Berada di hujung Ramadan, terasa makin sibuk nak uruskan dan fikirkan bermacam hal. Sebelum pulang menyambut Aidilfitri di Johor beberapa hari lagi, saya perlu pastikan - pakaian/barang yang nak dibawa cukup semuanya, rumah yang nak ditinggalkan berada dalam keadaan bersih & selamat, tanaman perlu dilengkapi dengan alat penyiraman automatik dan juga keperluan Jojo si anak bulu mencukupi. Kali ini tak boleh nak harapkan bantuan jiran sebab masing-masing pun bercuti raya.
Saya juga perlu buat persediaan untuk ke Tanah Suci yang dijangkakan pada minggu kedua bulan April nanti. Sedikit berdebar bila memikirkan isu terkini konflik Asia Barat yang mungkin akan menjejaskan perjalanan kami. Menurut pihak agensi umrah, setakat ini semua berjalan seperti dirancang kerana penerbangan kami secara terus iaitu Kuala Lumpur ke Jeddah dan Madinah ke Kuala Lumpur - bukan penerbangan transit di negara zon konflik. Apa pun, saya berserah kepada Allah dan memohon dikurniakan apa yang terbaik buat kami.
Suntikan Vaksin Meningococcal & Influenza
Antara persediaan penting untuk ke Tanah Suci, kita perlu mengambil suntikan vaksin Meningococcal. Saya dan Encik Suami ambil juga suntikan vaksin Influenza, sekali datang terus cucuk dua vaksin 😀
Kami buat di KPJ Perlis, perlu ke bahagian kecemasan untuk pendaftaran dan suntikan.
Urusan lancar dan mudah, bahagian kecemasan di sini nampaknya lengang dan santai. Sampai je sini boleh terus daftar di kaunter dan tak lama kemudian nama dipanggil masuk ke ruangan untuk suntikan vaksin. Encik Suami dengan petugas lelaki di ruang terbuka, manakala saya pula dengan petugas perempuan di ruang tertutup.
Sebelum suntikan diberi, saya ditanya buat kerja guna tangan mana sebab biasanya suntikan Meningococcal akan terasa lebih sakit berbanding suntikan vaksin Influenza. Oleh kerana saya dominan tangan kanan, maka saya dapat suntikan vaksin Influenza di lengan kanan dan vaksin Meningococcal di lengan kiri.
Memang terasa sakit semasa jarum suntikan vaksin Meningococcal menembusi kulit lengan saya, berbeza dengan suntikan Influenza yang hampir tak terasa.
Dapat kad vaksin.
Kos kedua-dua vaksin yang diambil sebanyak RM199 / seorang. Alhamdulillah kami berdua tak mengalami sebarang masalah kesan pengambilan dua jenis vaksin tersebut secara sekali gus.
Jojo Kena Bisul
Beberapa hari sebelum tu kami perasan ada semacam benjolan kecil di bahagian belakang badan Jojo. Bila disentuh, Jojo nampak tak selesa dan cuba mengelak. Jojo juga berubah - biasanya tidur terlentang nampak perut, tapi kali ini tidur dalam posisi sebaliknya.
Semalam pagi kami bawa Jojo ke klinik. Hasil pemeriksaan, doktor mendapati ada bisul kecil yang sudah pun mula mengeluarkan cecair. Bila doktor check, jumpa satu lagi bisul kecil. Doktor kata, mungkin Jojo ada bergaduh dan badannya terluka. Luka tersebut jadi bisul.
Kesian Jojo, terpaksalah dicukur bahagian yang ada bisul untuk memudahkan rawatan.
Dapat dua jenis ubat - pil antibiotik untuk 6 hari dan ubat sapu luka. Kos rawatan sebanyak RM78.
Alhamdulillah pagi ni nampak Jojo bertambah baik - luka semakin kering dan dah mula terlentang tunjuk perutnya 😀




Alhamdulillah Ujie nak ke Tanah Suci ya. Seronoknya. Moga dipermudah kan semua urusan nya. First flight Haji ke atau Umrah sebelum musim Haji? Tumpang seronok bila kawan2 akan ke Tanah Suci.
ReplyDeleteAla kesian Jojo kena bisul.
Terima kasih doanya 😊. InsyaAllah umrah sebelum musim haji.
DeleteAlhamdulillah tahniah PU 🤲🏻
DeleteTerima kasih PH. Doakan moga lancar dan dapat ke sana.
DeleteSemoga dipermudah segala urusan nak sediakan kelengkapan pergi umrah dan untuk raya ya, Ujie. Kesian anak bulu, kena bisul.
ReplyDeleteInsyaAllah aamin. Pertama kali nak pergi, jadi banyak jugak persediaannya 😄
DeleteItulah, nak tinggalkan balik kampung pulak ni. Jadi risau.
Alhamdulillah tumpang happy & syukur utk PU & suami. Semoga dipermudahkan urusan dan dlm lindungan-Nya 🤲🏻
ReplyDeleteAlahai sian Jojo... Harapnya bertambah baik la ye. Susah hati mommy nak tinggal balik kampung nanti
Terima kasih doa PH 😊
DeleteSelagi tak betul-betul baik, memang rasa susah hati nak tinggalkan dia.
Macam manusia ye ada bisul.
ReplyDeleteSejak bela kucing, baru akak tau penyakit manusia dan kucing sama je - demam, bisul, kena batu karang.
DeleteSekali 2 Jojo punya bisul? Kesian dia....
ReplyDeleteKami perasan 1 je, lepas tu doc cakap bisul ni biasanya 2 tempat. Doc cari-cari jumpa 1 lagi. Tak taulah kenapa kalau bisul biasanya 2 tempat.
DeleteTahniah Kak Ujie. Moga mabrur umrahnya :)
ReplyDeleteTerima kasih doanya ya.
Deletealhamdulillah... tumpang gembira dpt jd tetamu-Nya... dpt beraya sekali kat sana... tolong doakan apa sahaja yg terbaik buat kami kat sini ya...
ReplyDeletealaa jojo ni mcm2 laa mcm tau2 je bakal kena tinggal ;-)
Hehe..yelah macam raya sana pulak sebab masih dalam bulan Syawal.
DeleteItulah...jadi risau kita nak tinggalkan dia.
Balik kampung nanti Jojo duduk hotel ke dekat rumah je kak?
ReplyDeleteDuduk rumah je Dana. Jojo tak biasa duduk tempat terkurung, nanti bising mengiau tak henti 😅
Deleteyg tak dapat flight ke umrah tu kebanyakkannya transit kan. direct flight okay je insyaAllah. semoga dipermudahkan urusan kak ujie di tanah suci nanti.
ReplyDeletealahai siannya jojo.. nasib baik dah okay sikit sakitnya. berapa lama dia kena tinggal nanti ni?
Rupanya pergi Tanah Suci bulan April. Semoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteAlhamdulillah suntikanpun tiada kesan sampingan.