Friday, 6 October 2023

Cielo Cibo Cafe, Ipoh

Cielo Cibo Cafe, sebuah lagi tempat makan di Ipoh yang sempat saya dan Encik Suami cuba makan pada bulan lepas. Kafe milik Muslim yang beroperasi di tengah bandar Ipoh ini menawarkan sajian makanan Asia dan makanan Barat. 

Kami ke sini pada hari Sabtu, sekitar pukul 2.30 petang sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah PP. Masa kami sampai ni tak ada pelanggan lain. Lega jugaklah, sebab saya fikir kalau datang hari cuti akan ramai pelanggan dan tak dapat meja. 

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Kafe dengan dekorasi moden. Kemas dan sedap mata memandang.

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Deretan beg tangan dipamerkan di bahagian hadapan kafe. Nampak macam beg tangan jenama terkenal. Mungkin untuk dijual. Tapi saya bukan peminat beg tangan, maka tidaklah saya pergi membelek dan bertanya lanjut tentang beg tersebut.

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Kalau yang ini saya minat untuk membelek πŸ˜€. Pilihan roti dan manisan. Tak banyak jenis tapi nampak menarik. Kami beli roti kukus durian / RM12 dan cream puff / RM15 untuk di bawa pulang. Roti kukus tu perlu dikukus dalam 10 minit sebelum nak makan, saya kukus sendirilah sebab nak makan di rumah.

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Sebahagian hidangan yang ditawarkan di sini. Besar mata saya tengok buku menu ni. Semuanya saya suka dan teringin nak mencuba, sampai susah nak buat pilihan nak memesan makanan apa πŸ˜„

Kami kemudiannya sepakat memesan satu makanan berat dan dua jenis lagi makanan sampingan. Jadinya bolehlah merasa tiga jenis makanan di sini.

Hidangan kami :

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Mi Rebus Tulang / RM16
Tak rugi mencuba, memang sedap rasa mi rebus tulang ni.

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Pengat Pisang / RM6
Ini pun sedap, secukup rasa.

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Roti Wap Berlauk / RM12

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Pertama kali saya mencuba makan roti wap berlauk. Rasa seperti kita makan pau yang dibelah tengah dan diletak dengan lauk. Ada 3 buku roti dengan 3 jenis lauk - sardin serta lagi dua tu rasanya macam daging masak hitam dan serunding rendang ayam. Sedap lauknya dan lembut rotinya.

Cielo Cibo Cafe,  Ipoh
Lemon Ais / RM4.50 dan Jus Tembikai / RM6
Jus tembikai ‘O’ (tanpa gula) tapi masih rasa sedap manis buah. Lemon ais yang simple tu pun rasa sedap tau.

Alhamdulillah kami rasa sangat berpuas hati makan di Cielo Cibo Cafe ni. Hidangan kami makan semuanya sedap memuaskan selera. Roti kukus bersama kuah durian yang kami beli bawa pulang tu pula lembut rotinya dan sedap kuah duriannya. Cuma cream puff je pastrinya rasa agak kering.

Sambil makan layan pulak lagu-lagu tahun 90-an sebagai halwa telinga, memang santai sungguhlah. Servis di sini pun pantas dan bagus. Pastinya kami akan ke sini lagi kalau berkesempatan ke Ipoh. Nak cuba makanan lain pulak 😁


*****************************************************

CIELO CIBO CAFE
58, Jalan Raja Musa Aziz,
Kampung Jawa, Ipoh,
Perak.

Facebook | Cielo Cibo Cafe
Instagram | Cielo Cibo Cafe Ipoh
Google Maps | Cielo Cibo Cafe

Waktu operasi :
Setiap hari (kecuali Khamis) | 8.30 pagi - 11 malam
Khamis | 8.30 pagi - 6.45 petang
Tutup | Isnin






.

15 comments:

  1. cantikknya
    sedapp mata memandang
    menu pun nampk sedapp

    ReplyDelete
  2. Kafe cantik, makanan pun nampak menyelerakan. Kalau ke Ipoh boleh la cari cafe ni.

    ReplyDelete
  3. nampak sedap semuanya makanan yg dijual di sana.. Yummy....

    ReplyDelete
  4. Cantik kafenya.. Roti wap dia menarik betul intinya..

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik cafenya. Cucur pun ada, lengkap, makanan berat dan ringan. Bolehlah saya cuba cari nanti. Mekasih, share, Ujie. :D

    ReplyDelete
  6. Teringin pulak roti wap berlauk, selalu makan inti Kaya camtu je ha... terliur jugak tengok jus tembikai o tuh! 😍Favourite ♥️

    ReplyDelete
  7. Sayaaa sukaaa warna cat temboknya, green emerald. ❤️❤️❤️. Kesannya itu tenang dan bikin ruangan kliatan segar.

    Dulu ada teman yg buka kafe di Bali. Dan warna ruangan dia juga emerald seperti itu.

    Ditambah dengan banyak tumbuhan bikin makin betah ruangannya.

    Makananpun kliatan sedap ya kak. Saya masih penasaran Ama rasa roti WAP itu πŸ˜„

    ReplyDelete
  8. wah next time bole masuk list JJCM juga ni heheh

    ReplyDelete
  9. Menarik cafe ni...
    Mee rebus tulang tu buat kita kecur la :)

    ReplyDelete
  10. Menunya jarang jumpa pada cafe lain.
    Menarik juga ada jual beg tangan.

    ReplyDelete
  11. Pengat pisang nampaknya lezat sekalk

    ReplyDelete
  12. Tempatnya cantik,perpaduan hijau tosca? dan putih...sajian makanan juga cantik....bikin selera lihat mie tulangnya

    ReplyDelete
  13. Kafe yang menarik dan selesa. Persembahan makanan dan minuman pun buat rasa orang nak datang. Roti wap berlauk tu rare tu. Tak pernah tengok lagi.

    ReplyDelete
  14. Tengok roti wap tu teringat viral sikt masa hari tu..ada sorang beli... pasal inti tu dia cuma cross kat atas ja..dalam kosong...naya pak karim🀣

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****