dibawa berjalan-jalan di sekitar kawasan perkampungan ini.
Kami tak pergi ke semua 8 buah kolam kerana kesuntukan masa. Kalau nak pergi semua kolam, boleh ikut je tanda arah tersedia.
Jalan-jalan menikmati suasana kampung orang Jepun. Satu pengalaman yang berbeza dan menarik! Sebelah kiri kami tu aliran sebatang sungai yang sangat bersih.
Lalu belakang rumah orang. Kemas dan bersih.
Musim luruh, daun semua tak ada tapi nampaknya pokok-pokok ini tetap berbuah dan berbunga.
Berfoto kenangan di sebuah jambatan dengan latar pepohon musim luruh dan rumah penduduk. Nampak cuaca panas, tapi sebenarnya udara sangat sejuk.
Pepohon tanpa daun, tapi tetap nampak menarik.
Foto kenangan kami suami isteri bersama keluarga Encik A. Cantik pemandangan dari jambatan ini - aliran sebatang sungai yang bersih dan puncak Gunung Fuji. Kalau bernasib baik - cuaca sesuai, boleh dapat foto dengan puncak Fuji yang lebih jelas kelihatan.
Suka betul saya tengok kampung mereka - selain pemandangan indah, kawasan ini juga begitu kemas dan bersih. Tak nampak sampah puntung rokok atau plastik minuman bersepah.
Rumah-rumah di sini pula ada rekaan tradisional dan banyak juga rumah moden, semuanya nampak menarik.
MasyaAllah...cantik sungguh pemandangan puncak Fuji dari sudut ini. Masa ni dah pukul 4 petang, cahaya matahari mulai menghilang maka puncak Fuji nampak lebih jelas.
Berfoto di sini pun menarik juga, lebih kurang macam foto di lokasi terkenal - bangunan kedai serbaneka Lawson di bandar Fujikawaguchiko dengan puncak Fuji di belakangnya.
Masa ni kami dah sampai ke bahagian depan semula - kawasan tumpuan utama pelancong. Kiranya, tadi kami berjalan-jalan di kawasan perkampungan ini dalam satu pusingan.
Kami berfoto kenang-kenangan di sini sebelum menuju masuk ke bangunan yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan cenderamata.
Entah makanan apa. Boleh merasa sebelum membeli. Tapi kami cuma tengok jelah.
Encik M kata Peach Green Tea ni sedap dan kalau baca bahan-bahannya memang tak ada yang meragukan. Kami beli beberapa bungkus sebagai oleh-oleh. Harga sebungkus lebih kurang RM24, ada 12 pek kecil di dalamnya.
Kisahnya, ada seorang kawan Encik Suami yang terima teh ni dan isterinya suka sangat dengan rasanya. Disebabkan dah suka, kawan tadi sanggup belikan di Shopee dengan harga sebungkus sekitar RM100! Tapi kalau dikira-kira, harga tersebut tentulah berbaloi berbanding kos nak terbang ke Jepun.
Suasana di bahagian luar bangunan kedai, terdapat laluan bersambung ke bahagian tengah kolam.
Kalau boleh nampak dalam foto di atas, di suatu sudut terdapat ramai orang berkumpul - di situlah terletaknya paip yang membekalkan air segar dari Gunung Fuji. Airnya boleh diminum terus. Kita perlu bawa bekas air sendiri untuk menikmati air tersebut secara percuma atau boleh juga membeli yang dah siap dibotolkan.
Kami tak rasa nak mencuba dan tak rajin nak ambil bekas minuman dalam kenderaan, jadinya tak merasalah air dari pergunungan ini. Dalam perjalanan pulang ke Tokyo kami berborak dengan Encik A (beliau beli yang siap dibotolkan), katanya air tersebut rasa sedap segar. Terus saya rasa menyesal sebab tadi tak mencuba minum atau membeli sebotol.
Pukul 4.40 petang. Langit mulai gelap. Tiba masanya untuk kami beredar dari sini dan kembali ke Tokyo.
Suhu semakin rendah. Patutlah saya rasa semakin sejuk dan rasa kering kulit.
Saya rasa tak puas walau dah seharian di Yamanashi Prefecture ini - saya belum puas menatap indahnya Gunung Fuji serta banyak lagi tempat menarik yang belum sempat kami lawati. InsyaAllah ada rezeki, kami akan kembali lagi dan pastinya akan bermalam supaya dapat lebih santai menikmati keindahan alam di sini.
Dalam perjalanan kembali ke Tokyo, masing-masing keletihan dan tertidur. Sesekali saya terjaga dan memerhati keadaan di luar - ada ketikanya aliran trafik tidak begitu lancar.
Tiba di Tokyo, keluarga Encik A turun di Akihabara - mereka nak shopping di Yodabashi Akiba. Manakala kami berdua bersama Encik M menuju ke sebuah restoran halal di Asakusa untuk makan malam.
Menariknya tempat lepak kat kolam tu. Syok samtai-santai kat situ. Teringin juga nak merasa air Gunung Fuji.
ReplyDeleteItulah...menyesal saya aritu tak merasa, free je pun 🤦♀️
DeleteSubhanallah cantiknya view. Memang tak puas sehari di Yamanashi Prefecture tu. Kami pun belum sampai ke Oshino Hakkai ni. Moga diizinkan nanti.
ReplyDeleteInsyaAllah ada rezeki boleh kita repeat ke area Fuji ni lagi.
DeleteDah nampak bulan dah jam 4.40 petang. Cantik betul Jepun ni ya.
ReplyDeleteSini cepat gelap.
DeleteCantik, bersih. Rasa seronok datang.
Bestnya kampung diorang, tenang je... Dengan pemandangan yg cantik, suasana bersih no wonder warga emas di Jepun sihat² kan... Stress free bila adanya suasana macam ni.
ReplyDeleteTq bagi Sy peach tea tu 🌹
Haa...kan PH. Diaorang umur panjang.
DeleteSama-sama 😊
Pokok di kampung tu nampak terjaga, di-trim dengan kemas macam topiary. Faham akan keinginan Ujie untuk kembali tu. Saya yang baca ni pun, rasa tempat tu sangat cantik dan macam tenteram je.
ReplyDeleteTerlupa segala masalah hidup bila tengok suasana kat situ.
DeleteCeh..banyak sangat masalahnya ya 😆
cantiknya view gunung fuji tu
ReplyDeleteKan...itu yang tak puas² dok ambik gambar.
DeleteCantik tempatnya. Memang sesuai untuk dikunjungi.
ReplyDeleteBetul. Kampung cantik.
DeleteKampung2 di jepang ini memang kan cantiiiiik sangat. Duuuh saya tak bosan2 memandang kalau dah mengunjungi daerah pedesaan mereka kak. Itu kenapa tiap ke jepang, Tokyo dan Osaka hanya transit. Saya lebih suka melanjutkan perjalanan ke tempat2 pedesaannya atau yg bukan turis spot.
ReplyDeleteSebab menariiik sangat. Dan sepi.
Air pegunungannya pasti segar. Mengingat jepang selaku bersih, JD pasti air gunungnya pun sedap ❤️❤️
Saya rinduuu nak ke jepang lagi baca cerita2 ini
Akak menulis pun dah rasa excited, teringin nak ke sana semula 😃
DeleteMesti sedap sangat peach Green tea tu. Sy tak pernah jumpa, kalau Jasmine Green Tea pernah, tapi tak sedap.
ReplyDeleteSedaplah kat tekak saya.
DeleteJasmine green tea saya pernah minum jenama Ahmad Tea. Memang tak sedap, tak boleh minum 😅
Wah! Banyak betul gambar berlatarkan Gunung Fuji.
ReplyDeleteRupanya di sini juga beli peach green tea.😄
Hehe...iya NA, katanya tak dijual di tempat lain.
DeleteSuka kalau ke kawasana perkampungan mcm ni.. layan suasana dan view yg memikat hati.. dgn gunung seketul kelihatan dari kawasan kg huhu.. best nyer.. Tak tahu apakah ia makan bgi cuba makan pun susah kita nak sentuh huhuu..
ReplyDelete