Friday, 1 November 2024

Setahun Berlalu…

Hari ini genap setahun saya dan Encik Suami menetap di negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. Banyak pengalaman baru yang saya lalui, juga banyak hal yang membuat diri saya berubah dari kebiasaan hidup sebelumnya.

Kalau sebelum ini saya perlu hadap kerenah manusia (merujuk situasi ketika saya menetap di rumah PP), tapi di sini saya perlu hadap kemunculan pelbagai haiwan di sekeliling rumah dan di dalam rumah. Saya perlu biasakan diri melihat cacing besar, lipan besar, pelbagai jenis siput merata-rata di lantai/dinding/cermin tingkap (mujur semuanya di bahagian luar rumah) dan pelbagai jenis serangga lain yang tak diketahui entah apa namanya. Setahun berlalu, saya tidak lagi menjerit takut tapi sesekali menjerit kecil kerana terkejut.

Saya juga sudah berani berhadapan dengan cicak - makhluk yang paling menyusahkan hidup saya kerana setiap hari perlu bersihkan tahi cicak di banyak tempat. Saya jadi berani kejar dan bunuh cicak - sembur dengan racun atau pepah dengan penyapu. Beberapa bulan lalu, kemahiran saya meningkat lagi - saya tangkap cicak dengan menggunakan penyepit panjang. Hilang rasa geli, takut atau kasihan. Entah sudah berapa banyak cicak mati ditangan saya 😬

Tapi setakat ini saya masih belum berani menguruskan - lipan besar, anak mengkarung dan anak biawak yang masuk dalam bilik air. Sebab ruangnya sempit, gerun pulak membayangkan haiwan ni lari ke arah saya πŸ˜…

Saya juga sudah membiasakan diri dengan kondisi rumah yang agak kurang sedap mata saya memandang. Sebuah rumah lama yang cukup luas dengan lima buah bilik - ada ‘cacat’ di sana sini dan sukar pula untuk saya pastikan semuanya dalam keadaan sentiasa bersih. Sebagai langkah mengurangkan kerja pembersihan, kami cuma gunakan tiga buah bilik sahaja - satu bilik tidur kami, satu bilik untuk tetamu dan satu bilik simpan barang-barang kami. Pendek kata, saya sentiasa ada banyak kerja pembersihan perlu dilakukan di rumah ini. Jauh beza ya sewaktu menetap di rumah yang baru di bina dan berada dalam kawasan bandar πŸ˜„

Apa perasaan saya setelah setahun di sini?
Alhamdulillah setakat hari ini saya rasa jauh lebih gembira berbanding menetap di tempat lain sebelum ini. Mungkin kerana suasana kehidupan di sini yang begitu dekat dengan jiwa - saya suka alam semula jadi. Siang dan malam sentiasa mendengar irama alam - cengkerik dan bunyi pelbagai jenis burung. Saya juga sukakan kehidupan yang jauh dari suasana sibuk. Saya temui ketenangan dan bahagia di sini.

Tentang kekurangan lain, semuanya bukanlah suatu hal besar. Di mana pun kita berada, sentiasa ada cabaran tersendiri. Semuanya bergantung kepada tahap toleransi kita terhadap satu-satu hal.

Beberapa foto kenangan sewaktu baru berpindah :

Pertama kali saya ternampak biawak besar ini semasa keluar rumah nak menyidai pakaian. Foto ini dirakam menerusi tingkap rumah, si biawak tak sedar saya memerhatikannya. Gerun juga saya bila tengok kuku tajamnya.

Suasana kehijauan dan jajaran bukit batu kapur - lanskap alam yang menambat hati saya.

Mamu Zabidi Char Kuey Teow - tempat makan pertama kami selepas berpindah ke sini. Lokasinya di sebelah Masjid al-Husna, Batu Bertangkup kira-kira 5 km dari rumah kami. Batu Bertangkup - nama tempat yang cukup klasik! Masa hari-hari awal berpindah tu saya tak memasak sebab fokus hal membersihkan rumah, makanya hampir setiap senja di sinilah kami menjamu selera sambil memerhatikan kehidupan masyarakat sekitar.

Foto hari ini :

Rutin saya hampir setiap pagi - morning walk di kawasan rumah. Sekarang ni matahari terbit seawal pukul 7.05 pagi. Awal pagi lagi sinaran matahari dah memancar terang. Menitik peluh di muka walau saya cuma melangkah kurang 1 km.

Alhamdulillah…setahun sudah berlalu. Semoga hari-hari saya seterusnya di sini menjadi momen indah dalam perjalanan hidup saya.







28 comments:

  1. cntik betul gambar side mirror tu..

    ReplyDelete
  2. cuba beli racun cicak yang ada jual di Shopee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah beli macam-macam jenis - spray, jenis gel dan ada yang macam ubat gegat besar. Alhamdulillah nampak berkesan jugaklah. Kurang cicak tapi masih banyak yang perlu saya buru πŸ˜„

      Delete
  3. Bersahabat dgn haiwanlah nampak gayanya ye hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah nampaknya πŸ˜…
      Banyak jugak yang saya pelajari hasil memerhati haiwan.

      Delete
  4. Hehe lain tempat lain cabarannya.
    Saya masih tidak seberani Puan Ujie untuk selalu bunuh cicak. Cuma kalau saya geram cicak itu ada buat sesuatu yang buat saya marah, saya akan libas dengan penyapu tspi itulah susah betul hendak bunuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu, saya langsung tak berani. Nampak cicak pun geli. Sekarang, agaknya cicak pun takut nampak saya πŸ˜†

      Ada jugak cicak yang saya susah nak bunuh, sebab cicak tu lari sorok celah tempat yang susah kita nak capai.

      Delete
  5. Alaaa yang ni lipan besar, anak mengkarung dan anak biawak memang menyeramkan. Dekat dengan alam semula jadi memang lah sangat best kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...ada best dan ada tak best-nya πŸ˜…

      Delete
  6. Lumayan nya Char Kuey Teow dia! Hampir tumpah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumayan isi dan agak murah harganya πŸ˜€

      Delete
  7. Bagi la alamat nanti balik kampung perlis boleh la dtg menziarah.
    Kemahiran dah makin power bunuh cicak tu kira hebat sgt dah hihiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan nak ajak ke rumah 🀭
      Rumah kami di Chuping.

      Hehe, dulu geli nampak cicak. Sekarang dah bertukar jadi pemburu dan pembunuh πŸ˜„

      Delete
  8. Insyallah semoga hari hari yang mendatang akan lebih indah dan dihiasa dengan lebih warna warni amin :D

    ReplyDelete
  9. Masing2 tempat pasti ada plus minus ya kak. Kita nikmati saja dimana pun berada

    Saya dulu besar di Aceh. Daerahnya juga masih banyak hutan kecil. Biawak, lintah dj hutan itu masih ada, dan kadang masuk ke halaman rumah. Seram memang. Takut saya dengan biawak, Krn suka makan ayam.

    Pernah juga masuk ular cobra ke kamar mandi mama. Nasib baik ada gardener, yg bantu buang.

    Tapi walau begitu, kelebihannya kita bisa dengar suara jangkrik , masih ada belakang, kupu2. Dan kalau malam masih terlihat bintang.

    Kalo di jakarta, wassalam πŸ˜‚πŸ˜‚. Yg ada suara keretapi, suara mobil, horn mobil motor πŸ˜…. Tapi kelebihannya, mudahlah nak kemana2 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish...ular tedung, sangat menakutkan.

      Iya Fanny, di sini kekurangannya jauh dari segala kemudahan. Pilihan barangan juga terhad.

      Delete
  10. sama macam saya masa intern dekat merapoh. terjumpa cicada besar yang berbunyi nyaring sampai saya hampir terkejut. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Merapoh kawasan hutan, harus meriah jugak dengan segala bunyi alam πŸ˜„

      Delete
  11. mencabar jugak kalau sentiasa ada tetamu gitu ye kak... tetamu yang tak diundang. Tapi boleh la kiranya nnti tunjuk camne cara kemahiran akak menangkap cicak tu ye hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar, kena sentiasa peka dan perhati lantai bila nak melangkah, terutamanya bila nak masuk bilik air.

      Buat tunjuk cara tangkap cicak guna penyepit panjang tu ya πŸ˜‚

      Delete
  12. Setiap hari ke nak layan 'tetamu x diundang' tu kak? kalau setakat cicak xpe jugak, tp lipan tu alamak scary jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tetamu dalam dalam bilik air tu, taklah setiap hari. Tapi agak biasa jugak.

      Kalau yang di luar rumah tu memang hari-hari ada macam-macam πŸ˜„

      Delete
  13. Memang perlu penyesuain bila menempati rumah baru Mbak. Apalagi berbeda juga dengan kawasan yang sebelumnya kita tinggal.
    Kalau membaca tulisannya, saya membayangkan kalau dahulu Mbak tinggal di daerah kota kemudian karena tugas/pekerjaan pindah ke daerah desa / kampung dengan suasana yang masih alami. Mungkin begitu?
    Tapi menurut saya ada keuntungannya tinggal di desa/di kampung. Suasana yang masih asri, udara yang masih bersih bebas polusi dan ketenangan alam desa.

    Apapun semoga kian betah tinggal disana Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kerana pekerjaan suami saya berpindah ke sini - ke suasana yang lebih alami.

      Benar sekali, udara di sini bersih. Tak banyak kenderaan seperti di bandar/kota. Saya suka.

      Delete
  14. bolehlah sy singgah nnt bln dpn mai perlisπŸ˜‰

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ngam masanya boleh je Anies πŸ˜€

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****