Monday, 10 June 2024

Kawan Baru


Imbas kembali 20 Mac 2024 (ketika itu bulan puasa) - setelah hampir 4 bulan saya menetap di rumah Perlis, buat pertama kalinya seekor kucing muncul di laman rumah. Kucing yang nampak sangat pemalu atau entah penakut, duduk jauh di suatu sudut pokok pagar tanpa sebarang bunyi. Foto di atas hasil zoom-in, dapatlah saya merakam rupa si kucing.

Sekitar bulan Mei lalu, si kucing sudah mula berani mendekat - selalu ada di bawah kereta depan pintu rumah dan mengiau dengan nada perlahan. Tapi masih malu-malu bila saya beri makanan (buat pertama kali saya cari/beli makanan untuk kucing di kedai πŸ˜„). Bila saya menjauh barulah si kucing akan makan.

Balik dari trip ke Kuching pada 21 Mei 2024, si kucing sudah tidak malu-malu lagi. Mengiau dengan nada kuat dan sibuk mengekori langkah kaki saya.

Agaknya sebab tu wujud peribahasa ‘malu-malu kucing’ πŸ˜†. Begini rupanya, mula-mula je malu menjauh tak bersuara. Sekarang hmmm…

Saya berjalan, dia sibuk mencelah langkah kita. Saya sidai baju di ampaian, dia sibuk bermain di kaki. Beberapa kali juga saya terasa hujung gigi taringnya, eh main gigit-gigit kaki pulak! Saya duduk di gazebo atau bangku, dia melompat dan duduk merapat di sebelah saya.




Kucing jantan yang manja ini sebenarnya kepunyaan jiran, sebab itulah kelihatan elok sihat. Tapi nampaknya sekarang dah jadi kawan saya pulak, hampir setiap hari si kucing datang menghabiskan waktu siang di rumah saya dan beredar apabila hari menjelang gelap.

Saya catatkan kisah ‘kawan baru’ saya ini di blog kerana ini merupakan pengalaman pertama saya ada ‘hubungan baik’ dengan kucing. Barulah saya tahu, kucing mengiau bukan semata kerana nak makan tetapi mahu perhatian dan nak bermanja dengan manusia πŸ˜„






.

18 comments:

  1. selalunya kucing akan mendekat kalau org tu takut kucing sbb dia tahu org yg takut kucing takkan peluk cium gomoi dia hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh gitu ya πŸ˜„
      Akak bukanlah takut kucing, cuma tak biasa mesra-mesra dengan kucing πŸ˜…
      Tapi sekarang dah bolehlah pegang, belai, main dengan kucing. Gomol belum lagi..haha

      Delete
  2. Seronoknya ada kawan baharu. Handsome pula tu.

    ReplyDelete
  3. Comelnya dia!
    Bolehlah buat teman sembang² ye hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam kita sembang, dia jawab sama je…meow meow πŸ˜‚

      Delete
  4. Jadi teringat pas jalan"kemarin , ada seekor kucing baru...dia mendekat dan duduk di pangkuan saya, dia selama tiga hari berturut-turut datang ke rumah tempat kami menginap dan selalu menunggu di depan pintu gerbang..saat hari ke empat kami mau pulang,dia gak datang"lagiπŸ₯²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih pulak kan…dia semacam tau tak kan jumpa lagi, tak mau munculkan diri pada hari terakhir.

      Delete
  5. nampak berisi ensem jugak budak ni... ajak la bercakap dengan dia kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang bercakap dengan dia, tanya macam-macam, tapi akak tak paham jawapan dia. Bunyi sama je..meow meow πŸ˜‚

      Delete
  6. Apalagi kalau dia dah pamer perut ke kakak, artinya dia dah percaya πŸ˜„. Biasanya kucing tak akan pertunjukkan perut dia dj depan orang yg dia tak kenal atau tak percaya.

    ReplyDelete
  7. Alolo, comelnya kawan baru Kak Ujie ni! 😍

    ReplyDelete
  8. Hehe berani kucing itu datang dekat pada Puan Ujie.
    Ok juga berkawan dengan kucing.

    ReplyDelete
  9. Comel kucing tu .bulu dia pun nampak cantik

    ReplyDelete
  10. intai2 dulu...hihi..suka kucing yg manja2 mcm ni..

    ReplyDelete
  11. Patut nampak bersih dan sihat kucingnya, kepunyaan jiran rupanya. Macam kami dulu, si oyen, kucing jiran depan rumah tapi 'bertukar bin' dan menghabiskan banyak masa kat rumah kami sehinggalah ia hilang tak jumpa sampai ke hari ini. Sekarang tak bela dah kucing, tapi kalau kucing datang, kami bagi makan sebab stok makanan sentiasa ada dekat depan rumah kami.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****