Thursday, 26 March 2026

Catatan Raya 2026

⏵ JUMAAT, 20 MAC 2026 | DARI RUMAH PERLIS KE BATU PAHAT, JOHOR

Memandangkan raya ‘tak jadi’ pada hari Jumaat, maka dapatlah kami bertolak balik kampung lebih awal pada pagi hari Jumaat. Tapi tidaklah awal sangat pun, lebih kurang pukul 7.50 pagi kami bergerak meninggalkan rumah.

Ipoh, Perak.
Aliran trafik secara keseluruhannya lancar. Maklum saja, masing-masing sudah pun bergerak pulang ke kampung halaman lebih awal.

Pemanduan Encik Suami ada ketika laju, ada ketika santai dan beberapa kali juga kami berhenti rehat untuk ke tandas/solat/luruskan badan. Perjalanan jauh dalam keadaan berpuasa dan cuaca panas memang mencabar.

Alhamdulillah kami selamat tiba di Batu Pahat kira-kira pukul 6.30 petang setelah menempuh perjalanan hampir 11 jam dengan jarak lebih 700 km


⏵ SABTU, 21 MAC 2026 | 1 SYAWAL 1447

Tahun ini kami menyambut 1 Syawal di kampung Encik Suami. Kali ini tiga beradik daripada empat beradik dapat berkumpul di pagi raya.

Batu Pahat, Johor.
Raya tahun ini kami tak membeli baju raya, suai padankan je baju sedia ada. Saya berbaju kurung Pahang warna hijau dengan tudung bawal warna beige, Encik Suami berbaju Melayu Teluk Belanga warna beige.

Seronok raya kali ini sebab kami dapat bertemu dengan lebih ramai saudara-mara Encik Suami - ada yang dah bertahun-tahun kami tak bersua muka. Beginilah bila menetap jauh dari keluarga dan saudara-mara, hanya dapat bertemu bila tibanya Syawal.


⏵ SELASA, 24 MAC 2026 | DARI PONTIAN, JOHOR KE RUMAH PERLIS

Encik Suami tak dapat ambil cuti panjang, kami berada di kampung halaman cuma empat malam - dua malam di Batu Pahat dan dua malam di Pontian.

Di Pontian, malam pertama kami menginap di New Dawn Hotel yang terletak di Jalan Johor - bangunan yang sama dengan Restoran Kemangi. Dapat bilik Superior Queen dengan kadar harga RM128 - jauh lebih murah berbanding harga hotel di kawasan tepi laut Tambak Pontian yang naik berganda sempena hari raya. Alhamdulillah bilik penginapan kami luas dan selesa cuma hotel ni tiada lif.

Malam kedua barulah kami dapat tidur di rumah mak setelah ada kekosongan bilik. Maklumlah adik-beradik saya seramai sembilan orang dan semua sudah berkeluarga. Balik beberapa buah keluarga je pun dah penuh semua bilik.

Pontian, Johor.
Pukul 8 pagi hari Selasa, kami bertolak kembali ke rumah Perlis. Perjalanan kali ini tidak begitu lancar, tetapi tidaklah sesak teruk - cuma ada beberapa tempat aliran trafik bergerak perlahan. Kami juga singgah sana sini - rumah kakak saya, makan nasi Arab di Cyberjaya dan makan mi sizzling di Alor Setar.

Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah pada pukul 11.25 malam setelah menempuh perjalanan lebih 15 jam dengan jarak kira-kira 817 km.

Sebaik saja saya membuka pintu rumah, tiba-tiba muncul Jojo si anak bulu meluru masuk ke dalam rumah. Kita belum sempat masuk, dia dah masuk dulu 😀


SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER. MOHON MAAF JIKA ADA KATA-KATA SAYA YANG MENGGURIS RASA.





23 comments:

  1. tuuuu diaaaa
    dr pangkal ke hujung semenanjung💪💪💪

    selamat hari raya ke 6

    eikk jojo beraya kat mana tu? Danok ke... Songkhla?🤣🤣

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  3. Memang meriah la kalau balik sekali 9 orang. Tak masuk extended family lagi. Jauh juga perjalanan balik kampungnya ya. Betul Ujie....cuaca panas betul la sebab saya ke arah utara.

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri .. Mohon Maaf Zahir dan Batin ya.. jauh perjalana tu utara ke selatan dan naik balik ke utara dalam beberapa hari sahaja huhu.. namun kecerian dan kemeriah suasana raya itu yg penting.. ☺️

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya maaf zahir batin. Wah dari hujung pontian sampai ke perlis satu semenanjung roun balik kampung. Oh uije orang pontian rupanya.

    ReplyDelete
  6. Dari negeri paling utara hingga ke negeri paling selatan di malaysia. Pheww penatt. Selamat hari raya kak ujie dan family!

    Saya tahu kak ujie orang johor. Tpi tak tahu pulak husband pun dari negeri yg sama. Ingatkan orang utara, sebab tu tercampak sampai ke perlis sana.. mungkin kak ujie pernah cerita, saya je yg tak perasan ahakss

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya. Maaf zahir & batin Ujie...amboi si jojo tu...rindu ke tuuuu...panjang betul perjalanan..SA x pernah tempuh perjalanan selama tu...dengan cuaca panas lagi...

    ReplyDelete
  8. Mencabar perjalanan raya jauh, cuti sedikit. Takpelah asal cuti yang berkualiti dapat jumpa sanak saudara.

    ReplyDelete
  9. Jauh perjalanan tu, dari utara ke selatan. Bengkok badan dalam kereta, memang harus berhenti rehat. Selamat hari raya, Ujie. Maaf zahir batin... 🤗

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Raya PU.
    Ampun maaf juga andai ada terkasar bahasa ye.

    Jauh perjalanan tapi alhamdulillah semuanya lancar

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya kak..maaf zahir batin
    berat hati nak tinggal kampung kan kak bila cuti sekejap2 ni

    ReplyDelete
  12. fuhhhhh ini betul-betul Kutub Utara Kutub Selatan. dari utara puncak Perlis nunnnnn ke Johor.. kalo ana ni, kompom kematu pungkoq duduk lama dlm keta ehehe..

    Salam Aidilfitri kak ujie & suami.. ana mohon maaf segala salah silap spnjg berblog ye hehehe

    ReplyDelete
  13. Jojo tu tunjuk perasaan la tu... hehehe
    Maaf zahir batin! tau

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Kak Ujie! Kita baru nak bw hari ni 🤭

    Jojo ikut balik kampung tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, kucing kampung dah biasa bebas keluar masuk rumah tak pandai duduk diam dalam ruang tertutup. Pulak tu penakut dengan orang 😄

      Delete
  15. Akak salah tulis hari yg masa mula2 tu... dana baca akak tulis gerak sabtu pagi... tapi masih lagi puasa maksudnya gerak jumaat. Raya tu nape la tak jumpa kan, kalau tahu giliran akak kt Johor boleh jumpa kan. Selamat Hari Raya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah…mujurlah Dana teliti, perasan akak tersilap tulis hari 😂
      Terima kasih banyak 💙

      Delete
  16. Selamat hari raya buat kak Ujie sekeluarga..maaf zahir batin..
    Penatnya duduk dalam kereta..kalau anak Linda ni, bangun tido, bangun tido 10kali pun tak sampai² lagi..kikiki

    ReplyDelete
  17. Slmt hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  18. Selamat Hari Raya
    Maaf zahir dan batin
    Standard kot eh.. utara ke selatan 11 jam. Fuhhh... kami yg dok Selangor ke Kedah 7 jam pun dah rasa kematu.. tu pun jalan kira smooth.

    ReplyDelete
  19. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ya Ujie.

    Beraya utara ke selatan, seronok kan. Walaupun jauh perjalanan nya.

    ReplyDelete
  20. Selamat hari raya kak 🎉🎉🎉. Minal Aidin walfaizin yaaa. Maaf jika ada Kata2 saya yg mengguris hati 🤗.

    Aduuuuuh rindunya nak mudik. Rindu dengan suasana di jalan , apalagi kalau road trip di saat nak raya. Jammed, tp bahagia hahahah 😄.

    Alhamdulillah si bulu handsome sehat yaa. Happy sangat dia bisa masuk rumah 😄

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****