Catatan Hujung Minggu | Sabtu - Ahad, 17 - 18 Oktober 2026
Hujung minggu kali ini agak memenatkan kerana saya dan Encik Suami perlu bermusafir dari Perlis ke Kuala Lumpur (KL) dalam waktu yang singkat - pergi hari Sabtu dan balik hari Ahad.
Sempat saya memotret keindahan sang mentari pagi sebelum bergerak meninggalkan rumah Perlis. Matahari berwarna oren dan kelihatan besar. MasyaAllah indah alam ciptaan Tuhan.
Kami singgah di Sungai Petani, Kedah - ada urusan perlu diselesaikan di sini. Lama juga kami di sini dari pagi membawa ke petang. Sempatlah makan dua kali - sarapan di Hussain Nasi Kandar dan makan tengah hari di Secangkir Kopi.
Pukul 2 petang barulah kami menyambung perjalanan ke KL.
Keadaan hujan hampir di sepanjang perjalanan, kadang hujan biasa dan kadang sangat lebat sehingga menyukarkan pemanduan. Bila hujan begini, saya suka menikmati pemandangan bukit dan gunung yang dilitupi kabus.
Alhamdulillah kami selamat tiba di KL dan mendaftar masuk di STEG Hotel (nama baru - Boutech Hotels) kira-kira pukul 8.10 malam. Catatan lanjut berkenaan hotel ini di entri bulan lepas DI SINI.
Bilik penginapan kami kali ini terletak di aras 9 dengan pemandangan Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Cahaya lampu KLCC masih mampu menyerlahkan keindahannya di balik jerebu yang menyelubungi suasana.
Esok paginya kami sarapan di hotel. Kali ini tak perlu beratur panjang di bahagian telur kerana kami jadi antara orang terawal turun bersarapan.
Walaupun makanan di sini kurang sesuai dengan selera, tapi memudahkan kami yang perlu makan awal. Bolehlah buat perut rasa kenyang sebab saya jenis buka mata je terus nak cepat makan. Saya tak menambah makanan pun, hanya makan apa dalam pinggan saya tu jelah. Minuman teh tarik tu saya tambah sebab sedap dan tak manis sangat.
Pukul 7.30 pagi Encik Suami keluar ke tempat kerja. Saya duduk jelah dalam bilik berehat, tak minat nak berjalan-jalan. Kalau menginap di The Everly Putrajaya tu saya sukalah sebab boleh berjalan-jalan di taman rekreasi berhampiran.
Kira-kira pukul 1.40 petang, kami memulakan perjalanan untuk kembali ke utara tanah air. Singgah di Bangsar selesaikan sedikit urusan, kemudian menyambung perjalanan kira-kira pukul 3.30 petang.
Semasa di Bangsar, saya mula rasa tak sedap badan - kepala rasa berat dan dahi rasa panas. Terus telan sebiji paracetamol yang ada dalam beg tangan saya. Dalam perjalanan menuju ke utara, Encik Suami pula mula rasa tak sedap badan. Entah disebabkan jerebu atau badan kami keletihan dek permusafiran jauh dalam masa yang singkat.
Perjalanan menuju ke utara juga kurang lancar, hujan hampir di sepanjang perjalanan. Langit cepat gelap, kenderaan bergerak perlahan. Kami akhirnya buat keputusan singgah bermalam di Ipoh.
Alhamdulillah kami tiba di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh pada waktu Maghrib. Dapatlah berehat satu malam sebelum meneruskan perjalanan esok pagi.








Jauhnya perjlnan uji masa 2 hari
ReplyDeleteKalu ciknur penattny la aii
Kebelkangan ni kl kerap ujan
Penat tapi terpaksa cikNur, cari rezeki 😄
DeleteBoleh jadi sebab penat, dan boleh jadi jugak perubahan cuaca dan keadaan berjerebu tu Kak Ujie. Hotel akak duduk tu agak dekat dengan kawasan rumah saya. Lain kali nak ajak mengopi area berdekatan boleh je 😄
ReplyDeleteOoh...betul-betul tengah KL Carneyz duduk rupanya ya. InsyaAllah kalau ke KL lama sikit, boleh jumpa. Kalau sekejap biasanya badan penat terus rasa malas keluar bilik 😄
DeleteMemang kerja suami Puan Ujie selalu kena ulang-alik tempat jauh ya?
ReplyDeleteKalau saya suka teh tarik kurang manis dan rasa teh kuat.
Gitulah Na, ini pun dah tak kerap sangat.
DeleteSetuju, itulah rasa teh tarik yang sedap.
Fuhhh...Mmg penat bdn gini sis. Semoga dpt recover semula penat tu =)
ReplyDeleteItu yang jadi demam agaknya. InsyaAllah...terima kasih Nieza.
DeleteDah tukar nama rupanya hotel STEG tu. Semoga semuanya baik2 sahaja.
ReplyDeleteYa, tukar pengurusan jadi tukar nama tapi orang dah biasa sebut STEG, jadi setakat ni kekal sebut gitulah. Signage di bangunan hotel pun masih belum tukar.
Deletetak hairan lah kalau demam, badan penat, cuaca pun kejap hujan kejap panas. take care akak sekeluarga. btw teh tarik hotel tu mengancam ye
ReplyDeleteItu yang terpaksa ambil 2x teh tariknya 😁
DeleteLaaaa...Ujie kat KL ke masa ni..kalau hari bekerja boleh plan jumpa kejap sebab SA kat KL kan...weekend ofcos SA kat Seremban...SA pun sama 2 hari lepas badan rasa berat macam nak demam..terus telan paracetamol..Alhamdulillah x demam
ReplyDeleteMemang susah sikit saya nak plan jumpa, pasal ikut urusan kerja suami yang tak tetap masa tak tau selesai pukul berapa 😄
DeleteSebelum demam teruk, baik kita cepat-cepat telan ubat kan.
Mungkin faktor cuaca dan keletihan barangkali PU.
ReplyDeleteKiranya dah 2x la menginap ni hotel ni ye...
Ha’ah, ni kali kedua stay sini.
DeletePenat dalam perjalanan tu gamaknya.. dengan cuaca yang tak menentu ditambah pula dengan jerebu. Mudah²an Ujie & suami sudah sihat.
ReplyDeleteTeh tarik kalau sedap.memang boleh menambah²😆
Saya Alhamdulillah dah baik, suami kejap ok kejap macam demam.
DeleteKan…cabaran betul bila jumpa teh tarik ni 😄. Air manis lain saya kurang suka.
Jauh perjalanannya.. bawa berehat dulu semuanya.. kalau Lin pun boleh jadi tak sihat juga lama duduk dalam kereta kan
ReplyDeletekalo 1 mlm je mmg penat tu sbb perjalanan jauh kn tp dpt ikut husband urusan keje dok hotel syok juga...rehat2 kt bilik bantal empok
ReplyDelete