Sunday 2 June 2024

Koffee Kitchen, Kangar

Semalam hari Sabtu, saya dan Encik Suami ke bandar Kangar yang terletak kira-kira 30 km dari rumah. Maklumlah, saya tinggal di tempat yang tak banyak kemudahan. Maka perlulah bergerak jauh bagi memenuhi keperluan.

Alhamdulillah banyak hal dapat diselesaikan, antara tempat yang kami tuju - klinik dan kedai gunting rambut. Kali ini kami sama-sama pergi gunting rambut, tapi di lokasi berbeza. Juga kami sama-sama tak berpuas hati dengan hasilnya 😅

Kami keluar dari pagi membawa ke petang. Dah penat ke sana sini dan ditambah dengan rasa kecewa berkaitan hal gunting rambut tadi, marilah kita mengubat rasa dengan makan sedap di tempat yang sedap mata memandang. Ah! Saja cari alasan kan 🤭


Koffee Kitchen, Kangar
Kali pertama kami ke sini pada waktu malam bersama keluarga adik ipar, dah begitu lama iaitu ketika kami masih menetap di rumah PP.

Sebaik melangkah masuk kafe, kami disambut mesra oleh seorang pelayan lelaki dan di bawa ke meja yang sesuai untuk dua orang. Adik pelayan memberikan kami buku menu dan menerangkan menu yang tiada pada masa tersebut. Bagus begini, tidaklah kita kecewa bila dah buat pesanan baru tahu ini habis itu tiada.

Koffee Kitchen, Kangar
Suasana di dalam kafe. Terdapat dua ruang makan, kami di ruangan kedua. Masa ni ramai juga pelanggan tetapi tidaklah sesak.

Koffee Kitchen, Kangar
Suasana kafe seperti dalam sebuah rumah moden dengan dekorasi barang lama. Hiasannya ringkas tetapi menarik.

Koffee Kitchen, Kangar
Tak lama menunggu, minuman yang dipesan pun tiba. Minuman pilihan saya - iced caramel macchiato RM13.90. Rupa memang menggoda, rasanya juga menepati cita rasa saya.

Koffee Kitchen, Kangar
Minuman pilihan Encik Suami - hot green tea RM13.90. Biasanya makan dan minum apa-apa, kami akan berkongsi merasa. Tapi kalau green tea memang untunglah Encik Suami minum sendiri saja, aroma dan rasa green tea bukan sesuatu yang kena dengan cita rasa saya.

Koffee Kitchen, Kangar
Makanan yang dipesan lambat tiba. Kira-kira 30 minit selepas membuat pesanan, barulah hidangan saya tiba - mushroom soup RM13.90. Terubat rasa bosan menunggu apabila dapat menikmati rasa sup cendawan yang begitu lazat. Rasanya sedap, tekstur sup tidak cair dan tidak pekat.

Koffee Kitchen, Kangar
Cheese fries RM16.90 ini pula tiba setelah kira-kira 40 minit pesanan dibuat. Lama sungguh 😅. Tapi sekali lagi, terubat rasa apabila dapat menikmati hidangan yang memenuhi selera. Cheese fries ini bukanlah sekadar kentang goreng tetapi dicampur dengan daging cincang/kisar. 

Alhamdulillah semua minuman dan makanan yang kami pesan begitu memuaskan selera. Layanan juga mesra dan cekap. Ruang kafe pula cukup selesa dan sedap mata memandang.

Cuma harapnya pihak kafe dapat kurangkan masa menunggu makanan, tempoh 40 minit terasa sangat lama. Saya andaikan mereka ada masalah kurang petugas di dapur sebab tu lambat. Ruang parkir di sini juga terhad, susah sikitlah nak parkir ketika ramai pelanggan berkunjung.

Jika kalian berkunjung ke Perlis, jemputlah mencuba hidangan di Koffee Kitchen ni ya.


*********************************************

KOFFEE KITCHEN
27, Exit Jalan Raja Syed Alwi,
Kampung Guar Syed Alwi,
01000 Kangar,
Perlis.

Google Maps | Koffee Kitchen

Waktu operasi :
Setiap hari | 10.30 pagi - 12.30 tengah malam
Tutup | Isnin







30 comments:

  1. Boleh tahan juga harga makanan di sana ye... Tapi yg seronoknya di kafe² begini suasananya tenang. Selesa menikmati makanan/minuman yg dipesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...iya, harganya lebih tapi rasanya berbaloi kot sebab lebih sedap.

      Delete
  2. Teringin nak ke Perlis belum pernah sampai lagi. 1 je lagi negeri kat semenanjung belum pernah jejak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah Cie, negeri aman dan cantik. Cuma kena tahan panasnya lebih kat sini.

      Delete
  3. Menarik. Dah lama saya tak ke Perlis. Teringin nak cuti2 Malaysia ke utara semenanjung lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2024-2025 Tahun Melawat Perlis. Jemputlah datang.

      Delete
  4. Hhmm drooling tengok iced caramel macchiato, semua tu lah nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  5. Cheesy fries nya memang menggoda sangaaaat 😍😍😍😍. Dulu saya tiap ke Malaysia selalu makan cheezy wedges KFC kak. Krn KFC sini tak jual menu itu. Selalu saya beli. Tp sejak boikot, tak pernah nak sentuh. Teringin sebenarnya, tp kalo yg jual KFC tak lah

    Untungnya marryBrown msia jual menu yg sama. Jadi terobati sikit. Nanti kalo ke kangar, nak coba juga makan di koffee kitchen ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...saya pulak yang jadi teringin nak mencuba cheesy wedges marrybrown 😀

      Delete
  6. Sedaap bangeet ngopi-ngopi sambil ngemil...kafenya pun nyaman.

    ReplyDelete
  7. Lamanya menunggu, kalau saya, mesti green tea tu dah habis dulu, sebab sy suka hirup minuman panas², cuma sy macam Ujie juga, tidak gemar green tea.

    ReplyDelete
  8. betul tu tekak ana pon kurangg masuk dgn aroma & rasa greentea ehehe

    ReplyDelete
  9. kiranya cafe ni tak sesuai untuk orang yg tengah lapar, kene orang yang memang rilex-rilex je

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time akak datang dulu okey, cepat sampai makanan. Mungkin kali ni tengah kurang pekerja di dapur.

      Delete
  10. green tea feberet ank dara ciknur tu
    yg thn nya lama menunggu

    ReplyDelete
  11. Gitar tu boleh main ke? Atau deko je?

    ReplyDelete
  12. betul la apa orang cakap.. sekarang ni perlis darul kopi.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh....negeri kecik tapi banyak tempat ngopi.

      Delete
  13. Cheese fries tu nampak menarik tapi part masa menunggu yang lama tu rasanya pihak cafe boleh perbaiki lagi. Mungkin hari kejadian tak cukup staf di bahagian dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya fikir gitulah sebab masa 1st time datang dulu okey je cepat.

      Delete
  14. Makan ringan sahaja ya?
    Betullah lama menunggu untuk sup cendawan dan kentang goreng berkeju.

    ReplyDelete
  15. cantiknya kopi hijau tu :D :D..

    xpe, tunggu panjang dulu, nanti gunting lain kasi cantik..

    ReplyDelete
  16. Lamanya tunggu sampai 40 minit. Kalau saya memang dah rasa kembang kempis saja ni hihihiii.

    ReplyDelete
  17. nyaman sekali suasana cafe ni...terpikat dgn minuman...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****