Sudah beberapa ketika saya tak melakukan aktiviti morning walk sebab tak mahu meredah rumput kemuncup yang semakin tinggi. Ada hari yang saya redah juga, habis penuh kemuncup di seluar walaupun dah memakai kasut kebun. Jenuhlah nak bersihkan kemuncup di seluar dan kulit jadi gatal terkena kemuncup.
Kelmarin rumput sudah pun dipotong, jadinya pagi semalam - hari Rabu, 20 November 2024 dapatlah saya kembali menikmati suasana pagi dan memerhatikan keindahan alam.
Daytime moon - bulan menghiasi langit siang.
Pemandangan kawasan berbukit di belakang rumah saya, dipenuhi dengan bunga kecil warna kuning.
Bergantungan buah-buah warna merah di celahan pokok pagar. Ada yang tinggal separuh, mungkin di makan burung. Menurut jiran, ini buah timun tikus.
Saiznya kecil, berwarna hijau kemudian bertukar merah apabila sudah tua. Carian saya mendapati, ia sejenis pokok herba dan dijual dengan harga yang tinggi di Shopee. Tak pastilah jika ia jenis yang berbeza (tetapi sama nama).
Sejak bulan lepas, saya perasan kehadiran burung bersaiz besar ini. Entah apa namanya tapi mungkin spesis burung hijrah kerana ia hadir pada tempoh tertentu sahaja. Cantik rupa burung ini dengan badan berwarna coklat muda berjalur putih dan bahagian bawah sayap berwarna putih. Selalu ada di sekitar rumah saya - mencari makan di tepi rumah dan terbang sambil berbunyi kuat ‘uokk…uokk…uokk’.
Sangat sukar saya nak memotret burung ini, walaupun ia selalu ada di tepi rumah dan dapat dilihat menerusi tingkap rumah. Derianya sangat peka dengan kehadiran saya dan segera terbang pergi. Alhamdulillah kali ini saya berjaya memotret, tetapi dari jauh dengan menggunakan lensa zoom-in. Hasil foto tak begitu jelas tapi bolehlah nampak bagaimana rupa burung ini.
Dalam masa beberapa detik, burung ini segera terbang dan hinggap pula di dahan pohon besar.
Terima kasih Allah yang memberi kesempatan buat saya menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Menghargai sekecil-kecil nikmat akan membuat hidup kita rasa lebih bahagia.
tak hujan dekat sana kak?cantik cuaca langit biru...pantai timur dah masuk musim tengkujuh,hujan lebat
ReplyDeletePagi semalam panas terik. Harini mendung.
DeleteYelah kan, dah masuk musim monsun timur laut. Sini pulak dah mula angin kuat, dah nak masuk musim angin timur.
Unik burung tu. Besar macam bangau agaknya..
ReplyDeleteIya, lebih kurang saiz bangau yang kecik.
Deleteboleh dibuat apa timun tikus ni? buah atau sayur?
ReplyDeleteOrang buat ulam - makan gitu je. Entah nak sebut buah atau sayur ekk? 😄
Deletewahh bestnya dapat nikmati pemandangan yang indah dan menenangkan..rasa rindu nak balik Kedah pulak
ReplyDeleteFlora dan Fauna. Timun tikus tu baru pertama kali tengoknya.
ReplyDelete1st time tengok buah timun tikus
ReplyDeleteWow! Orang mata seni ni memang pandai je tunggu momen nak ambik gambar!
ReplyDeleteKami pun panggil buah tu timun tikus. Cantik warnanya bila masak.
ReplyDeleteRasa tenang tengok foto rumput dan burung yg PU ambil ni. Cantik!
Subhanallah cantiknya. Buah timun tikus, first time dengar. Unik.
ReplyDeleteBest kan dikelilingi kehijauan alam Ilaihi. Kemuncup, aduii nak cabut tu.
Selalu tgk timun tikus tu hijau ni masak ranum merahh cantiknya
ReplyDelete