Thursday, 8 December 2022

‘Reunion’ Sempena 32 Tahun Persahabatan

Entri berkaitan :


REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
26 - 27 NOVEMBER 2022
LANTANA VILLA, BANGI GOLF RESORT, SELANGOR
Warna tema pakaian : Baju ‘mint green’ dan tudung ‘nude/cream’.

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Hari yang mempertemukan kembali saya dan sahabat-sahabat zaman sekolah menengah. Pertemuan kali ini lebih istimewa kerana lebih ramai sahabat yang turut serta. Ada yang sanggup datang jauh dari Kelantan demi meraikan hari istimewa kami. Begitu juga dengan sahabat-sahabat lain yang sanggup datang dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Melaka.

Ada sahabat yang baru pertama kali saya temui sejak berpisah di tingkatan 3 dan ada yang kali terakhir saya temui sewaktu kami di tingkatan 5. Mujur wajah masing-masing sepertinya tak banyak berubah, masih boleh kenal walau sudah 29 tahun tak pernah bersua muka dan tak pernah melihat foto di media sosial. Kegembiraan yang tak terucap dek kata-kata, cuma terluah dengan pelukan erat dan senyuman di bibir.

Pengisian reunion kami secara ringkasnya seperti berikut :

Sabtu | 26 November 2022
  • 11.30 pagi - Ketibaan, pendaftaran dan makan tengah hari.
  • 1.30 petang - Kata-kata aluan presiden selaku ketua AJK sambutan reunion ke-3.
  • Aktiviti permainan berkumpulan.
  • Sesi tukar hadiah, pemberian hadiah untuk aktiviti berkumpulan dan cabutan bertuah.
  • Sesi berfoto.
  • Lewat petang - Aktiviti bebas.
  • 7 malam - Aktiviti kerohanian (solat berjemaah Maghrib/Isyak dan tazkirah oleh sahabat ustazah).
  • Makan malam.
  • Sesi cabutan bertuah.
  • Sesi berfoto (pakai baju dan tudung ditempah khas untuk reunion).
  • Mengalunkan lagu sekolah, lagu Sumbangsih sekolah dan zikir Asmaul Husna.
  • Lewat malam - Aktiviti bebas.

Ahad | 27 November 2022
  • Pagi - Solat Subuh berjemaah, bacaan al-Ma’thurat dan perkongsian oleh sahabat kaunselor.
  • Sarapan pagi.
  • Sesi cabutan bertuah.
  • Aktiviti bebas.
  • Gotong-royong mengemas rumah.
  • Bersurai.
Untuk aktiviti bebas - selain berfoto atau berborak santai, aktiviti lain yang kami lakukan adalah berenang, berkaraoke dan memakai inai beramai-ramai. Masing-masing boleh sertai kumpulan dengan aktiviti kegemaran. Cukup santai dan seronok!

Selesai reunion, kami muat naik semua foto/video dari telefon masing-masing di pautan khas Google Photos. Semua orang boleh berkongsi melihat dan guna foto/video yang ada. Jadinya ada beberapa foto/video di entri ini yang saya ambil daripada perkongsian sahabat lain.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Merakam memori di ruang tamu rumah tempat kaunter pendaftaran. Meriah dengan gelak tawa. Tambah meriah bila ada sahabat yang baru tiba, disambut dengan sorakan gembira.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Menu makan tengah hari kami - nasi putih, nasi beriani, ayam masak beriani, ayam goreng berempah, daging masak hitam, sambal udang, kobis masak lemak, pajeri nenas, tempoyak daun kayu, air honeydew, air teh tarik, buah-buahan, bubur chacha dan kuih-muih serta kek. Fuh! Memang sangat banyak pilihan. Masing-masing kata sedap semua makanan. Tapi tak sempat pun saya nak merasa semuanya. Selesai reunion teringat-ingat pulak…huhu.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Makan-makan, bergelak ketawa dan berfoto. Kami tak dirikan khemah di luar pun, makan di dalam rumah saja dengan tambahan dua buah meja bulat bersaiz besar dan sebuah meja makan panjang.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Sesi berfoto di dalam rumah.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Aktiviti permainan berkumpulan dijalankan di tingkat 3 rumah. Sengaja buat di atas sekali sebab ada ruang lapang yang luas dan supaya semua orang boleh melawat keseluruhan rumah. Boleh naik lif atau meniti anak tangga untuk ke tingkat 3. Kalau naik tangga, kita akan melalui sebuah bilik air ‘terbuka’. Heheh. Itu nanti saya cerita dalam entri berkenaan Lantana Villa.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Sesi berfoto waktu petang di luar rumah. Banyak sudut yang cantik untuk berfoto, antaranya di kolam renang ini yang terletak di bahagian belakang.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Aktiviti malam di tingkat 2 - pengisian rohani. Mengimbau zaman jadi budak asrama - solat berjemaah dan mendengar tazkirah.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Selesai makan malam, sekali lagi sesi cabutan bertuah. Selain hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak AJK, ramai juga sahabat yang membawa sumbangan hadiah untuk cabutan bertuah. Itu yang jadi banyak sampai boleh buat berkali-kali.

REUNION LABULADIES SEMPENA 32 TAHUN PERSAHABATAN
Merakam memori kami menggayakan t-shirt dan tudung yang ditempah khas sempena reunion kali ini.

Alhamdulillah selesai sudah acara reunion kami dengan jayanya. Kehadiran sepatutnya sekitar 50 orang, tetapi yang dapat hadir sekitar 45 orang. Ada juga yang tak dapat ikut bermalam, tapi turut menghabiskan masa sehingga lewat malam bersama. Pertemuan yang cukup meriah dengan gelagat masing-masing yang masih seperti di zaman remaja. Bak kata seorang sahabat, kami umpama remaja 17 tahun yang terperangkap dalam jasad wanita 44 tahun πŸ˜‚. Namun begitu, ada ketikanya kami turut berkongsi rasa sebak dan mengalirkan air mata pada momen tertentu. Semuanya menyatu menjadi sebuah kenangan terindah.

Berkenaan kos, perbelanjaan untuk reunion kami buat tabungan berdikit-dikit sejak sebelum pandemik COVID-19. Kami juga mendapat tajaan wang, kuih-muih dan barangan dari sahabat-sahabat yang bermurah hati. Moga Allah murahkan rezeki sahabat-sahabat yang telah menambah kegembiraan dan kemeriahan pertemuan kami ini.


Video berdurasi 0:59 minit.
Kredit lagu : Sahabat Itu Seperti Bintang - Dazzling.

Terima kasih Allah atas kesempatan ini. Terlalu banyak momen indah sepanjang pertemuan kami. Tak terungkap dengan kata-kata atau banyaknya rakaman foto, semuanya terabadi di sudut hati πŸ’š




28 comments:

  1. wahhhh meriahnya akak, siap ada baju dan tudung sama mesti akan jadi ingatan baju dan tudung tu. Meriah bila yang bertema bju dan tudung di hari pertama tu kak gambarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reunion sebelum ni buat baju je sama, kali ni tambah tudung pulak sama.
      Ya, ada tema warna cantik sikit gambarnya kan...hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah... best sgt... tgk gambar pun terasa kemeriahannya... tempat yg dipilih pun best jugak... kalau ada jemput guru yg masih ada lg la best kn kak

    Nnt review banglo tu pulak kak... haha... byk pulak requestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak cadangan jemput guru. Belum direalisasikan, segan pulak nanti guru tengok perangai kami..haha

      InsyaAllah nanti akak buat review tu. Pengisian program tu pun Mim request kan..hehe. Kalau tak, akak tak terfikir pun nak share kat entri blog. Mujur Mim request.

      Delete
  3. Alhamdulillah...gathering dengan rakan sekolah yang penuh dengan imbauan kisah silam, penuh dengan pengisian rohani... seronoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tak hilang lagi rasa seronoknya tu sampai harini 😁

      Delete
  4. Dapat sy bayangkan kemeriahannya bila bertemu sahabat2 lama. Pastinya akan jadi memori manis yg akan dikenang selalu. Syabas Labuladies :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gamat! Sampai masing-masing sakit tekak dek terjerit-jerit, kena cakap kuat-kuat πŸ˜…

      Delete
  5. seronok kan bila dapat berkumpul balik mcm ni ngan member sekolah..

    ReplyDelete
  6. Sporting semua join reunion ni, sorang pun tak bawak 'handbag' (aka anak2) sekali. Aktiviti semuanya best2, good job organizers! Cantiknya villa tu, tak dpt imagine brp sewa semalam & berapa sorang kena bayar hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak yang bawak anak tapi dah besar umur belasan tahun. Anak kecik dalam gambar no 4 tu pulak cuma join bergambar, lepas tu bapaknya ambik bawak balik. Hehe..

      Kami sewa 2 mlm RM5500. Sorang bayar RM400 untuk reunion. Ada lebih bawa ke reunion seterusnya.

      Delete
  7. meriah siap pakai baju tudung tema sedondon tuh., hebatt reunion nih ;p

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaaa. Tak boleh bayang kalau berkumpul semula dengan rakan sekolah. Tak tido malam rasanya bersembang. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ramai yang tidur lewat malam tu. Akak sendiri pun tidur sekitar pukul 1.30 pagi. Masa tu ada lagi yang lain belum tidur masih berborak, berinai bagai. Hehe

      Delete
  9. Itulah baru hendak cakap banyaknya acara cabutan bertuah rupanya hadiah banyak.
    Ingatkan perempuan sahaja. Boleh bawa anak.
    Besar betul tempat. Seronok macam semua terlibat ikuti acara disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang perempuan je NA. Boleh bawak anak tapi anak perempuan jelah. Anak kecik dalam gambar no.4 tu ikut bergambar kejap je sebab hantar maknya, lepas tu bapaknya ambik bawa balik.

      Alhamdulillah memang besar dan selesa tempatnya. Tidur ramai pun tak terasa ramai.

      Delete
  10. cantiknya gambar2 tu kak...bila semua sepakat 1kepala senang nak arrange
    kerjaya,kejayaan ltk tepi,yg sy pernah jmp bila kerjaya kejayaan dia lebih hebat dia dah takmau join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang tetap sekepala walaupun masing-masing ada kerjaya hebat. Kalau tak, akak pun segan nak join sebab takde kerjaya mahu pun kejayaan apa-apa πŸ˜…

      Delete
  11. bestnya rinduuu kwn2 terubat bila renuion ni kan
    gegirl sja lg meriahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...meriah gamat sangat sebab kita tak perlu control ayu atau malu-malu. Hahaa

      Delete
  12. Tak pernah join reunion.. Tapi biasalah ngeteh dengan kawan² sekolah dulu

    ReplyDelete
  13. mashaAllah! seronoknyaaa.. rindu pula dengan kawan-kawan sekolah saya. haha

    ReplyDelete
  14. Persiapan dan perancangan yang rapi. Bagus semua contribute untuk reunion. Bukan mudah nak re-U ramai ramai macam ni bila masing masing dah ada komitmen keluarga. Semoga persabahatan terus utuh dan re-U diteruskan akan datang.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.. Sambutan yang sangat meriah.. Semoga ukhwahnya terus bertautan hingga ke syurga Allah.. Aamiin..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****