[Catatan Trip ke Guangzhou, China | September 2024]
Dari masjid terbesar di Guangzhou - Masjid As-Sahabi Abi Waqqas, kami meneruskan langkah kaki menuju ke Jalan Xiaobei (Xiaobei Lu) dengan menaiki Metro. Kami nak mencari makanan Muslim di Xiaobei seperti yang disarankan oleh lelaki Afrika yang kami temui di pekarangan masjid petang tadi.
PILIHAN TEMPAT MAKAN
Menurutnya lelaki tadi, terdapat pilihan makanan Muslim tempatan di bahagian luar masjid - ikut pintu North Gate (kami datang dari arah bertentangan iaitu South Gate). Jika mahu pilihan makanan Arab/Turki/Pakistan (tetapi harganya lebih mahal), kami disarankan ke Xiaobei. Kami nak mencuba pengalaman berbeza, jadinya kami memilih ke Xiaobei. Yang dekat ada, tapi pilih yang jauh 😄
NAIK METRO KE XIAOBEI
Dari Stesen Yuexiu Park di Line 2, kami perlu turun di Stesen Xiaobei di Line 5.
Perjalanan naik Metro kali ini terasa agak sukar dan memenatkan. Kami berdepan dengan keadaan sangat sesak dalam Metro dan pertukaran dari Line 2 ke Line 5 yang tak begitu mudah - perlu banyak naik turun tangga stesen dan berjalan di laluan panjang seperti terowong. Benarlah seperti apa yang dikatakan lelaki tadi, lebih mudah jika kami naik teksi berbanding naik Metro. Dah lalui sendiri, barulah faham 😅
Turun di Stesen Xiaobei, keluar ikut pintu A.
Pintu A, Stesen Xiaobei. |
Sebaik kami melangkah keluar di Pintu A, terus nampak jalan dan bangunan yang meriah ni. Rata-rata pengunjung di sini berwajah Afrika dan Arab. Kelihatan kenderaan mewah seperti Tesla diparkir di sini.
Buat pertama kali juga (sepanjang berkunjung di Guangzhou), kami dihampiri peminta sedekah. “Assalamuaikum…”, sambil tangannya menghulurkan bekas sumbangan ke arah kami. Yang lelaki berkopiah dan yang perempuan bertudung, mereka berwajah Cina - mungkin orang tempatan. Dua orang lelaki berpakaian seragam (mungkin anggota polis), kami lihat menghampiri peminta sedekah tadi - mereka bercakap-cakap dan memeriksa dokumen kecil yang dihulukan oleh peminta sedekah.
DERETAN PILIHAN RESTORAN MAKANAN MUSLIM
Terdapat deretan pilihan restoran makanan Muslim di sini - di tingkat bawah dan juga tingkat atas bangunan. Tiada tanda atau simbol halal - sebab di China tak boleh pamerkan tanda atau simbol budaya luar. Tapi kami percaya sajalah apa yang lelaki Afrika tadi beritahu kami - pilih saja mana-mana restoran.
Keliru nak memilih entah mana satu pilihan yang terbaik, kami akhirnya masuk ke sebuah restoran di hujung bangunan yang berada di tingkat atas. Restoran ni tak ramai pengunjung, saya rasa lebih selesa. Seorang lelaki berwajah Arab menyambut kami dengan memberi salam.
Restoran Azal - makanan Arab dan Yaman, gitulah yang saya faham 😄
Membelek buku menu. Tak tahu nak makan apa.
Pilihan nasi.
Servis di sini pantas, tak lama menunggu sampailah hidangan makan malam kami. Pilihan saya - Zubaidi Grill. Sambil makan, saya buat carian ikan Zubaidi. Rupa-rupanya ia sejenis ikan bawal, nama Arabnya - Zubaidi 😄
Encik Suami pilih makan nasi. Lupa pulak saiz hidangan nasi Arab biasanya memang besar. Memang tak habis makanlah banyak begini 😅
Foto di atas ni sebenarnya saya nak tunjuk suasana dan dekorasi di Azal Restaurant, bukan nak tunjuk Encik Suami perah limau 😁. Masa ni saya tak banyak merakam foto sebab dah keletihan dan lapar. Bila nak buat entri, baru perasan…eh tak ada foto suasana dalam restoran.
Secara keseluruhannya, makanan yang kami makan semuanya sedap tetapi bukanlah makanan yang betul-betul memenuhi selera saya. Dari segi kos, memang agak mahal sesuailah dengan tempat makan begini. Para pelayan berwajah tempatan semuanya elok memakai seragam, tetapi yang melayan kami semuanya muka ketat. Sebenarnya memang susah nak jumpa orang tempatan bermuka manis di sini, mungkin budaya mereka begitu.
Selesai makan malam, kami menaiki Metro untuk pulang ke hotel penginapan. Alhamdulillah pada pukul 9.30 malam kami selamat sampai di bilik hotel. Ke sana ke sini sepanjang hari, jam tangan saya mencatatkan rekod 14,290 langkah kaki. Letih sungguh!
Teringin juga nak ke China..
ReplyDeleteInsyaAllah moga ada rezeki awak ya.
DeleteAdoi, kelakar pulak ikan nama Zubaidi.. adoi.. rasa nak melekek² ketawa pulak. Tapi, memang nampak sedap nasi arabnya. Baru tahu di sana tak boleh pamer logo halal ya.
ReplyDeleteSaya pun sebelum order dah ketawa 😂
DeleteYa, tak boleh pamer logo dan simbol halal/Islam atas alasan budaya luar.
Bestnya dah sampai China. Tak sabar nak pergi sana tahun depan!
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan trip Faiz. Pergi China belah mana tu?
DeleteOk, comelnya nama ikan Zubaidi.
ReplyDeleteIngatkan Samakun.
Samakun nama am.
DeleteZubaidi nama khas 😄
SA pernah ke Guangzhou 6 hari 5 malam pada 2012, masa tu x banyak tempat makan best2..sekarang ni confirm makin banyak port makan..comel plak nama ikan tu..
ReplyDeleteBiasanya gitulah, makin lama makin mudah dan banyak pilihan makan halal.
DeleteComel atau kelakar nama ikan tu SA? 🤭
Ohhhh Zubaidi tu sejenis ikan bawal, dana ingatkan kot nama pemilik restoren tu ke apa. Penat berjalan itu yang lapar ye kak
ReplyDeleteKami siap tanya, Zubaidi Grill tu apa? Jawabnya, ikan Zubaidi. Ooh…baru tau Zubaidi tu nama ikan. Ingat kot nama masakan 😆
DeleteNampak sedap hidangan tu. Tapi kadang kalau penat sangat nak makan pun tak berapa selera
ReplyDeleteBetul PH. Itu yang saya tak tau nak pilihan makan apa. Padahal perut lapar.
Deletebestnya berjalan
ReplyDeleteAlhamdulillah….ada best dan ada juga cabarannya 😅
Deletealhamdulillah banyak pilihan menu makanan Muslim di sana Ujie
ReplyDeleteAlhamdulillah, kira banyak dan mudah jugaklah. Cuma susah sebab tak ada tanda/simbol halal. Dulu boleh nampak dari jauh, senang terus tuju kedai tu.
DeleteSepertinya ikan bakar zubaidi itu lezat ya Mbak.
ReplyDeleteTapi itu porsi nasinya banyak sekali...
Alhamdulillah banyak menu makanan muslim disana.
Salam,
Alhamdulillah ikan bakarnya menyelerakan, ada pencicahnya yang menambah rasa lazat.
DeleteWalau letih menemukan tempat, tapi worth it karena rasa makanan okelah ya kak 😄. Saya melihatnya pun nampak berselera makanan di sana trutama ikan bakar 😍. Pasti sedap kalo disediakan sambal juga 😁
ReplyDeletesy pula rasa suspen bila baca pasal peminta sedekah tu...
ReplyDeletediorg kena halau ke lepas tu?
Nasib baik tidak sesat. Bacapun rasa macam mencabar hendak ke tempat makan.
ReplyDeletePengetahuan baru zubaidi itu ikan bawal.