Sunday, 15 October 2023

Catatan Hujung Minggu | Sabtu 14 Oktober 2023

[Catatan Hari Sabtu, 14 Oktober 2023]

Semalam merupakan hari yang sangat meletihkan, saya dan Encik Suami keluar rumah pada waktu pagi dan kembali pada waktu malam.


KE PERLIS BALIK HARI
Kami pergi dan balik hari ke negeri Perlis dengan perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam sehala dari rumah di Pulau Pinang (PP). Syukur perjalanan pergi dan baliknya lancar tanpa sebarang kesesakan teruk. Mungkin sebab kami melakukan perjalanan pada hari Sabtu, kalau hari Ahad biasanya keadaan trafik di lebuh raya menjadi lebih sesak.

Pintu gerbang negeri Perlis
Sekitar pukul 11.30 pagi, kami tiba di pintu gerbang negeri Perlis.

Perlis
Panorama indah di suatu tempat di Perlis.

Tom Yam Kelapa Muda
Urusan kami selesai sekitar pukul 1 tengah hari. Sebelum kembali ke PP, kami singgah di sebuah kedai makan yang terletak di Padang Besar untuk menikmati hidangan tengah hari.

Buat kali pertama saya mencuba hidangan Tom Yam Kelapa Muda, iaitu masakan tom yam yang dicampur dengan air kelapa muda serta isi kelapa muda dan dihidangkan pula dalam buah kelapa muda. Rasanya sama saja macam tom yam biasa tu, cuma ada tambahan isi kelapa muda. Sedaplah menurut cita rasa saya.

Pagi semalam juga merupakan hari bersejarah bagi pelakon sitkom terkenal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, iaitu Sabri Yunus dan Angeline Tan yang telah dinikahkan oleh Mufti Perlis, Dr. MAZA. Upacara pernikahan mereka yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook Dr. MAZA itu juga menyaksikan perkara baru buat saya, iaitu akad nikah dijalankan tanpa perlu berjabat tangan di antara juru nikah dan pengantin lelaki dan juga tiada ucapan penerimaan akad yang panjang oleh pengantin lelaki. Semuanya ringkas dan sangat mudah!

Untuk pengetahuan kita bersama - tidak bersalaman ketika menyebut lafaz akad nikah adalah sah disisi syarak. Ini kerana syarat sah lafaz akad nikah hanya dengan menyebut lafaz ijab dan qabul dan bersertakan kalimah kahwin atau nikah sahaja. [sumber sahih : muftiwp.gov.my]



KLIPPA SHOPPING CENTRE @ IKEA BATU KAWAN, PULAU PINANG
Kami sampai di PP pada waktu lewat petang, kami tak terus balik ke rumah tetapi menuju ke Klippa Shopping Centre @ IKEA Batu Kawan untuk ke Harvey Norman.

Masih ingat cerita saya membeli Philips Induction Cooker di Harvey Norman pada bulan lepas? Entrinya DI SINI. Nampaknya prestasi induction cooker jenama Philips ni lebih teruk berbanding Tefal sebab baru sahaja saya gunakan selama beberapa minggu tapi dah timbul masalah ☹️

Butang pelarasan suhu memasaknya tak berfungsi. Tak boleh nak tekan + atau -. Tapi tetap jua saya bersyukur kerana masalah timbul semasa dalam tempoh waranti. Staf Harvey Norman memaklumkan urusan baik pulih mengambil masa 2-3 minggu. Nampaknya selama tempoh tersebut saya perlu memasak menggunakan alatan dapur yang lain, iaitu air fryer, pressure cooker dan microwave

Selesai urusan di Harvey Norman, kami makan malam di sebuah restoran masakan Cina Muslim yang berasal dari NingXia, China. Kami memesan sepiring mi dan pau, kongsi berdua supaya tak kenyang sangat.

Selepas makan, kami menunaikan solat di sini. Saya ambil masa lama sedikit sebab ruang solat penuh sesak dengan pengunjung, perlu menunggu giliran untuk ambil wudhuk dan dapatkan ruang tempat solat. Tempatnya selesa tetapi terasa sedikit berbahang.

Alhamdulillah selesai solat badan rasa sedikit segar, terus sambung masuk ruang pameran IKEA pulak 😀. Kami membelek sofa dan meja makan di sini, cari idea untuk rumah seterusnya. Setakat cari idea jelah, sofa dan meja makan yang saya berkenan semuanya buat ternganga mulut bila tengok harga. Encik Suami kata cita rasa saya tinggi sangat, berkenan pada barang berharga tinggi je 😅

Sebelum bergerak balik rumah, saya ajak Encik Suami ngopi dulu di Swedish Cafe @ IKEA. Kami beli sepotong kek dan secawan Caramel Latte panas kongsi berdua.

Dalam perjalanan dari pintu keluar bangunan menuju ke kereta kami, mata saya terpandang pulak kesalahan ejaan pada papan tanda di atas. Siapalah punya kerja ni tak semak dengan teliti. Tak sangka pulak nama besar seperti IKEA boleh lepaskan kesilapan begini. Mungkin benda kecik, tapi nampak mencacatkan pemandangan.

Gitu gini ke sana ke sini seharian di dua buah negeri, akhirnya kami selamat sampai di rumah sekitar pukul 10.30 malam. Alhamdulillah.






.

32 comments:

  1. Tahu juga yang Sabri Yunus bernikah dengan Angeline Tan.
    Perlis ini antara negeri saya hendak pergi. Minat cuba masakannya.
    Kalau pandang papan tanda sekilas tidak perasan ada kesilapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki sampailah NA ke Perlis ni.

      Delete
  2. Penuh aktiviti Kak Ujie dan suami hujung minggu ni ye. Pengalaman saya, perabot IKEA mmg mahal sikit tapi nilai resale agak tinggi. Beberapa kali saya jual perabot ikea, bila iklankan barang ikea di group preloved cepat je orang respon nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo…gitu ya. Ramai peminat barangan IKEA 😀

      Delete
  3. Tomyam kelapa muda?

    Ini barang baik ni....!

    ReplyDelete
  4. Jauh perjalanan luas pandangan..
    Pic ke-2 tu rasanya dulu kawasan ladang tebu..
    Ingatkan Ujie pi majlis pernikahan Wan Ismail Golok🤭
    Kita dah terbiasa akad nikah secara bersalaman kan..tapi masa PKP nampak la ada pernikahan melalui video

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu…kat kawasan bekas ladang tebu 👏🏽

      Nak pergi, tapi kami lewat sampai Perlis 😁
      Eh..taklah, memang tak diundang pun 🤭

      Delete
  5. 3 jam tu kalau pergi KL dah separuh perjalanan tu...

    tu laa... ramai juga yg komen psl nikah Sabri Yunus tu. keadaan tu mengingatkan sy ms pkp dulu. pejabat agama/imam tak ada pegang tangan pengantin lelaki pun sbb kita x boleh bersentuhan kan ms tu. elok jeee ms tu...xde apa2 kecaman pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mengecam tu agaknya lupa masa PKP dulu buat macam mana 😄
      Jari laju menaip, otak lambat fikir.

      Delete
    2. tu laa fasal... lg 1 nun kat luar negara muslim tu... elok je nikah x yah berjabat bagai... bla imam tanya jawab "i do" je... x de laa meleret pnjg2... ni smpi kata (jatuh hukum) x sah bagai... haihh

      Delete
  6. subhanallah cantik gambar gunung dan awan tu kak

    ReplyDelete
  7. Kek tu nampak sedap pulak. Kami pun baru-baru ni sempat singgah Ikea tapi kat MyTown.

    ReplyDelete
  8. Satu hari tu, berjalan. Entah bila saya boleh sampai Perlis. Rindu nak tengok sekolah lama dulu. Ooo... baru tahu yang Dr. MAZA yang nikahkan Sabri Yunus.
    Nasib baik dalam tempoh warranty ye, induction cooker tu. Penat berjalan, tapi mesti seronok. Sebab pergi Ikea. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh…Nur pernah menetap di Perlis..
      Seronok cuci mata jelah kat IKEA tu 😄

      Delete
  9. wahh meriah sungguh sosmed sejak minggu lepas psl akad nikah sabri yunus dgn Lucy nih., moga2 kekal perkahwinan mereka hingga akhir hayat., aminn

    ReplyDelete
  10. Tom yam dslam kelapa. Nampaknya unik. Pasti enak.

    ReplyDelete
  11. Ke utara tahun lepas termasuk Perlis memang seronok, tak puas. Makanan pun best. View pun cantik2.

    ReplyDelete
  12. Meleret-leret pulak isu akad nikah wan ismail golok dan lucy kn kak? Ada je netizen ni.. kalau di sarawak lafaz akad nikah pn simple.. pengantin lelaki hanya perlu jawab tok kadi dgn lafaz "aku terima nikahnya dgn mahar yg tersebut" 😅 itulah ada member semenanjung yg kawen dgn org sarawak lega dia ckp x perlu sebut nama pengantin pempuan panjang² 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus gitu, benda boleh mudah buat apa jadikan susah kan…😁

      Delete
  13. sekali je penah jejak perlis, negeri ujung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak ada urusan, rasanya memang susah orang nak sampai Perlis ni CikNur. Negeri paling utara.

      Delete
  14. Belum pernah cuba tomyam kelapa muda. Harapnya balik kampung nanti terbuka hati en suami nak bawa ke padang besar. Mentang² rumahnya berjiran dgn Perlis, malas nak pergi katanya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa gitulah kan, kalau dekat ni rasa macam nanti-nantilah boleh pergi 😁 Sudahnya tak sampai-sampai jugak 😅

      Delete
  15. Rindu perlis.. Sekali je pernah ke sana sbb urusan keje. Tp suka Perlis sbb damai dan ada cucuk-cucuk yang bakar2 tepi laut tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Perlis memang aman damai je.
      Makanan ya…yang cucuk bakar tu?

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****