Hasil menyertai acara larian maya (virtual run) pada bulan lepas (jemput baca entri Misi Menyempurnakan Larian Maya di Empangan Mengkuang), dapatlah saya e-sijil yang diberi melalui e-mel dan pingat serta t-shirt yang dihantar melalui pos.
Pingat perak untuk peserta yang tamat larian 5 km dan 10 km.
Saya ambil acara 5 km je. Walaupun mengidam pingat emas (acara 21 km), tapi pingat perak pun memadai untuk penyertaan kali pertama. Eh, ada penyertaan seterusnya? Setakat ni tak ada, sebab minat saya lebih kepada menikmati suasana hutan. Ah, alasan je kan…padahal memang tak rajin ðŸ¤
T-shirt muslimah. Sedap material baju ni, lembut dan sejuk dipakai.
Bahagian depan baju ada tulisan khat singkatan nama sekolah dan di bahagian bahu ada lencana sekolah.
Kalau bukan kerana acara anjuran alumni sekolah, entah bila saya akan mula menyertai acara larian begini 😅. Disebabkan itu juga, barulah saya tahu gunakan aplikasi Strava.
Saya dan kawan-kawan perempuan sama batch yang menyertai acara larian ini turut mewujudkan grup WhatsApp untuk saling memberi semangat. Memang seronok bila masing-masing berkongsi kegigihan dalam menyempurnakan larian. Terutamanya bagi kawan-kawan yang memilih acara 21 km, asalkan ada peluang berjalan kaki je terus record di Strava.
Alhamdulillah…hasil menyertai acara larian maya, saya bukan saja dapat pingat dan baju malah dapat pengalaman baru dan mengeratkan hubungan sesama kawan-kawan sekolah.
bagus prog2 mcm ni, tambah seronok bila ada geng
ReplyDeleteBetul. Walau terpaksa bersenam, tapi seronok..
Deleteboleh jadikan semangat untuk next acara ni kak...saya belum kental nak sertai acara larian huhu
ReplyDeleteNi pun bukan wajib berlari, akak banyak berjalan je pun 😄
DeleteWah.Tahniah Uji!
ReplyDeleteSemoga semangat Uji dan rakan-rakan akan bertempias kepada saya..
Saya sedang mendidik hati dan jiwa untuk berolahraga demi kesihatan..
Terima kasih. Moga kita sama2 bersemangat, ya...demi kesihatan.
Deletetahniah kak...
ReplyDeleteTerima kasih Dana
DeleteTahniah, cantik medal!
ReplyDeleteTerima kasih 😀
DeleteWah! Barang-barang dia not bad!
ReplyDeleteBerbayar kan 😄
DeleteWarna jersey pun ala ala warna hutan tu kak. hihi..apa apa pun tahniah. Tak kisah berapa kilometer sekalipun. Janji ada semangat kesukanan tu.
ReplyDeleteTerima kasih Fiza.
DeleteHehe..itulah, 5 km pun jadiklah!
Tahniah dapat pingat perak.
ReplyDeleteT-shirt itu cantik.
Terima kasih NA
Deletenormally tshirt run ni cantik2, kan.
Deleteberbaloi membayarnya.
Alhamdulillah. saya tak pernah sertai acara begini. belum terbuka hati. haha
ReplyDeletesib baik ada geng, Sal.
Deleteaida lari2 jugak, ujie. tapi x brani nak join run gini.
lari2 suka2 aje.
Alhamdulillah.. Cantik pingat dan baju tu..
ReplyDeletePaing best bila ada group support.. Saling memberikan semangat supaya berjaya mencapai sasaran larian yang dipilih..