Monday, 2 October 2023

Foto Sekitar Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023

[Catatan Hari Sabtu, 30 September 2023]

Hujung minggu lalu, saya dan Encik Suami ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. Bukanlah acara berjalan-jalan makan angin, tetapi kami ada sedikit urusan di Chuping. Selesai urusan pada waktu petang, kami terus ke rumah adik di Kangar untuk tumpang bermalam di rumahnya.

Berbeza dengan kunjungan terdahulu, kali ini nampaknya Perlis begitu meriah. Banyak kenderaan di jalan raya, sana sini kelihatan bunga manggar majlis perkahwinan juga deretan kenderaan memenuhi bahu jalan dan ada beberapa jalan raya yang sedikit sesak.

Rupa-rupanya hujung minggu lalu merupakan hari-hari yang sibuk bagi negeri Perlis. Pelbagai acara besar berlangsung - antaranya hari pendaftaran pelajar UniMAP, Festival Kraf Utara dan Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri.


HARI PELADANG, PENTERNAK & NELAYAN PERINGKAT NEGERI PERLIS
Malam harinya semasa keluar nak pergi makan di kedai, kami dan adik sekeluarga singgah sekejap ke tapak acara yang terletak di perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra.

Sempatlah saya memotret foto-foto berikut :

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Kerbau baka albino dengan berat 900 kg.
Terdapat pameran pelbagai jenis ternakan oleh para penternak. Selain kerbau dalam foto di atas, ada juga lembu sado dengan berat 1,009 kg. Selain itu terdapat pameran dan jualan produk landak raya dan sesi berfoto bersama ular. 

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Siapa kata Perlis cuma ada 8 orang? πŸ˜†

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Suasana meriah dengan para pengunjung memenuhi setiap ruangan. Tak pastilah waktu siang pun meriah begini atau tidak. Yang pasti, memang lebih nyaman dapat ke sini pada waktu malam. Tidaklah terasa bahang matahari kan’.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Pisang Raja Udang a.k.a. Pisang Merah
Seingatnya ini pertama kali saya tengok pisang berwarna merah. Selalu tengok foto di medsos je. Teringin nak membeli pisang yang nampak cantik ni, tapi rupanya ini hanya bahan pameran.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Burhan = burung hantu
Awalnya hairan jugak, ada apa dengan nama ‘Burhan’. Lepas tu barulah faham. Tak pasal pulak lepas ni saya akan terbayang burung hantu bila jumpa orang nama Burhan πŸ˜„

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Suasana tapak acara bertambah indah dengan bulan purnama menghiasi langit malam.

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2023
Sebelum beredar, sempat kami masuk dalam sebuah bas yang memuatkan bahan pameran oleh UPM. Anak saudara tanya, kenapa kita nak masuk? Saya jawab - sebab UPM tu universiti mak long, pak long, ibu dan ayah πŸ˜‚

Bulan purnama 30 September 2023 di Perlis Malaysia
Foto bulan purnama yang sempat saya rakam pada pukul 11.24 malam dari luar rumah adik.







29 comments:

  1. Replies
    1. Seronok tengok macam² yang dipamerkan dan ada jualan.

      Delete
  2. Wak pun suka kalau dapat pergi pameran hpp&n ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Wak yang pergi, lebih bermakna sebab Wak arif pasal ternakan & tanaman. Saya tengok gitu jelah πŸ˜„

      Delete
  3. Sesekali seronok juga kalau dapat berkunjung ke tempat sebegini. Banyak yang boleh dipelajari.

    ReplyDelete
  4. Hahahahaha.. sy pun tak perasan Burung Hantu boleh di-shortform Burhan 🀭

    ReplyDelete
  5. Ooo burhan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  6. Seru ni ke tempat macam ini,si Burhan nya gak seseram namanya😁

    ReplyDelete
  7. Besarnya kerbau albino. Besarnya burung hantu, burhan, buat dari jerami ye. Saya pun suka pergi ada ekspo pertanian atau peladang macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang besar sungguh kerbau & lembu sado tu.

      Ha'ah, burhan diperbuat daripada jerami. Kreatif!

      Delete
  8. Ye... Sapa kata Perlis cuma ada 8 orang... sebenarnya 5 orang! Hehehehe....

    Oh? Istilahnya 'memotret' eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin kurang jadi 5 orang pulak ya πŸ˜‚

      Ya, boleh guna memotret/merakam/mengambil gambar.

      me.mo.trΓ©t] | Ω…Ω…ΩˆΨͺريΨͺ
      Definisi : 1 mengambil gambar dgn kamera. 2 melukis gambar; membuat lukisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

      Gigih ni saya sertakan sekali carian kamus DBP πŸ˜„

      Delete
  9. Saya suka pameran macam ni..
    Merbau albino tu kalau generasi lama kat Kedah akan sebut Kebau "balaq" Balaq tu ejaannya "balar"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo...biasa jugak saya dengar kerbau balar.

      ba.lar] | Ψ¨Ψ§Ω„Ψ±
      Definisi : manusia atau binatang yg kulitnya berwarna putih kemerah-merahan dan rambutnya (ttg manusia) atau bulunya (ttg binatang) berwarna putih sejak dilahirkan kerana kekurangan zat pewarna; albino: kerbau ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

      Terus buat carian. Rupanya balar = albino.

      Terima kasih mamaCella. Dapat ilmu baru πŸ˜€

      Delete
    2. Laa...tak terfikir saya nak buat carian...Rupanya "balar" tu wujud..
      TQ Ujie ats perkongsian

      Delete
    3. Kikiki...sama² lah kita kongsi ilmu ya.

      Delete
  10. Hehe nampak seram orang-orang yang pakai tudung itu.
    Baru tahu Puan Ujie pernah belajar di UPM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang-orang yang pakai tudung tu siap pakai handbag lagi tau NA πŸ˜„

      Ya, kami semua produk UPM 😁

      Delete
  11. Meriah.. Cantik kulit pisang merah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan…lagi pulak untuk pameran, dah dipilih yang elok cantik.

      Delete
  12. Haiiisssh sayang hanya untuk pameran ya kak. Saya pun teringin nak coba pisang merahnya πŸ˜„.

    Melihat sapi albino nya , uwaaaahhhh sapi yang biasa dipesan presiden untuk kurban πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„. Mahaal tuh. Kalo di tana Toraja, indonesia , sapi albino biasanya menunjukkan status sosial seseorang kak. Jadi untuk upacara kematian atau pernikahan, keluarga akan mengurbankan banyak sapi albino. Semakin banyak, semakin naik statusnya. Sapi ini juga dianggab sakral atau suci, Krn itu harganya fantastis . Di tana Toraja memang mayoritas bukan muslim, jadi tradisi seperti itu masih banyak dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih perkongsian Fanny, menarik!
      Harus mahal harganya kan…sesuai saiznya yang sangat besar.

      Delete
  13. Dah melekat dah orang perlis 8 orang je tu kan. Eh eh comel pulak nama burhan..Rupanya burung hantu. hihi...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****