Friday, 2 December 2022

Bergotong-royong Membuat Persiapan Reunion

Catatan kisah pada hari Jumaat, 25 November 2022.

Lokasi reunion kami terletak di Lantana Villa, Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor. Sebuah rumah besar dan mewah yang terletak agak terasing dari rumah-rumah lain. Lokasi yang tepat untuk reunion, tidaklah nanti bunyi riuh-rendah kami mengganggu jiran. InsyaAllah kalau rajin saya akan buat entri khusus perkongsian mengenai Lantana Villa.

Berbalik kepada cerita gotong-royong membuat persiapan reunion - saya tiba di Lantana Villa agak lewat berbanding sahabat AJK yang lain, iaitu pada waktu Maghrib. Saya rasa berdebar dan teruja nak bertemu sahabat-sahabat memandangkan dah beberapa tahun saya tak bertemu mereka. Kali terakhir sewaktu reunion kami yang ke-2 iaitu pada tahun 2018.

LabuLadies Reunion 2022
Hidangan makan malam yang cukup menyelerakan.
Selesai menunaikan solat, kami makan malam bersama. Ada sahabat yang memasak nasi dan ada yang memasak telur dadar/telur mata. Lauk tempoyak daun kayu dibawa oleh seorang lagi sahabat, katanya dibuat oleh makciknya. Lauk kegemaran saya!

Memang berselera kami makan beramai-ramai sambil berbual. Riuh-rendah jugaklah walaupun tak sampai 20 orang yang ada pada malam tersebut. Selain AJK seramai 15 orang, ada juga sahabat dari jauh yang datang awal dan sahabat dekat yang sudi dikerah tenaga untuk turut membantu membuat persiapan.

Selesai makan-makan, jomlah kita bergotong-royong…

LabuLadies Reunion 2022
Antara barang-barang untuk beg cenderahati (goodies bag) yang akan diberi kepada setiap yang hadir.

LabuLadies Reunion 2022
Props untuk bergambar dan sebahagian hadiah untuk aktiviti permainan.

LabuLadies Reunion 2022
Sudah siap. Bunga rampai dengan titisan minyak lavender & ros, harum mewangi seluruh rumah macam nak menyambut pengantin baru. Belon 3 warna, tiup guna pam. Beberapa kali juga meletup, membuat suasana gamat seketika dek terkejut. Yang tukang pam tenang je, kita yang tengok rasa seram kotlah belon meletup lagi. Haha…

LabuLadies Reunion 2022
Beg cenderahati dan beg hadiah aktiviti sudah siap diisi, kami susun dalam bilik karaoke. Lengkap ada tag nama disetiap beg supaya mudah pemilik beg cari kalau nanti beg diletak merata.


LabuLadies Reunion 2022
Meja pendaftaran merangkap sudut berfoto dalam rumah.

LabuLadies Reunion 2022
LabuLadies Reunion sempena 32 tahun persahabatan. ‘LabuLadies’ tu merujuk kepada sahabat perempuan batch kami yang bersekolah di Labu, Negeri Sembilan. Kami mula bertemu dan bersahabat sejak penghujung tahun 1990, iaitu sewaktu kami melangkah masuk ke tingkatan 1. Kehidupan selama 5 tahun di asrama membuatkan ikatan persahabatan kami terjalin erat dan Alhamdulillah kekal sehingga hari ini.

Selesai gotong-royong dan mesyuarat terakhir, masing-masing beransur tidur sekitar pukul 1.30 pagi. Esok paginya masih ada kerja-kerja akhir yang perlu dibuat sebelum pendaftaran bermula pada pukul 11.30 pagi. Tugasan saya juga lebih berat pada hari berlangsungnya reunion kerana saya dan seorang lagi sahabat ditugaskan sebagai AJK Makanan.

Semua AJK rasa berdebar, bimbang kalau majlis reunion tidak berjalan lancar atau ada kekurangan yang ketara. Mungkin begini rasanya kalau kahwinkan anak, gurau seorang sahabat. Cuma tentunya majlis reunion lebih mudah sebab kami ada barisan AJK, berbahagi tugas dan saling membantu.

Bagaimana suasana pada hari reunion? InsyaAllah di entri seterusnya. Bukan mudah nak mengarang dan memilih lambakan foto untuk diabadikan sebagai catatan blog.





20 comments:

  1. tengok gambar2 nipun dh terasa lemeriahannya

    ReplyDelete
  2. bestnya, kak ana pun ada kisah RU nak share Ujie, belum siap lagi editing gambar hehe :)

    ReplyDelete
  3. Menariknya....idea kreatif
    Saya juga terarah kepada vespa kuning..nostalgia

    ReplyDelete
  4. Meriah sungguh nampaknya reunion puan ni. Seronokkan berkumpul semula dgn kawan-kawan sekolah.

    ReplyDelete
  5. meriahnya kak nampak macam kenduri kahwin

    ReplyDelete
  6. Buat kerja sama2 lekas siap kan :)

    ReplyDelete
  7. Seronok pulak mcm buat aktiviti merewang pun ada. Cantik betul beg cenderahati tu, pandai AJK yg memilih hihi

    ReplyDelete
  8. Byknya gift!! meriah sgt ni... tak sabar nk tgu next entri... share pengisian pgrm pulak kak.. hihihihi

    ReplyDelete
  9. seronoknya kak, mesti macam-macam diborakkan bila lama dah tak jumpa

    ReplyDelete
  10. sonoknyaaaa reunion. byknya gift!

    ReplyDelete
  11. Sekolah di Sekolah Agama Labu ya?
    Bagus tersusun ada pembahagian tugas.

    ReplyDelete
  12. cantik kaler tema...sweeettt...hadiah pun byk..

    Bunga rampai harum berbau
    Biar lerai hati yang rindu..

    ReplyDelete
  13. ex-SMAP labu ke tu?
    ammi penah gi situ sbb masuk pertandingan khat

    ReplyDelete
  14. Seronoknya buat persiapan majlis bak kata akak macam nak sambut pengantin. best tu bau lavender dan ros bercampur aroma daun pandan bunga rampai. Ohh ingatkan apa tadi labu, rupanya sekolah kat labu.

    ReplyDelete
  15. Cantik pilihan warna tema.. Semoga smeuanya berjalan lancar.. Aamiin..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****