RJ Cafe Satok menjadi lokasi kunjungan kami yang terakhir pada hari pertama di Kuching, Sarawak. Selepas penat berjalan-jalan menikmati keindahan malam di Tebingan Sungai Sarawak, jomlah kita cari tempat bersantai sambil menikmati hidangan ringkas.
RJ Cafe Satok kami temui secara tidak sengaja. Mulanya kami nak ke Kopi O Corner, tapi ternampak RJ Cafe (di lokasi berhampiran) yang kelihatan lebih menarik untuk kami cuba.
Ruang dalam kafe yang selesa. Dekorasi gabungan moden dan klasik yang sedap mata memandang.
Mesin taip lama dan mesin jahit lama menghiasi sudut kafe. Mesin taip besar begini, seingatnya suatu ketika dahulu biasa saya lihat di pejabat sekolah rendah saya. Mesin jahit berkaki pula masih lagi digunakan di rumah mentua saya, manakala di rumah mak saya ia bertukar fungsi sebagai meja meletak barang.
Minuman teh tarik dan teh 3-layer pilihan kami. Servis pantas, tak perlu lama menunggu minuman yang dipesan.
Pilihan Encik Suami - classic kaya & butter. Dah makan sebahagian, tinggal sebahagian ini saja yang sempat berfoto π. Nampak ringkas je roti begini kan? Tapi rasanya sedap dengan tekstur roti bakar yang garing.
Roti canai sarang burung pilihan saya. Sedap garing bahagian tepi roti canai ni. Cuma masa menunggu untuk saya dapat menikmati roti canai ini agak lama, iaitu hampir 30 minit. Sementara menunggu tu, bertambah segelas lagi minuman π
Beberapa hari kemudian (sebelum kembali ke Semenanjung Malaysia), kami datang ke sini lagi. Hasrat hati nak mencuba makanan lain pula, tapi tak ada rezeki kerana kafe tidak beroperasi (saya pergi berpandukan waktu operasi yang tertera di Google Maps).
Kalau kalian berkunjung ke Kuching bolehlah mencuba sendiri hidangan di kafe milik Muslim ini. Terdapat beberapa cawangan RJ Cafe di Kuching, cawangan yang saya pergi ini terletak di Jalan Nagor. Saya tak sertakan info waktu operasi sebab saya tak menemukan info yang tepat.
*************************************************
RJ CAFE SATOK
2, Jalan Nagor,
93400 Kuching,
Sarawak.
Kalau saya balik kampung suami di Samarahan memang takde kesempatan nak explore food scene di Kuching sbb suami akan habiskan masa di kampung je memandangkan kiteorg balik pun selalunya tak lama π paling2 pun dia bawak ke Mee Sapi Hj Salleh di Kafe Sepinang Sari hehe. Tapi nampak menarik RJ cafe ni boleh la try ajak dia ke sini lain kali.
ReplyDeleteTeringin saya nak ke Kuching, bilalah agaknya
ReplyDeleteboleh simpan masuk dlm list bila ke sana nanti..
ReplyDeleteDah makan separuh, patutlah... Sy pun terfikir takkan sekeping tu je roti bakar tu hikhik...
ReplyDeleteHarap ada rezeki Sy utk ke Bumi Kenyalang suatu hari nanti π
Mesin tik nya seperti tempat almarhumah ibu saya kerja dulu ,semasa kecil kalau ibu pas lembur kerja di hari libur, saya suka ikut ke sana, roti kaya atau srikaya tu memang sedaap,manis dan gurih berpadu di tambah segelas teh tarikπ
ReplyDeletemenarik kafe ni..SA pernah pergi cafe sepinang sari je layan Mee Kolok Hj Salleh
ReplyDeletetengok kopi akak tu siap layer mesti sedap kan
ReplyDeleteCantik deko kafe.
ReplyDeleteSayapun masa kecil pernah tengok mesin taip dekat sekolah juga.
Belum sampai Kucing lagi. Cantik cafe, sedap nampak semua makanan minuman. Pinggan roti bakar tu cantik.
ReplyDeleteservice air laju tu yg suka.. ini air pun lambat mcm nak kena masak dulu air tu hahahaha
ReplyDeleteUnce tak pernah sampai sini
ReplyDeleteKapanlah saya bisa menginjak kan kaki ke sana yaa π . Kalimantan saja belum pernah, apalagi Sabah Serawak , π .
ReplyDeleteTeringin sangat, semoga bisa tahun depan .
roti sarang burung fav...dlu outstation kuching pernh singgah RJ restoran tp RJ ayam bakar tp pasti sama ke dgn RJ cafe ni...kot2 same management
ReplyDeletesedap nmpknya roti sarang burung tu...yummy!
ReplyDelete