Entri dengan beberapa kisah, senang tak perlu buat banyak entri 😄. Yang penting, ada catatan buat kenangan akan datang.
⏵ KE PEKAN RABU, ALOR SETAR
Sebelum Ramadan memang dah rancang beli apa nak beli, bulan puasa tak perlu meletihkan diri keluar cari keperluan. Tapi kadang berlaku hal di luar perancangan. Pendek cerita, hari Ahad lepas saya dan Encik Suami ke kompleks Pekan Rabu.
Hari Ahad, hari bekerja di Kedah. Tak ramai pengunjung ketika ini, tapi tidaklah lengang (foto di atas sengaja saya pilih sudut yang tak kelihatan pengunjung lain). Saya suka membeli di aras atas sebab rasa lebih nyaman, di bawah terasa lebih panas.
Beli keperluan Encik Suami di sini.
Kedai kuih dan kudapan yang selalu kami kunjungi sejak menetap di Pulau Pinang. Orang kedai pun dah kenal muka kami 😁. Kali ni kami tak beli banyak macam selalu sebab saya dah tempah kuih raya dari jiran, kami datang sebab nak membeli kuih kapit inti coklat & peanut butter kiriman mak.
⏵ INDAH BUMI PERLIS
Sebelum berhijrah ke Perlis, saya dah rasa kagum dan suka dengan keindahan alam semula jadi di sini. Alhamdulillah, takdir Allah membawa saya menetap di negeri terkecil di Malaysia ini - setiap hari saya dapat menikmati keindahan jajaran bukit batu kapur dengan bentuk yang unik!
Mujurlah bukan saya yang memandu, mata asyik memandang keindahan pemandangan bukit batu kapur. Walaupun dah biasa nampak, saya masih belum jemu.
Pemandangan indah suasana senja. Masa ni kami dalam perjalanan nak berbuka puasa di rumah adik Encik Suami di bandar Kangar. Jaraknya lebih 20 km, kami terlewat keluar rumah. Sedang elok sampai, masuklah waktu Maghrib 😅
⏵ SAF WANITA TIDAK RAPAT
Baru-baru ini tersebar kisah saf jemaah perempuan yang bermasalah - tidak rapatkan saf. Malam tadi, buat kali pertama saya berhadapan dengan situasi tersebut.
Saya berada di saf pertama, kedudukan saya rapat ke kanan. Di sebelah kiri ada kosong, saya ajak orang sebelah kiri rapatkan saf - dia menolak. Puas saya ajak orang-orang di saf belakang, masing-masing menggelang. Ya Allah…nak marah, tapi kena sabar dan tetap senyum.
Imam dah pun memulakan solat Isyak, saya tak dapat berbuat apa melainkan terus solat dan membiarkan saf lompong di sebelah kiri saya.
Mungkin sebaiknya sebelum solat (terutamanya pada bulan Ramadan), imam perlu ingatkan jemaah supaya lurus dan rapatkan saf kerana jemaah perempuan jarang ke masjid - tak biasa, mungkin tak tahu hukum rapatkan saf.
HUKUM SOLAT JEMAAH TAPI TIDAK RAPATKAN SAFSolat jemaah yang didirikan dalam keadaan saf tidak rapat adalah tetap sah tetapi makruh. Ini kerana meluruskan dan merapatkan saf adalah disunatkan dan bukannya wajib sebagaimana pendapat jumhur ulama, di samping ia juga bukanlah termasuk dalam syarat sah solat mahupun rukunnya.Sekalipun begitu, perbuatan meninggalkan daripada merapatkan dan meluruskan saf adalah makruh tanpa sebarang sebab yang diizinkan syarak kerana dia telah terlepas daripada mendapatkan fadhilat berjemaah. (Sumber rujukan : zulkiflialbakri.com)
⏵ BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE
Biasanya di negeri lain akan ada beberapa kadar zakat fitrah mengikut jenis beras dimakan, tetapi di Perlis nampaknya hanya satu kadar sahaja. Mudah juga begini, seragam.
Hukum bayar zakat secara online. Rupa-rupanya tidak perlu akad, yang penting cukup syaratnya.
Alhamdulillah, selesai bayar zakat fitrah di Perlis buat tahun yang ketiga. Pembayaran secara online di https://digital.maips.gov.my
Berbeza dengan aplikasi bayaran zakat fitrah online negeri lain (setakat pengalaman saya bayar bagi negeri Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ada paparan akad), Perlis tiada paparan akad untuk dibaca sebelum membuat bayaran. Perbuatan membayar itu sendiri sudah menunjukkan kita berniat membayar zakat fitrah.









Best ye pekan rabu tu macam2 ada. Selalu tengok orang update je belum pernah sampai.
ReplyDeleteIya, seronok segala benda ada dijual.
DeleteYa Allah, baru tadi saya alami sebelah kiri saya lompong. Serba salah saya kena ganjak ke kiri atau mereka yang kena ganjak ke arah saya. Akhirnya saya biarkan.
ReplyDeleteCuma lepas itu saya tanya yang sebelah kanan, kita ini kena ganjak ke kiri ke? Jadi orang yang di kanan kata kta ganjaklah, maka sayalah yang kena ganjak ke kiri untuk rapat saf. Syukur yang belah kanan senua ikut saya. Pening pula saya kita ini kena mula dari kanankan?
Hehe..kebetulan pulak ya kita alami hal serupa.
DeleteSetahu saya patutnya rapat ke kanan.
Terpaksa beralah takmo lompong selamanya.
DeleteWah sejak pekan rabu yang baru ni belum lagi singgah. Ada viral dalam FB jalan raya di Perlis yang cantik.
ReplyDeleteSaya pulak, belum pernah ke Pekan Rabu yang lama 😀
DeleteKat masjid kami setiap kali nak solat pasti ustazah sentiasa ingatkan untuk penuhkan saf. Kadang imam pun tegur juga bila dapat aduan. Saf lopong ni biasa kat bahagian muslimat.
ReplyDeleteBaguslah ada ustazah yang bantu, tempat saya pergi ni nampaknya tak ada sesiapa muslimat yang boleh bantu. Saya pulak cuma orang luar, baru pertama kali datang tarawih situ 😄
DeleteRindu Pekan Rabu ... Sy kalau ke situ wajib beli kuih loyang/kuih ros.
ReplyDeleteAlhamdulillah kami pun dah selesai bayar zakat fitrah.
Tu antara kuih raya yang selalu saya beli, kali ni je tidak. Sedap rangup.
Deletebestnya pekan rabu. lama dah tak gi sana :D
ReplyDeleteperlis negeri yg damai, tenang dan cantik! bosan2 duduk perlis boleh lajak thailand!
eh peliknya bila dah panggil jemaah suruh rapatkan saf dia boleh buat derkk je? jemaah kat masjid saya Alhamdulillah, asal nampak kosong je terus berganjak tanpa perlu ditegur.. rupanya tak semua orang ada common sense ye
Itulah...pertama kali terkena gini 😅
DeleteCantiknya pekan rabu sekarang. Masa zaman saya duduk Aloq Setaq, lantai Pekan Rabu masih simen biasa, bukan tile. Merata saya pernah duduk dulu, Arau, Kangaq dan Aloq Setaq. ,😁
ReplyDeletePerlis memang cantik, kan.. 😍Rindunya dengan Perlis.
Boleh pulak tak nak rapatkan saf.
Kalau Nur datang Loq Staq sekarang ni tentu terasa banyak perubahan. Kalau Perlis mungkin tak terlalu banyak beza.
Deletemacam ikut sekali berjalan ke Pekan Rabu & menikmati pemandangan Perlis...
ReplyDeletesemoga kita semua sempat memanfaatkan baki hari yg ada dgn sebaiknya...
InsyaAllah
Deletelama btul tk singgah pekan rabu...biasa time outstation loqstaq singgah tp tula kdg2 abis meeting trus ke airport so tk sempat singgah
ReplyDeleteSeronok shopping kalau sempat menyinggah kan 😀
DeletePekan Rabu Alor Setar memang best macam2 ada.
ReplyDeleteKami pun pernah drive ke Perlis memang menakjubkan view nya.
Kan 😀
Deleteseronoknya Pekan Rabu mcm2 ada! jenuh rambang mata kalau tak list siap2 apa nak beli ehehe
ReplyDeleteAkak ni pun terbeli benda yang tak dirancang 😄
DeleteCantiknya pemandangan di Perlis. Masih penuh dengan kehijauan. Kedai jual kuih di Pekan Rabu yang Ujie selalu pergi tu nama apa ye? Kot la terpergi satu hari nanti boleh la buat siasatan di kedai itu.
ReplyDeleteAlamak...maaf tak ingat nama kedai 😄. Kedainya di tingkat 3 kalau tak silap, kanan hujung sekali. Dekat dengan tandas.
DeleteDah penghujung ramadhan nk tinggalkan kita 🥲rasaa kejap je kan
ReplyDeleteRapatkan saf kadang fikir kenapa susahh sgtt eh kita nk faham bab ni
Emm rasa baik solat dirumah . Satu perkara yg iman duk ingatkan pun ramai x nak ikut.
Tgk je kadang tu nmpk
Losong kat saf2 depan tp nk jga dibelakang
Itulah kan, datang masjid nak berjemaah maksudnya kenalah rapatkan saf. Sabar jelah...
DeleteSalam penghujung Ramadan kak.
ReplyDeleteCuya tak ingat pernah pergi ke tak Pekan Rabu ni. Macam pernah pergi.. al maklumlah jarang sekali nak ke utara. Sekarang abang Cuya pon menetap di Kedah. Mungkin one day kami boleh ke sana