[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Selesai berjalan-jalan dan membeli sedikit oleh-oleh di XianXian Muslim Food - entrinya DI SINI, kami menuju ke Muzium Liwan yang terletak di daerah Liwan.
Pemandu kenderaan sewa menurunkan kami bertiga di tepi jalan utama. Dari situ kami berjalan kaki melalui lorong di celah bangunan sehinggalah tiba di penghujung jalan.
Papan tanda arah dengan tulisan bahasa Inggeris, sangat membantu pelancong luar yang tak boleh membaca aksara Cina. Bila saya baca papan tanda arah ni, barulah saya tahu di sini ada tarikan lain selain Muzium Liwan.
Jadinya sebelum ke muzium, kami jalan-jalan dahulu di sekitar kawasan. Masa ni kira-kira pukul 3.30 petang tapi cuaca redup je, memang selesa nak berjalan. Orang pun tak ramai, mungkin sebab kami datang sini pada hari bekerja (hari Selasa).
Berikut merupakan foto-foto yang sempat saya rakam. Tak ada sebarang caption, saya sekadar memotret apa yang terlihat menarik di mata saya tanpa tahu entah tasik atau bangunan apa.
Rata-rata pengunjung di sini nampaknya mereka yang sudah berusia. Ada yang sedang duduk-duduk saja menikmati keindahan lanskap taman dan ada yang sedang melakukan senaman Tai Chi.
Ada juga yang sedang menonton persembahan Opera Cina di pentas kecil yang terletak dalam kawasan taman ini. Para penonton duduk di ruang terbuka - di bangku-bangku taman. Sebuah tong kecil tersedia di hadapan pentas, mungkin untuk mengisi wang sumbangan dari para penonton.
MUZIUM LIWAN
Founded in December 1996, Liwan Museum is the first district-level museum in Guangzhou, displaying the profound historical heritage and unique cultural charm of Liwan.
- The first exhibition site - Former Residence of Chen Lianzhong, displays the selected and temporary exhibitions.
- The second site - Xiguan Folk Customs Museum. Based on the rebuilt Xiguan House, it recreates the architectural style and household scenes of the past mansions.
- The third site - Former Residence of Jiang Guangnai, displays the Exhibition On Jiang Guangnai and Flames and Glory : Revolutionary Historical Sites of Liwan.
- The forth site - Former Residence of Chen Lianbo, displays the exhibition Keen in Business and Charming in Personality : Portrait of Canton Merchants.
Bahagian hadapan Muzium Liwan yang menempatkan kaunter tiket. Biasanya kaunter tiket dalam bangunan, tapi yang ni terletak di luar bangunan di bawah pokok dengan payung besar berwarna hijau.
Harga tiket masuk - 5 yuan.
Terdapat empat tapak pameran di empat buah bangunan berbeza. Tapi kami cuma masuk bangunan A, B dan D sahaja.
Lorong ke pintu masuk tapak pameran di bangunan B.
Seni bina unik tangga di salah sebuah bangunan. Terdapat ruang pameran di tingkat atas, tapi kami tak naik.
Antara bahan pameran yang terdapat di sini. Semuanya dalam aksara Cina, saya gunakan Google Lens untuk memahami info yang disertakan pada bahan pameran.
Tak banyak foto di dalam muzium sebab bukan semua tempat kita dibenarkan merakam foto. Ruang pameran yang paling menarik menurut saya - pameran perkembangan Canton sebagai pusat perdagangan di China. Canton merupakan nama lama bagi Guangzhou.
FOTO-FOTO DI SEKITAR JALAN LONGJINXI
Selesai lawatan di Muzium Liwan, kami kembali ke jalan utama - Jalan Longjinxi. Sementara menunggu kenderaan tiba bagi mengambil kami, sempatlah saya memerhatikan suasana sekitar dan aktiviti harian masyarakat tempatan.
Kibaran bendera negara China menghiasi bangunan di sini.
Lampu trafik pun ada simbol basikal tau, sebabnya di sini memang ramai pengguna basikal. Rata-rata mereka menunggang basikal elektrik. Laju bergerak, boleh saksikan dalam video di hujung entri ini.
Lorong kawasan perumahan - Xiguan House Community.
Bersih dan teratur.
Meriah dengan kibaran bendera. Ini kerana ketika kami berada di sini, China bakal menyambut Hari Kebangsaan mereka pada 1 Oktober. Apa yang menarik, mereka akan bercuti panjang iaitu selama 7 hari. Cuti panjang ini disebut sebagai ‘Golden Week’.
Video pendek memaparkan suasana di sekitar Jalan Longjinxi, Guangzhou.
Cantik peragaan artifak di muzium ni..
ReplyDeleteCantik juga cerek berbunga tu ya. Zaman Dinasti apa la tu.
ReplyDeleteDIorang memang bangga dengan bendera dia
ReplyDeleteNampak bersih ye negara China ni... Dan byk green space dan taman² yg dijaga elok. Ye ingat dulu ada Bandar Canton di China, rupanya dah ditukar kpd Guangzhou ye. Tq info 👍🏻
ReplyDeleteMemang bersih teratur. Thanks for sharing, best trip ni. Moga dapat ke sini nanti.
ReplyDeletesuka betul ya diorang dgn pokok 'bonsai gergasi' mcm tu yaaa😀
ReplyDeletetuuu diaaaa tangga kalau tak berpusing tu bkn cina namanya... kat sini pun lbh krg je😁
ReplyDeletesuka tgk suasana kat situ relaks je...
Kesan saya setelah memperhatikan foto-foto diatas, keadaan lingkungan disana begitu tertata dengan baik dan benar-benar bersih Mbak. Urusan kebersihan lingkungan sepertinya mendekati keadaan di Jepang.
ReplyDeleteRupanya disana banyak pengguna sepeda ya Mbak. Benar-benar bebas polusi.
Salam,
Berarti kalo saya nak ke China, jangan di sekitar awal Oktober yaa. Golden week, apa2 pasti mahal dan ramai Krn orang bercuti kan. Macam di Jepang golden week bulan May. Berkali ganda harga penginapan 🤣
ReplyDeleteBaguuus museumnya kak. Saya suka, apalagi menggambarkan perkembangan Canton yg dulu hingga skr. Hanya sayang kalo penjelasan semua dalam Chinese yaa. Pakai google translate pun agak susah utk memahami secara detil
Betul lantai jalan tidak nampak sampahpun.
ReplyDeleteLama juga cuti hari kebangsaan China ini.
Teringat pernah sekali ke Guangzhoa..Dalam tentatif ada tulis akan singgah Lychee wan ..Ada beberapa orang ni dok kalut ceritaakan ke ladang laici & nak petik laici .
ReplyDeleteRupanya sungai daaaa.....Lychee wan River🤣🤣🤣
cantik betul muzium ni atas air. tapi macam pelik pulak muzium yg dibuka utk publik dan sepatutnya menjadi tarikan tourist utk datang, tak sediakan translation pulak utk info bahan pameran.
ReplyDelete