Bila lama tak menulis blog, nak memulakan semula tu memang terasa berat. Tapi kalau tak menulis, lenyaplah memori bersama daya ingatan yang semakin menurun. Marilah kita menulis untuk sebuah memori…
Seperti yang dirancang, pada hari Jumaat lepas encik suami menghantar saya dari rumah PP ke Bangi, Selangor untuk menghadiri acara reunion bersama sahabat-sahabat perempuan batch saya. Reunion berlangsung pada hari Sabtu sehingga Ahad (2 hari, 1 malam), tapi saya dan para AJK acara perlu datang awal sehari untuk membuat persiapan. Jadinya saya menginap selama 2 malam di tempat reunion, encik suami pula balik ke rumah NS.
Masa ni kami ramai-ramai jerit, “See you next reunion”! |
Kembali ke zaman remaja, begitulah yang saya rasa setiap kali bersama sahabat zaman sekolah menengah. Mana tidaknya, masing-masing masih dengan perangai sewaktu di zaman persekolahan dulu. Tempoh selama 3 hari 2 malam juga tak terasa bosan. Begitu padat dengan bermacam aktiviti dan sentiasa meriah dengan gelak ketawa kami, kecuali sewaktu aktiviti kerohanian kenalah fokus.
Juga terasa berbeza reunion kali ini kerana faktor usia - yang nak membaca dekat kena buka cermin mata, yang dah duduk lantai susah nak bangun, yang sakit belakang tak boleh tidur di lantai dan hal-hal lain yang menyedarkan kami tentang usia 😄
Foto GIF di atas adalah hasil rakaman video pada hari terakhir kami sebelum kembali ke keluarga masing-masing. Itu pun tak semua yang hadir reunion ada dalam rakaman di atas kerana ada yang dah balik lebih awal.
Reunion sudah berakhir. Tetapi sehingga detik ini kami masih belum habis bercerita tentang kegembiraan dan perkara-perkara lucu yang terjadi sepanjang reunion. Terima kasih Allah atas kesempatan ini, dapatlah kami berkumpul di usia 44 tahun ❤️
Wah, ramai jugak yang datang. Suka tengok gambar ni mmg kreatif. Tahniah buat Kak Ujie & AJK2 yg lain berjaya menjalankan program reunion ni.
ReplyDeleteTerima kasih Carneyz 😊
Deletebestnye kak ujie...serius ckp sangat2 best untuk di kenang..tmbh di usia kite ni kan..saya skrg 38 tu pon rasa sesekali jmp mmbr sekolah..Allahu tak terkata banyak perkara dikongsikan..akkk siap 2 hari 1 malam tu best betul!..
ReplyDeleteItu pun ada yang kata tak cukup 1 mlm, lain kali kena buat 2 mlm 😁
DeleteSuami memahami beri ruang untuk bersama sahabat sekolah menengah.
ReplyDeleteRamai juga yang sertai. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, penyertaan lebih ramai berbanding reunion lepas.
Deletemeriah!! gather2 dgn kawan2 lama...
ReplyDeleteAlhamdulillah sangat meriah 😀
DeleteTak pernah lagi hadiri majlis reunion sebegini. Tapi biasa jugalah lepak-lepak minum dengan member sekolah dulu
ReplyDeleteKalau tinggal berhampiran, mudah sesekali nak lepak minum bersama.
Deleteseronoknya
ReplyDeletejumpa geng sekolah. HILANG rindu . GENG sek ciknur masa raya selalu buat perjumpaan , ni lamaa dah x aktif. MASING2 BUZY
Moga ciknur dapat buat perjumpaan dengan geng sek ciknur pulak lepas ni.
DeleteMeriahnya!
ReplyDeleteSaya pernah hadiri reunion sekolah rendah pada 2016. Aduhai.... nostalgia sungguh!
Wah..saya belum pernah hadiri reunion sekolah rendah. Harus susah nak kenal kawan sebab kali terakhir jumpa masa sekolah rendah lah 😅
DeleteSeronoknya!!! Rasanya seminggu 2 ni mmg x habis lg cerita reunion di whatsapp grup sekolah kan kak?
ReplyDeleteBetul mim, ada je nak dibualkan pasal reunion 😄
DeleteSaya tertarik nak buka entry ni sebab gambar thumbnail tu. Hehe. Alhamdulillah majlis da selesai dengan jayanya. Semoga persahabatan kekal sampai ke syurga
ReplyDeleteAlhamdulillah lega selesai tugasan akak.
DeleteAamin...
meriahnya kak, seronok tengok... mesti macam-macam diborakkannya kan bila dapat kumpul gini.
ReplyDeleteBerborak dan usik-mengusik aje kerjanya 😄
Deletemoga semuanya snts sihat panjang umur next time blh buat reunion lg kan kak...seronok
ReplyDeleteAamin...harapnya gitulah.
DeleteBestnyer.. mesti byk cerita suka duka kann makcik.. 😀😀
ReplyDeleteMacam-macam cerita ada 😀
DeleteSeronoknya reunion..
ReplyDeleteMemang akan rasa kembali remaja kan...
gitulah kita bila jumpa rakan sebaya...terlupa umur kejap. sbb tu kalau gatehring tak suka bawa anak dan suami...tak dapat nak show our true colors nanti ahahssss
ReplyDeleteBetullah tu kak. Kalau dah lama tak menaip blog rasa liat lemau nak mulakan. Walaupun faktor usia tu macam-macam, yang penting semangat dan meriah.
ReplyDeleteSeronoknya reunion.. Semua sporting, meriah dan meninggalkan kenangan..
ReplyDelete