Wednesday, 4 October 2023

Perubahan Hidup

Sejak penghujung minggu lepas, negara kita mengalami masalah jerebu. Kalau rajin perhatikan bulan, kita akan perasan bulan kelihatan warna oren disebabkan partikel di udara. Nampak cantik atau mungkin juga sedikit menakutkan. 

2 Oktober 2023 pukul 7.12 pagi.
Status cuaca di tempat tinggal saya - jerebu. Sebenarnya agak sukar saya nak membezakan kabut asap di sini sama ada jerebu atau bukan. Kerana di sini memang kerap nampak ‘berkabus’ kemudian di susuli bau yang tak menyenangkan. Selalu jugak tanpa sebarang amaran (kabut asap), bau busuk menerpa masuk dalam rumah. Baunya tak sama tau, ada macam-macam bau yang tak dapat saya nak terangkan. Maka berlarilah saya menutup pintu sliding door dan tingkap ruang sidai baju.

Saya syak mungkin asap dari kilang sebab kawasan sini banyak kilang. Dari rumah saya pun boleh nampak kepulan asap keluar dari cerobong asap kilang. Selain kilang, bau tersebut mungkin datang dari sektor pertanian/penternakan. Ikutkan saya, nak je buat buat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar. Tapi memikirkan penduduk tetap di sini pun tenang-tenang aje hadap bau begitu bertahun lama, tak kan saya datang terus nak mengadu itu ini 😄

4 Oktober 2023 pukul 7.06 pagi.
Alhamdulilah setelah beberapa hari hujan, pagi ini status cuaca bertambah baik. Semalam hujan lebat sejak waktu subuh. Hari ini pula, sekitar pukul 10 tadi hujan turun membasahi bumi. Memang tepat sungguh ramalan cuaca di atas tu ya 😀

Pemandangan dari balkoni rumah saya sekitar pukul 7 pagi tadi, ruang udara bebas jerebu.

Pemandangan sekitar pukul 10 pagi tadi. Hujan lebat berserta angin kuat. Sejuk nyaman.

Sengaja saya catatkan hal-hal kecil seperti perubahan cuaca begini sebagai satu memori sepanjang keberadaan saya di rumah PP.

InsyaAllah mulai bulan hadapan saya dan Encik Suami akan melakukan perubahan hidup seterusnya. Ini bermakna saya mempunyai masa kurang sebulan di negeri kedua terkecil di Malaysia ini. Ke mana kami? InsyaAllah akan diceritakan bila tiba masanya.


Setiap perubahan, bahkan perubahan menjadi lebih baik, selalu disertai dengan kekurangan dan ketidaknyamanan. - Arnold Bennett






30 comments:

  1. Di mana"kita menghadapai masalah yang sama,debu,kabut asap,..tempat saya juga begitu..debu batubara..haduuuh..jaga diri masing"yaa..tetap jaga kesehatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita semua dapat bertahan dan baik² saja. InsyaAllah.

      Delete
  2. dh 2 hari kt kl menuju opis shah alam cuaca jerebu

    ReplyDelete
  3. Tempat saya pun hujan hari ni. Jadi, nampak jelas sikit, banding 2-3 hari lepas.
    Ujie dan suami nak pindah lain negeri, ke? Semoga segala urusan perubahan hidup dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nur, InsyaAllah ke negeri lain pulak. Terima kasih doanya 😊

      Delete
  4. hari ni hujan tghari td tp sekejap je
    harap2 jerebu tak berpanjangan la kan
    ujie berhijrah kemana pula semoga dipermudahkan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni pun kerap hujan, InsyaAllah tak berpanjangan masalah jerebu.

      InsyaAllah ke negeri di utara jugak. Terima kasih doa CikNur 😊

      Delete
  5. Moga dipermudahkan urusannya tu.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...KL pun huja lebat betul petang ni...semoga menyucikan saki baki jerebu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah hujan lebat tu bolehlah hilangkan jerebu.

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih sudi bertandang sini Eyma 😊

      Delete
  8. Di Melaka jerebu.. Tempat saya pulak tu IPU tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khabarnya di Melaka & NS kuat bau asap ya. Patutlah bacaan tinggi. Moga segera hilang jerebu di sana.

      Delete
  9. Pindah tempat tinggal ke? Teringat saya dahulupun macam orang nomad pindah-randah tukar tempat dan negeri.
    Ya ada hari nampak mendung. Jerebu sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, InsyaAllah pindah negeri lain pulak NA. Itulah saya ni dari muda sampai tua gini masih hidup nomad 😅

      Delete
  10. Nasib baik ada hujan kalau tidak teruk jerebu kat Penang ni. Area Seberang Jaya mendung sahaja ni tunggu masa nak hujan.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah di kawasan kamk tak berjerebu, hujan kerap turun samaada pagi atau malam. Sekurang-kurangnya bersihlah udara kami :)
    Rezeki PU, dapat berkelana di serata negeri, alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segala urusannya 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah sangka akan berkelana sampai menetap di utara ni 😄

      Terima kasih doa PH 😊

      Delete
  12. Ohh banyak beza tu. Take care, moga dipermudah semua urusan.

    ReplyDelete
  13. Semoga dipermudahkan perubahan hidup Kak Ujie dan suami 😊

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.. Kawasan tempat kami tinggal, masih dalam index sihat, mungkin sebab hujan.

    ReplyDelete
  15. Sha tak terfikir pun jerebu.. Selau nampak udara macam malap je.. Mujurlah pergi dan balik kerja rajin buka Nasional fm.. Baru tahu yang jerebu da mula melanda.. Tempat Sha sekarang ini sekali musim hujan..

    ReplyDelete
  16. Kalo JKT polusi nya udah tahap sangat tidak sehat juga. Tapi ini dari pabrik2 yg ada di daerah Tangerang dan sekitarnya 😔. Ditambah lagi JKT sedang kemarau kak, dan berbulan2 tak hujan. Saya bersyukur dah resign, jadi memang sudah tak sering kluar. Tapi kasian dengan suami dan anak2 yg masih hrs kerja dan sekolah. Tiap hari saya oleskan probiotik oil selalu ke badan mereka. Dan masker juga pakai lagi :(

    ReplyDelete
  17. Kabur permandangan sekarang ni bila jerebu melanda. Indah permandangan waktu pagi dengan langit biru tu kak. Gambar pun auto cantik.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****