Menyambung catatan kisah di Alor Setar, Kedah. Sebelum bertolak balik ke rumah di PP, kami minum petang di The Place by DECO. Sebuah restoran dengan dekorasi tema industrial yang menyajikan hidangan makanan Barat.
Hidangan petang kami - set mushroom soup, sepotong Lotus Biscoff Cheesecake dan 3 jenis minuman. Mushroom soup dan minuman semuanya sedap, kecuali cheesecake kurang memenuhi cita rasa saya.
Kami makan di sudut tepi tingkap sana. Lebih seronok makan sambil melihat suasana di luar. Saya suka konsep dekorasi begini. Moden tetapi tak terasa ‘kaku’. Sambil datang makan, kita ambil idea dan inspirasi. Kot ada rezeki bolehlah menata rias rumah sendiri dengan konsep begini.
Harga makanan di sini memang terasa agak mahal, tetapi sesuailah dengan tempat makan yang cantik dan cukup selesa begini. Ruang solat turut disediakan.
———————————————————————
THE PLACE BY DECO
Alor Setar, Kedah
Waktu operasi :
Setiap hari, kecuali Jumaat
3 petang - 11 malam
Menggoda betul nampaknya makanan dia.
ReplyDeleteBaguihnya.... ada ruang solat lagi.....
ReplyDeletemmg syok layan cafe cantik..tambahan pula makanan pun sedap...
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeletecafenya nampak exclusive
ReplyDeleteHehe sampai 3 gelas minuman.
ReplyDeleteApapun tempat nampak mewah dan persembahan makanan cantik.
Ini kena pergi apabila buat sambutan istimewa. Alhamdulillah.
cantik dekonya dan juga makanannya
ReplyDeletetakut nak tanya harga hahah
ReplyDeleteSaya tengok pun, nampak sedap. Saya sedikit pelik, kenapa kedai macam ni, suka buka petang. Patutnya, bukalah dari pagi. Hehe..
ReplyDeleteSaya pun terbebel kat suami pasal ni, sebab saya kurang suka keluar makan petang/malam. Kalau bukak awal, senang saya pergi 😄
DeleteSuami kata, agaknya sasaran pelanggan dia orang balik kerja nak makan sedap & santai.
Cantiknya deko dia.. Makanan pun nampak best..
ReplyDelete