Sambungan catatan percutian di Belum Rainforest Resort, Gerik pada pertengahan Februari lalu.
Terdapat sebuah restoran di Belum Rainforest Resort, iaitu Hornbill Restaurant. Di restoran inilah kami menikmati hidangan sarapan, makan tengah hari dan makan malam sepanjang tiga hari dua malam menginap di sini.
Penginapan kami sudah temasuk bufet sarapan untuk dua orang. Hidangan makan tengah hari dan makan malam pula terdapat pilihan bufet atau ala carte, bayaran dibuat selepas makan. Kami buat pesanan ala carte, lebih sesuai untuk kami.
Pandangan hadapan Hornbill Restaurant.
Ruang dalam restoran - santai dan selesa.
Antara pilihan menu ditawarkan. Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Menurut saya, harganya tidak begitu mahal walaupun ini merupakan restoran di sebuah resort bertaraf empat bintang.
Pilihan minuman dan pemanis mulut.
Antara hidangan yang sempat kami cuba di restoran ini :
Mi goreng mamak.
Sup cendawan dan roti.
Sup ayam. Setiap hirupan terasa segar.
Kepak ayam goreng.
Chicken grill.
Creme brulee.
Agak mengejutkan juga, hidangan yang kami cuba semuanya sedap sesuai dengan selera kami. Jadinya tidaklah rasa bosan walau berkali-kali makan di tempat yang sama.
Hidangan bufet sarapan pula nampaknya sama je menu sepanjang dua hari kami bersarapan di sini. Jadi agak kurang rasa teruja sebab tak begitu banyak menu nak dicuba.
Tarikan di sini - nasi lemak bungkus daun pisang.
Hidangan sarapan kami.
Satu lagi yang menarik di sini - kita boleh buat sendiri minuman jus buah. Ada disediakan mesin jus buah juga pilihan buah oren dan epal. Nampaknya banyak sambutan, sentiasa ada je orang sedang buat jus buah.
Saya jangkakan akan turun berat badan sebab sepanjang menginap di sini kami perlu berjalan kaki di permukaan berbukit juga mendaki anak tangga untuk ke mana-mana. Tapi nampaknya dek kerana makanan sedap, saya betul-betul menikmati percutian di sini dengan bersantai dan makan-makan - kesannya berat makin naik 😆
Restoran ini boleh dikunjungi semua, bukan untuk mereka yang menginap di resort je. Jadinya kalau kalian ada melalui jalan Gerik-Jeli bolehlah singgah menikmati hidangan di Hornbill Restaurant - tempat makan yang selesa, makanan yang memenuhi selera dan layanan staf yang mesra.














Tengok gambar je dah boleh bayangkan sedap makanan kat sini. Harga pun agak berpatutan.
ReplyDeleteNampak sedap2 menu tu semua. Menyelerakan je platting cantik.
ReplyDeleteMelihat aneka makanannya, platingnya cantik lah kak, jadi yakin pasti sedap 😄😄❤️. Memang senang kalau jumpa restoran hotel yg menunya sedap2 begini 😄. Malah bagus tak banyak varian, jadi tak pening memilih 😄
ReplyDeleteCantik restaurantnya kak, makanan pun nampak sedap semuanya.
ReplyDeleteMemang nampak sedap semuanya tu PU... Cuti² kita enjoy je makan, buang lemak kendian² :D
ReplyDeleteNampak tempatnya cosy sangat ni Ujie. Luas pun ya jugak.
ReplyDeletePersembahan makananpun cantik.
ReplyDeleteBaguslah makanan sedap jadi berbaloi dengan harga.
Harga berpatutan... dan nmpk sedap semuanya... mmg jarang jumpa hotel/cafe yg kita boleh buat jus sendiri
ReplyDeletewah bestnya boleh buat jus sendiri. Makanan dia pun nampak sedap
ReplyDeleteYa allah..sedapnya semua menu...venue pun indah , aman dan cosy..selesa makan sambil menikmati suasana tenang...
ReplyDeletebila tengok buku menu, harga makanan agak reasonable! makan kat tempat yg cantik pulak tu.
ReplyDeletepaling best boleh buat sendiri jus buah!