Doa perlindungan diri daripada segala kejahatan makhluk Allah - manusia, jin dan binatang. Doa ini juga merupakan antara himpunan doa yang terdapat dalam bacaan al-Ma’thurat.
Kalau kita pergi ke tempat yang membuat kita rasa takut, bacalah doa di atas sebagai perlindungan diri. Begitulah mudah dan indahnya Islam, kita hanya perlu bermohon kepada Allah - Tuhan yang menciptakan segala makhluk.
Tapi kalau bukan kerana rasa takut pun, doa ini bagus jadi amalan kita sebagai perlindungan diri daripada segala kejahatan makhluk. Inilah antara usaha kita selain persediaan seperti memakai kasut dan membawa lampu suluh sewaktu berjalan di tempat gelap.
Doa yang perlu menjadi amalan harian saya memandangkan kediaman saya berada dekat dengan alam semula jadi. Setakat ini saja, dah dua kali saya jumpa lipan besar panjang di dalam bilik air 😨
.
salam jumaat...tq for sharing
ReplyDeletesyukran for sharing..Allah swt Maha Pelindung..
ReplyDeleteTak sempat foto lipan besar?
ReplyDeletePertama kali jumpa tu sempat ambil fotonya, tapi saya delete…geli seram tengoknya. Kalau ular, saya ok pulak 😄
DeleteKena berhati-hati. Seram jumpa lipan besar dalam bilik air.
ReplyDeleteYa NA, jadi trauma jugaklah. Sebab sekali tu jumpa dalam mangkuk tandas. Terbayang-bayang bila nak guna. Seram.
DeleteAntara DOA harian yg wajib baca ni 👍
ReplyDeleteAamiin Ya Rabbal Aalamiin
ReplyDeleteAamin ya Rabb! Betul tu.. Jom amalkannya untuk kebaikan..
ReplyDeleteAamiin.aamiin moga kita sama-sama amalkan .
ReplyDeleteMoga kita hafal dan beramal .. semoga Allah taal memelihara kita dari perkara yg tidak di ingini amin
ReplyDeleteTerimakasih kak. Nanti saya nak coba hapalkan juga 😍
ReplyDelete