RABU, 25 MAC 2026 | BURUNG TAKUR KUKUP (LINEATED BARBET)
Morning walk pertama selepas berakhirnya Ramadan - saya berjalan santai menikmati alam di sekitar kawasan rumah. Memerhati langit biru bersih tanpa awan, rumput kering kekuningan dek kemarau panjang dan burung-burung berterbangan mencari makan.
Tiba-tiba mata saya terpandang seekor burung berwarna hijau bertenggek di kabel letrik. Bukan burung hijau yang pernah saya lihat, rupanya berbeza. Segera saya halakan lensa kamera telefon, dapatlah beberapa keping foto sebelum ia terbang menghilang.
Satu-satunya foto paling jelas yang berjaya saya rakam.
Hasil carian saya mendapati si cantik dengan bulu badan berwarna hijau dan paruh besar ini merupakan burung takur kukup.
Nama burung : Takur KukupNama Inggeris : Lineated BarbetNama saintifik : Psilopogon Lineatus
![]() |
| Foto oleh Kow Hao Rui. |
Saya sertakan foto lebih jelas burung takur kukup sebagai rujukan.
JUMAAT, 27 MAC 2026 | ULAR TERBANG (CHRYSOPELEA ORNATA)
Ketika itu waktu pagi, saya sedang melakukan kerja mengemas dan membersihkan ruang tamu. Tergerak hati nak menjenguk ke luar rumah. Saya selak sedikit bidai tingkap, nampak Jojo si anak bulu sedang berada di dalam longkang kecil tepi rumah. Oklah, tiada apa yang pelik - Jojo dalam longkang kecil yang kering.
Tapi, eh…Jojo nampaknya sedang tunduk fokus memerhati sesuatu. Segera saya selak kembali bidai tingkap. Ya Allah, rupa-rupanya Jojo sedang memerhatikan seekor ular!
Ilustrasi janaan ChatGPT. Sebetulnya, longkang kecil tersebut kering sebab masa ni musim kemarau dan Jojo turut berada bersama ular di dalam longkang. Paling mengejutkan, bukan setakat memerhati tetapi Jojo berlawan dengan ular!
Segera saya hubungi Encik Suami - minta cepat balik rumah. Saya juga segera keluar rumah. Saya terpaksa beranikan diri menghampiri ular dan angkat Jojo. Jojo meronta dan terlepas dari pegangan saya. Apa lagi, sambung berlawan! Sekali lagi saya angkat Jojo, saya peluk lebih kuat.
Tengah berdebar, lalu pula seekor lipan berhampiran saya. Ya Allah! Mujurlah saiznya sederhana besar. Saya abaikan lipan tersebut sebab perlu fokus pada pergerakan ular dan memegang Jojo.
![]() |
| Hasil foto zoom-in ular terbang. |
Jojo nampak lebih tenang, dapatlah saya merakam beberapa keping foto ular tersebut yang sedang menjalar di dinding. Fuh! Pertama kali saya menyaksikan ular memanjat dinding. Saya rasa takut, juga rasa kagum memerhati corak dan warna ular - cantik kombinasi warna hitam kuning.
Tak lama kemudian Encik Suami tiba - ambil ular guna pengepit panjang dan bawa ke sudut yang jauh dari rumah. Ular cantik biasanya berbisa, jadi Encik Suami nak bunuh je tapi ular tersebut berjaya melepaskan diri.
Carian saya mendapati, ini merupakan sejenis ular terbang. Uish…kalau tahu ular ni boleh terbang, bertambah takut saya tadi 😅
Nama ular : Ular terbang / ular pokok emasNama Inggeris : Golden tree snakeNama saintifik : Chrysopelea ornata
Sebenarnya, ia bukanlah boleh terbang tetapi berkemampuan meluncurkan badan seperti terbang. Ular ini kategori berbisa ringan - tidak berbahaya kepada manusia tetapi mungkin berbahaya kepada kucing. Ia aktif di waktu siang dan memburu haiwan kecil (contoh - cicak, katak) sebagai sumber makanan.
Kalau nak tengok lebih jelas rupa ular terbang yang saya temui ini, boleh saksikan video perkongsian oleh Azamuddeen Nasir di Facebook Astronomi & Sains - klik DI SINI.
AHAD, 29 MAC 2026 | KEMARAU BERAKHIR
Alhamdulillah setelah lebih 100 hari kemarau melanda, petang hari Ahad menyaksikan hujan lebat membasahi bumi. Ia selari dengan ramalan cuaca (yang menjangkakan mulai petang semalam dan hari seterusnya hujan akan turun) dan pengalaman tahun lepas (hujan lebat pada penghujung April mengakhiri musim kemarau).
Teruja saya mendengar bunyi hujan juga bunyi guruh. Ianya nikmat yang dikembalikan. Saya berdiri di luar rumah memerhati titisan hujan yang jatuh, longkang kecil tepi rumah yang sekejap saja dipenuhi air hujan dan menikmati tempias hujan.
Tak lama lagi hamparan rumput kering kuning akan bertukar menjadi hijau. Selamat tinggal musim panas kering, selamat datang musim panas lembab. Setiap musim ada cerita dan ada keunikan tersendiri.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah 💙





Berani betul Ujie ni, selamatkan Jojo. Kalau saya, memang tak berani keluar rumah langsung. Time tu jugalah lipan nak keluar, ya. Debor baca entri Ujie ni. Mujur Ujie dan Jojo tak apa-apa. Takut la, ular boleh naik dinding. 🙈
ReplyDeleteTerpaksa jadi berani demi anak bulu kesayangan 😀
DeleteSaya risau kot dia kena patuk nanti jadi apa-apa yang buruk.
musim panas semua jenis haiwan pakat keluar ye...issh Jojo ni dia nak buat main ular plk..alhamdulillah dah hujan sejuk sikit kan kak..
ReplyDeletekuantan tengah menunngu hujan jg ni,semalam mendung tapi tak hujan
Jojo tu semua haiwan dia buat main. Mengkarung, anak biawak. Tapi ni baru pertama kali nampak dia main ular. Risau akak.
DeleteSemoga Kuantan segera hujan.
Linda kalau ular, seram sikit.
ReplyDeleteAlhamdulillah, Perlis hujan juga, mengakhiri musim kemaraunya..
Kita tak kenal ular berbisa atau tak, memang seram.
DeleteAlhamdulillah memang rasa lega sangat, kesian tengok daun pokok layu.
Pertama kali dengar nama burung tu...
ReplyDeleteSy surrender bab ular, tapi demi kucing sy pun akan buat perkara sama macam PU..
Alhamdulillah di Sri Gombak pun dah mula hujan. Jitra pun sama hujan juga wpun sekejap saja
Saya pun baru tau ada nama burung takur 😀
DeleteKan..terpaksa jadi berani demi selamatkan kucing.
Ya Allah beraninya ujie. Paling takut tenguk ular walaupun ular lidi dan daun. Semuga bumi perlis menghijau semula.
ReplyDeleteDah selalu jugak jumpa, lama-lama dah makin berani. Lagi pulak nak selamatkan anak bulu, terpaksalah lebih berani 😅
DeleteAllahu Akbar!
ReplyDeleteAkhirnya hujan rahmat turun membasahi bumi yang kemarau.
Subhanallah. Kuasa Allah.
Alhamdulillah...terasa nikmat sungguh.
Deletekeindahan dan kejutan alam semula jadi...
ReplyDeletesemalam betul2 lebat...
baru laa terasa sejuk di petang hari...
kalau tak membahang smpi ke malam
Iya, sekarang ni dah syok tidur malam. Sebelum ni air-cond macam rosak...tak sejuk 😄
DeleteCantik burung hijau tu kak... Aduhai berdebar la kalau tengok ada ular ni, berbisa ke tidak tetap jugak bahaya kan. Boleh terbang lak ularnya, seram la kak oi.
ReplyDeleteKalau akak tau tu ular terbang, mau takut nak dekat 😅
DeleteYa Allah si Jojo ini boleh buat tuan rumah tidak senang duduk. Kalau saya bebel pada Jojo.
ReplyDeleteAlhamdulillah tiada perkara buruk berlaku.
Saya dah bebel dia Na 😂
DeleteBebel cakap kat dia - bukan semua haiwan dia boleh buat main lawan. Dengan ular tak payahlah.
Ular panjat dinding, pernah dengar tapi tak pernah tengok.
ReplyDeleteAlhamdulillah hujan turun membasahi bumi.
Saya tergamam jugaklah masa tengok ular tu panjat dinding 😅
DeleteCepat2 uncle scroll... Tak suka tengok ular! Hahhaa
ReplyDeleteOppss sorry 😄
DeleteSaya letak gambar sebagai rekod jenis ular yang saya jumpa kat sini.
alamakkkkk x sukeee ular jenis boleh terbanggggg ni! apa saja lah yg jenis terbangggg terutama lipassss paling x sukaaa :P mujurlah kak ujie x tahu dari awal yg ular tu jenis bleh meluncur seakan terbang kalo tidak kompommmmmm mesti xkan pergi dekat hehehe
ReplyDeletePaling geli...katak terbang!
DeleteHahaa..iya, terbayang dia terbang kat kita...uissh 😅
Saya pun takuuuut sangat dengan ular. Tp kalau anak2 bulu saya berhadapan dengan ular, pastilah saya akan lupa dengan takut, demi menyelamatkan mereka.
ReplyDeleteYa Allah syukurlah Jojo ga dipatuk dengan ular itu ya kak. Takuuut sangat. Baru2 ini saya ga sengaja terlihat video ular berbisa mematuk anak kucing. Saya langsung menangis liatnya. Ular berbisa pula ðŸ˜
Akak nampak ular tu nak patuk Jojo, tapi syukurlah Jojo pantas tepis dengan tangannya.
DeleteAllah...kesiannya anak kucing tu. Kita jadi terbayang kucing sendiri kan..
Burung tu cantik sangat tapi ular tu maaf la ya...nak dekat pun takut.
ReplyDeleteKawasan ni banyak ular, nak tak nak saya terpaksa beranikan diri dan belajar kenal ular.
DeleteAlamak..SA bab ular, biar la SA lari dulu..Ujie kira berani jugak ni...burung tu cantik giler...combinasi warna dia emnarik kan..indahnya ciptaan yang esa...nak tanya Ujie ambil gambar guna DSLR ke? gambar2 Ujie dalam blog semua cantik2
ReplyDeleteTerima kasih SA :)
DeleteSaya guna hp Samsung S24 Ultra, memang puas hati dengan gambarnya. Lepas tu edit sikit (cth auto adjust dan letak watermark) guna apps Canva.
nasib baik jojo tak apa2.. kucing ni kadang2 terlebih berani, kita yang seriau.
ReplyDeletecantik corak ular tu. tapi tetap saya benci hahaha
Benci atau takut? 😄
Delete