Kali terakhir saya berkunjung ke Hutan Lipur Bukit Ayer sekitar 9 tahun lalu. Saya pun dah ingat-ingat lupa rupa tempat ini. Selepas bersarapan pagi di Lepak Ngopi de’ Kelulut, adik ipar mengajak kami semua ke sini - Hutan Lipur Bukit Ayer memandangkan ia berada di laluan yang sama. Bukan nak bermandi-manda pun, cukuplah sekadar melihat-lihat suasana sebab kami tak bawa persalinan. Maklumlah, tujuan asal cuma nak bersarapan di luar.
Kami tiba di Hutan Lipur Bukit Ayer sekitar pukul 8.50 pagi. Masih awal. Suasana agak lengang memudahkan saya untuk memotret kawasan sekitar, terutamanya kawasan air terjun.
Kawasan air terjun di bahagian bawah.
Ini pula air terjun di bahagian atas. Untuk ke sini, kita perlu mendaki anak tangga yang disediakan.
Air dari air terjun tadi dialirkan ke dua buah kolam mandi. Kolam mandi pertama ni mungkin untuk orang dewasa, saiz lebih luas. Kedalamannya saya tak pasti.
Kolam mandi kedua dengan saiz lebih kecil. Mungkin untuk kanak-kanak.
Di bahagian belakang sana cuma ada sebuah pondok. Nampaknya memang kena datang awal pagi kalau sesiapa yang mahu menggunakan pondok tersebut.
Dah sampai sini takkan tengok je air tu kan? Tergoda juga untuk celup kaki. Tak peduli pada hal saya datang sini pakai kasut. Bila lagi nak rasa kedinginan air dari air terjun unik ni. Perasan tak apa yang unik di sini?
Keunikan air terjun di sini, punca air sungainya mengalir dari perbukitan batu kapur yang kemudiannya berlaku proses pemendakan di bahagian dasar. Sebab tu warna dasarnya kekuningan, tak macam warna dasar sungai yang biasa kita lihat tu kan?
Satu lagi yang unik, saya perhatikan terdapatnya batuan dengan bentuk seakan bergerigi atau berlapis (boleh lihat dalam gambar di atas). Batuan begini juga terdapat di bahagian tepi sungai.
Hutan Lipur Bukit Ayer merupakan geotapak kerana terdapat geologi struktur primer dan sekunder. Saya nak cakap lebih pun bukan arif pasal geologi ni. Menurut kefahaman saya, dua keunikan yang saya nyatakan di atas itulah geologi struktur yang dimaksudkan. Mohon betulkan jika ada pakar geologi yang membaca entri saya ni ya.
Ini pun menarik juga, puisi karya Rejab F.I.
Hutan Lipur Bukit Ayer yang terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang ini sememangnya lokasi rekreasi yang sesuai untuk riadah hujung minggu bersama keluarga. Bunyi aliran air terjun dan kehijauan alam memberikan rasa tenang ketika berada di sini. Kawasan persekitaran pun nampaknya dijaga baik, tak kelihatan sampah bersepah.
Satu saja masalah di sini, tandas tidak boleh digunakan. Tertera tulisan ‘Rosak’. Tak pastilah baru saja rosak atau memang dah lama begitu. Manakala di pintu surau pula tertera tulisan yang melarang pengunjung masuk untuk salin baju basah. Yang ini mungkin sebab lokasi tandas yang agak jauh berbanding lokasi surau yang berhampiran pintu masuk. Mungkin pihak pengendali hutan lipur perlu segera bertindak bagi memudahkan pengunjung yang datang, terutamanya kemudahan tandas. Kemudahan tandas yang baik sangat penting, tak menjadi masalah sekali pun perlu bayar asalkan tandas boleh digunakan dengan selesa.
Jika kalian mahu datang ke sini, boleh buat carian ‘Taman Eko-Rimba Bukit Ayer’ di Google Maps. Berkenaan bayaran, semasa kami ke sini tiada sebarang bayaran dikenakan. Tetapi hasil carian saya sewaktu menghasilkan entri ini, ada pengunjung yang dikenakan bayaran masuk dan bayaran parkir. Saya tak pasti berkenaan bayaran kerana saya tak perasan pula sebarang notis bayaran. Notis hari Rabu tutup tu ada, jangan datang sini hari Rabu ya.
Siap ada puisi..
ReplyDeleteCantik betul air terjunnya..
Menariknya air terjun kat sini. Unik struktur dia dan air pun jernih je. Jalan jalan tanpa mandi pun best ni. Celup kaki sambil menikmati permandangan pun okay.
ReplyDeletewahh lihat kehijauan nature hutan tu mengkagumkan., ;p
ReplyDeleteCantik air terjunnya. Unik pembentukan sungai.
ReplyDeleteAlamak tandas tiada. Susahlah kalau rasa hendak lepas hajat.
cantiknya ya allah! tenang je.. tapi alamak spoilt betul lah bila tandas rosak
ReplyDeletecantik dan bersih kawasannya.. tak pernah sampai lg
ReplyDeleteCantik air terjunnya dan persekitaran nampak bersih.
ReplyDeleteHarapnya dapat diperbaiki segera kemudahan yang rosak dan ditambahbaik mana yg perlu.
Wah cantek nya view air terjun tu.. Sesuai buat photoshoot hehehe..
ReplyDeleteSubhanallah.
ReplyDeleteTerpegun saya melihat gambar-gambar air terjun yang sangat jernih dan cantik! Memang memukau mata yang memandang.
Seronoknya kalau dapat berenang kat sini. Tapi tu lah tandas tak best memang fail
ReplyDeletecantiknya pemandangan. Air pun jernih.
ReplyDeleteLor, camana nak salin baju kalau tandas rosak.
ReplyDeleteCantik tempatnya. Mesti sejuk air dia.